Tuesday 29 May 2012

bersenam baik untuk kesihatan!

28.5.2012, hari pertama.
niat untuk training hari ni tercapai jugak..
sejak aku kerja, inilah pertama kali aku balik dan pegi jogging!!
clap clap clap!
tepuk tangan untuk cik bidadari!

mula-mula plan nak pegi naik tangga dekat kondo En.Fakri, lepas tu berenang (konon-konon je berenang padahal tak reti pon berenang), lepas tu makan eskrem.
tapi,
sebab Cik Ida dan Cik Lala ni tiba-tiba buat-buat rajin pulak kan petang-petang td..
dah lambat, so tukar plan round tasik sek.2 je.
ehh cop, tu sek.2 ke sek.3?
entah.
ape2 jela.

cuba teka berapa round aku buat?
gaya tanya macam banyak je kan.

aku pusing 2 rounds,
tapi,
1 je yang memang aku betul2 jogging.
lepas tu aku tak larat dahhhh..
jalan je..
lepas  siap round tasik tu,
pegi solat mahgrib dulu dekat surau sek.2 dekat dengan kolej tu (tak tahu nama walaupun aku ex-uitm)

lepas solat,
makan time!!!
en.fakri belanja.
weehuuuu!

tq En. fakri belanja makan mahal :P

sorry la,
aku ni kedekut,
susah nak pegi makan tempat mahal2 macam ni.

so, bila sampai tu, sumpah aku tak tahu nak makan ape.
kalau pegi mamak ke, aku tau la nak makan roti canai ke, mi goreng ke.
kalau pegi kedai biasa, boleh la aku order nasik goreng USA ayam ke..

aku memang tak reti la nak makan tempat2 aneh macam ni dan yang seangkatan denganya.
huu..
(biarla korang nak kate aku ni kodi ke, membodohkan diri sendiri ke, katak bawah tempurung ke, ape-ape je la, dah memang aku tak biasa, aku kan skema!)

ok, fine!
aku memang kodi.
aku orang kampung je.
suka makan nasik lemak, karipap, minum pon milo ais je ha.

maka:
semalam aku, Cik Ida dan Cik Lala pon,
berusaha lah nak mempelbagaikan order sebab nak rasa-rasa.
(sebab kalau tak 3-3 nak order benda yang sama.)

tadaaa..
inilah yang kami order.
tapi, aku tak ingat la nama-nama makana ni semua.
Cik Ida's


En. Fakrioss'


makanan Cik Lala yang unik dalam kuali :P
aku la yang bersalah sebab paksa dia order bendalah ni..
haha
tapi tak sedap mana pon.


tadaa, ni lah yang aku order..

agak-agak, aku kenyang ke dengan portion nasik banyak tu?
heee

jawapanya: TIDAK.

tapi mengenangkan aku dah jogging tadi, kena la tahan nafsu buas aku untuk makan.
kalau tak sia-sia je jogging kan.



training hari pertama ni, budak berdua ni pemerhati je, tu gambar dorang tu cun je.
tengok muka atlit macam i ni..
ahahahhaha!
geli ketiak aku.

29.5.2012, Hari Kedua,
hari ni, CIk Lala dan CIk Ida dah ade kasut.
semangat ok mereka!
tq la ye teman i :)

hari kedua, rekod semalam tak dapat capai.
nampaknya prestasi merundum..huu.
tapi, dapat la 1 round.
sesak nafas aku haihh.

hari ni big boss join..huu

Cik Lala dan Cik Ida memang berlakon atlit sangat hari ni..hahaha
esok jangan serik nak ikot ok!

habis round tasik,
tgk-tgk big boss tengah tunggu dekat kedai minum.

huu..
so minum la dlu.
lepas minum kitorg pon bergerak la balik ofis  nak solat mahgrib.
takde apa-apa gambar sebab memory card aku tinggal. heeee.

aku dah rasa ngantuk.
ok la, gudnite!

esok kena training lagi, sampai Jumaat,
demi untuk mendaki Rinjani.

psssstttt:
aku nmpak kurus sikit tak?

Sunday 27 May 2012

antara hari bersejarah cik bidadari :)


Tanggal 25 Mei, 2012..
setelah 5 tahun setengah..
dan ditambah pulak zaman kegelapan selama 9 bulan..
akhirnya..
aku diterima dan didaftaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara.
Alhamdulillah.

terima kasih kepada semua yang banyak menyokong daripada belakang, kanan dan kiri..
terima kasih jugak kepada yang selalu tolong aku..
aku tak dapat nak list kan semua nama, 
tapi semoga Allah membalas jasa anda semua :)


berikut adalah serba sedikit ucapan masa long call tersebut.
kepada nama-nama yang tidak tersenarai,
aku mintak maaf sebab kalau aku senaraikan semua, nanti panjang sangat la pulak kan.
tapi, anda semua tetap menjadi pujaan hati ku.. ecehhh..

