Thursday 7 June 2012

Rinjani-intro

Haluuuu Malaysia!
apa khabar ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian.
semoga baik-baik saja.

sangat seronok dah sampai Malaysia!
secara jujurnya, aku bersyukur dilahirkan di Malaysia.
(tapi di lubuk hati yang dalam ni, ada perasaan tak seronok jugak lah sebab dah kena pergi kerja)

ini first time aku keluar dari Malaysia.
Thanks to MHI for sponsoring :P
and also big thanks to Amirul Afiq :)

semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk pegi jalan-jalan naik pesawat lagi.huu

cita-cita: nak pergi negara bersalji.

baiklah ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian,
kembali kita kepada cerita asalnya ya..

tanggal 2 Jun 2012,
sampailah hari yang sebenarnya aku rasa satu penyiksaan.
seriously!
ini semua En.fakri punye pasal yang telah membuatkan aku terjebak dalam aktiviti pendakian ni.
en. fakri, i dah lama jadi gadis pink ok!

permulaan 2 Jun, adalah tidak berapa baik.

1) aku bangun lambat.
ni semua sebab packing lama sangat.
aku dah set alarm, tapi.. syaitan yang direjam lagi kuat menghasut daripada iman yang sebesar biji sawi ini.
boss-2 dan boss-3 call baru aku bangun.
maka, aku pon mandi la ala-ala kambing, dengan gaya agak serabut yang kalau korang tengok aku masa tu mesti rasa nak lempang.
hahaha..
aku tau si mas mesti rasa nak lempang aku waktu tu..
dah la serabut, tapi mulut nak membebel pulak kan.
ishish, buruk perangai sungguh!

tapi, sempat jugak la aku sampai ke tempat yang dijanjikan. 
tapi..keadaan pon masih tak berpihak kepada aku. sob3.
sebab:

2) tertinggal barang.
aghhhhh!!! ni la kalau dah lambat.
maka, aku pon patah balik semula Alam Impian, rugi minyak & tol sungguh!
memang pecut habis la.. 130-140 (lebih dari ni aku tak berani)
nasib bawak kereta cik mas.
kalau bawak si putih, mesti aku tak sampai ke tempat yang dijanjikan.

tempat perjumpaan telah bertukar dari bawah ofis yang tak berapa best, ke Shell.
Boss-3 telah dipaksa rela oleh big boss untuk hantar kitorang ke KLIA.
wehuuuu!!
first time naik pesawat :P

                           wartawan:          apakah perasaan cik bidadari pertama kali menaiki pesawat
cik bidadari:      well, takda beza pon, macam naik bas je 

ngehhhhhhhh!!!
bile last ko naik bas ha cik bidadari?
zaman ko belaja kat kedah kan.

sampai dekat KLIA,
jumpalah dengan geng Monyet & Yaks :)
they call us Legal team.
haha.

owh, lupa nak cerita,
aku pegi dengan big boss, boss-2 dan En. Azmi.
En.Azmi dari Espijaya.
(balik ni kena pulun buat NOD untuk Espijaya *sigh*)

bermulalah perjalanan dari KL-Jakarta-Lombok.

destinasi utama:
dengan tujuan: menawan puncak Rinjani.

adakah cik bidadari berjaya??
jengjengjeng!!!
tunggu sehingga hujung rancangan!

memandangkan tajuk pon INTRO je kan,
so aku tak tulis banyak la ye.
(sebenarnya sebab aku nak kena siap pergi kerja dah. heee)

kerja?
aghhhhh!!!
 ni la susah kalau kerja dengan orang workaholic ni.
belum sampai Malaysia dan cakap pasal kerja.
*abaikan pengaduan yang bukan-bukan ini*

kesimpulannya,
nanti malam, esok ke lusa ke tulat ke,
ada masa dan panjang umur, aku update lagi ye :)
banyak benda aku nak cerita tahu! 
haha.

berikut adalah beberapa gambar lah untuk tatapan anda semua.
semoga menjadi sumber inspirasi untuk melakukan aktiviti sihat macam i ni :)

ehh, nak pegi timbang la kejap.
terasa macam kurus je turun gunung ni.
agagaagaga!

??????????????
apesal tak turun pon???
tak sampai 1kg pon turun.
aghhhhh!!
mesti korang terus demotivated nak contohi aktiviti sehat aku ni kan?

oklah, tengok jela gambar yang best ni ye.
sikit je la.
nama pon intro.
:)

tadaaaa!!
ni lah antara makanan sepanjang pendakian.
memangla tak kurus kan!

nasik ayam kari dalam pesawat (Jakarta-Lombok)
sedap!
aku berharap dapat makan ni lagi masa balik, tapi tak kesampaian.


lunch! 
restoran dia sangat unik.
haa, ni restoren dia.
cantik kan.
tapi kena bersila.
(gaya ko cakap macam ko ni dah tak reti makan duduk bersila je kan cik bidadari!)

dinner!

lunch di post 3 (hari pertama pendakian)

dinner!
siap serve dari khemah ke khemah.
masa ni angin sangat kuat sampai aku rasa kalau aku berdiri kat luar tu, mesti aku dah terbang kena tiup angin!
(impliedly aku nak korang tahu yang aku takde la berat sangat tahu.haha)
terima masih kepada bapak-bapak porter kerana telah memasangkan khemah dan juga masak ya!
tarima kasih juga kepada En. fakri dan juga En. Sabri :)

omelet for breakfast sebelum pegi summit!
(bukan summit USJ ok!)

nasik goreng!

breakfast! (hari ke-3)

next..
en.fakri yang jahat dan suka membuli!


with En. Sabri yang sangat baik.
seriously, SANGAT BAIK.
datang dari khemah ke khemah untuk briefing,
hantar sarapan.
kejut tido.
(cair sekejap hati perempuan aku yang beku ni... ecehhh)
die buat dekat semua orang ok!
gile penyabar la pendek kata.
kalau aku mesti aku buat announcement je guna pembesar suara :P

heee, saje je letak gambar yang nak dkat sampai puncak ni..
comel tak aku?
agagaga..

nah gambar pemandangan la sikit.
inilah puncak yang cuba di tawan!

sejuk tau!
aku yang tak berapa berlemak ni (heee) mestila tak tahan sejuk.



oklah, dah 8.50am.
aku nak kena siap pegi ofis dah ni.
baju pon tak iron lagi.

babai.
nanti sambung lagi :)


nota kaki:
En.fakri, cepat balik, tak sabar nak bergosip!















No comments:

Post a Comment