Yang Arif,
Pempetisyen, Aimi Shazwani binti Yaakob dilahirkan pada 8 Januari 1987 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anak pertama kepada pasangan Encik Yaakob bin Mat Sahri dan juga Allahyarhamah Siti Hajar binti Mohamed Nor.
tadaaa.. inilah pempetisyen yang disebutkan di atas :)


Bapa Pempetisyen iaitu Encik Yaakob bin Mat Sahri adalah merupakan seorang Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, di Kuala Selangor.

**bapa pempetisyen tidak dapat hadir kerana urusan kerja**
Dialog Yang Arif: ooh, patut tidak dapat hadir, sebab hari ini hari terakhir persekolahan, jadi dia kena berada di sekolah kan.. :)

Pempetisyen telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram dan telah dianugerahkan Pelajar Terbaik Ko-kurikulum pada tahun 1999. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Sewaktu pengajian beliau di Sekolah Tun Fatimah, beliau aktif dalam Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) dan juga aktif dalam sukan jalan kaki 5 km.

Pada tahun 2005, Pempetisyen telah melanjutkan pelajaran Pra-Ijazah dalam bidang Perundangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok Kedah. Selepas menamatkan Pra- Ijazah Undang-Undang pada 2007, Pempetisyen selanjutnya meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang selama tiga (3) tahun dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selama satu (1) tahun.

Yang Arif,
Pempetisyen telah menjalani Latihan Dalam Kamar selama sembilan (9) bulan di bawah tunjuk ajar dan bimbingan Encik Ismail bin Yahya di Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail bermula dari 29 Jun 2011 sehingga 29 Mac 2012.
ehem ehemm..
inilah En.Mail a.k.a Boss ke-3 a.k.a master aku.
Dia sangat terror interlocutory application, dan aku rasa die ni memang hafal satu Rules of High Court tu.
Kagum!


Di kesempatan ini, Pempetisyen ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengajar beliau, Encik Ismail bin Yahya, yang  telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang sangat berguna kepada beliau untuk terus maju dalam profession ini di masa akan datang. Beliau juga turut berterima kasih kepada Encik Mohaji bin Selamat dan juga Encik Noor Hazury bin Mohd Zubir yang selama ini tidak  pernah jemu untuk memberikan segala ilmu dan tunjuk ajar yang amat berguna kepada beliau.

kiri: boss ke-3  kanan: big boss
mana boss ke-2? tiada dalam gambar.
huu

heee.. ni gambar paling mahal ok!


Yang Arif,
Di hari yang bersejarah ini, dengan izin Yang Arif, Pempetisyen juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih beliau di atas segala jasa, pengorbanan dan nasihat yang diberikan oleh bapa beliau, Encik Yaakob bin Mat Sahri, tidak dilupakan juga kepada Puan Hunaizah binti Abd Razak yang selama ini banyak memberikan dorongan dan sokongan, serta keluarga tercinta, Amirul Afiq, Aizat Fikri, Yasmin Raihana, Ammar Afifi, Dinie Uzair dan juga Hikmat Wafiy. Kejayaan Pempetisyen pada hari ini adalah berkat doa dan sokongan daripada bapa Pempetisyen dan juga arwah ibu beliau, serta seluruh ahli keluarga yang lain.
terima kasih kepada Aizat Fikri sebab sudi datang :)

Pempetisyen juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada peguam di firmanya, Encik Ahmad Fakhri bin Abu Samah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada beliau. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan firma guaman tersebut yang banyak membantu beliau.

Beliau juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah beliau di UiTM. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat baik beliau, antaranya Noorhani yang turut hadir pada hari ini untuk long call nya sendiri, Mastura, Diana, Hani, Ummi, Syahida, Zulaila, Wan Nur Amirah, Zarra, Razan, Anis, Asfalla, Syazwani dan lain –lain yang telah banyak membantu Pempetisyen.

tq Diana, Cik Ida dan Cik Lala yang sudi datang, tunggu dari awal sampai habis :)

Puan Hani, tahniah :)
semoga satu hari kamu akan menjadi seorang DPP :)

terima kasih juga kepada Acik Mamah bagi aku bunga :)
**seronok rupanya perasaan dapat bunga**
hahaha




terima kasih juga kepada En. farhan sebab selalu tolong aku dekat court.hee..
(bak kate en.mail, networking itu penting)

dan berikut adalah gambar-gambar lain yang aku rasa macam best je nak letak.haha..

Yang Arif Dato' Suraya yang sangat best!




ok. aku memang lapar time ni!




terima kasih kepada Puan Hani (walaupun belum kawen) sebab sudi melayan aku membebel dan mengadu domba setiap hari :)

sempena hari tersebut, pakai kasut cantik sikit la.
hee. 


Cik Diyana yang banyak ajar macam mana nak filing .heee.
dan aku telah menurunkan ilmu kepada Cik Ida pulak :P

kaki mengumpat dan kuat gosipss

tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan :)

sekian sahaja.

cita-cita aku:
nak jadi lawyer masuk tv!
hihihi.








Wednesday 23 May 2012

EYE TREND

Hai !!

korang rabun tak?
(tiba-tiba terus tanya, takde intro langsung)

alhamdulillah,
mata aku masih sihat.
cuma ada silau je la.
(baru cek mata minggu lepas)

dulu aku ingat,
lawyer ni mesti rabun,
nerd, pakai spec bingkai tebal, kanta 2 inchi,
banyak membaca lah katakan..


ataupun,
aku yang sebenarnya malas membaca sebab tu tak rabun kan?? 

oiiii,
aku kan makan sayur dan buahan tahu!
haaa, sebab tu la.



sebenarnya aku nak cerita,
semalam aku teman kawan aku beli spec baru..
spec dia dah patah..

aku suka kedai tu.
ramah. 
so aku nak promote la sikit.

ni lah kedai aku dengan kawan aku pegi semalam.
dekat pusat komersial, seksyen 7, shah alam.
(sederet dengan nasik lemak cinta sayang)

dia ni sangat baik dan ramah.
dia akan layan je sampai ko jumpa cermin mata yang ko suka.

si mastura jadi model cermin mata pulak.

ehh, orang kedai cermin mata dah telefon.
cermin mata dah siap la!
cepatnyeeee....

ok, babai korang.
nak pegi ambik cermin mata si mastura..

balik ni la aku sambung buat hujahan!
heeee..
jangan tido lepas ni dah la!
:P






hari ni balik awal!

Hai.
Assalamualaikum..
Selamat Hari Rabu :)
Hari ni seronok, sebab Simba the White Lion takde.
takde la tekanan perasaan aku dekat ofis.
(singa tu tak secomel gambar ini!)

paling penting,
hari ni aku balik awal!!!
6.30 aku dah kemas-kemas nak balik :P

Cik Ida kurus dan Cik Lala takde.
ikot pegi bicara.
sepanjang hari ni aku bertapa dalam bilik aku yang aman, nyaman da tenang itu menyiapkan hujahan.
dari hari sabtu aku buat, tapi tak siap-siap.
hahaha.
poyo je konon weekend boleh siapkan!


 ni masa poyo-poyo konon nak siapkan dekat rumah weekend hari tu.
gigih angkut segala buku.
siap buat nota macam nak final exam.
Dah lah afidavit si Shook Lin ni buat tebal gile!

Haaaa... 
inilah yang jadi bila banyak waktu lapang buat kerja macam siput.
dah nak kena hantar, baru ko kelam kabut kan cik bidadari!
padan muke tak dapat ikot pegi bicara.
(sebenarnye sekarang ni pon hujahan ni belum siap, tapi aku belum ada mood nak sambung)

ohh.
lupe nak cerita,
hari tu big boss belikan kerusi untuk bilik aku..haha..

tadaaa.. comel tak?

inilah si mastura model kerusi oren.

ehhhhh..
Hari ini hari Rabu.
lagi 2 hari nak long call!! 

apesal aku tak rasa seronok?
semua orang seronok nak long call.
lepas 5tahun setengah belajar dekat UiTM tu,
9 bulan merana dalam zaman gelap chambering..
barulah dapat diterima menjadi Peguambela & Peguamcara.

apesal ko tak seronok cik bidadari?
baik ko hantuk kepala ko kat dinding sekarang! 

hmm, 
entahlah.

T.T

takpela.
abaikan.

tapi,
semalam aku terharu dengan adik aku.

sms1: dari cik bidadari kepada adiknya:

sms2: reply si adik kepada kakaknya:

terima kasih adikku.

:)

.........................................
tiba-tiba,
rasa sedih.
sobsobsob.

ok lah, 
babai.


to whom it may concern:
one day you'll be proud of me..
thanks for everything.














Saturday 19 May 2012

tiada tajuk

Assalamualaikum..
Hai.

Hari ini tidak berapa seronok..
sebab baru mendapat berita yang sangat sedih :(


hmm, takpela.

Allah takkan menguji hambaNya dengan dugaan yang tak mampu dipikul, sebab Dia maha mengetahui kan.

mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini,
dan aku harap, hikmah yang baik untuk aku dan semua orang juga.
amin.

tapi,
tipulah kalau aku cakap aku tak sedih kan.

sebab ia melibatkan sesuatu yang cuma akan jadi 1 kali je seumur aku hidup di dunia ni.

hmm,
aku tak tau lah memang disengajakan, atau memang keadaan tak mengizinkan.
jawapannya cuma dia je yang tau.

takpelah,
walau macam mana pun,
aku tetap nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan dia.

tanpa dia, siapalah aku pada hari ini..

aku memang seorang yang ego dan susah untuk menunjukkan kasih sayang.
i'm sorry for that,
but i do love you!
and,
i'm sorry for everything..

ok. abaikan.
aku adalah manusia yang nampak seperti kental dan tidak berperasaan,
tapi sebenarnya dalam hati cuma aku saje yang tahu.

ok,
aku kena buat sesuatu yang lebih seronok lepas ni.
:)

akhir kata:
walaupun seseorang itu nampak macam seronok dan gembira,
tapi tak semestinya dia takde masalah kan?
sebab bukan semua masalah kita boleh cerita pada orang lain.
tapi,
jangan sampai masalah tu memudaratkan diri ye.

sekali lagi,
walau berat pun masalah dan dugaan yang kita terpaksa hadapi
percayalah,



dan, 
segala yang aku tulis ini juga adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri.