Friday 19 September 2014

TERFAKTAB: skema jawapan.


ya,
kau.
aku yakin kau membaca.

kau, aku ibaratkan seperti anggur.
yang lembut sifatnya.
mudah terluka, luar dan dalam.

aku tidak tahu,
kenapa aku terjebak
dan menjebakkan diri.

aku boleh memilih untuk berkecuali
tetapi aku tidak sampai hati.

kalau kau mencari jawapan,
aku bukan tempatnya.

cuma yang mampu,
meminjamkan telinga dan bahu.

ya,
aku tidak di kasutmu.
aku boleh berkata sesuka hati aku.

setiap yang berlaku,
membuat aku berfikir seribu satu.
kadang-kadang juga terkelu.

aku tau kau tidak sekuat aku
aku juga tidaklah berhati batu.

kita,
bukan dalam pertandingan
bukan juga permainan

kau
memang lembut
tapi
jangan sesekali menjadi lemah.

aku,
tiada jawapan untuk semua persoalan.

harapan,
tiada sebarang percakapan yang disalah tafsirkan.

percayalah,
setiap yang berlaku ini adalah satu pengalaman.

aku,
minta maaf atas setiap perilaku
yang mungkin lebih menambah luka di hati itu.

mungkin satu hari ini semua berlaku ke aku,
kita semua tidak tahu.

kau,
kuatlah.














TERFAKTAB: Separate Legal Entity



jujur dari sudut hati,
aku memang terkesan.

tapi,
semakin aku tahu, semakin aku mahu.

kerana,
kita semua adalah entiti berbeza.
tidak bertanggungan di antara satu sama lain.

nampak seperti pentingkan diri?
ah.
persetankan.

aku tahu apa aku mahu.

aku tidak tahu apa hasilnya
tapi tak salah mencuba.
kerana rezeki itu ada di mana-mana
dalam bentuk pelbagai rupa.

jika aku pentingkan diri,
sudah lama aku jauhkan diri.
tapi untuk mengalah dan membawa diri,
itu bukanlah prinsip diri.

terpulang kepada interpretasi sendiri.

aku,
bukanlah tidak peduli.
cuma malas melemaskan diri.

kau-dia
dia-dia
aku-dia

tema masih sama;
hadapi semua dengan senyuman :)

-----------------------------------------------------------
ini adalah akibat terlalu banyak masa lapang,
membaca kitab terfaktab sambil mendengar the best of Siti Nurhaliza.
miahahaha.












TERFAKTAB: DURIAN MUSANG KING

aku,
ibaratkan dia seperti durian
yang nampak keras di luar, tapi lembut di dalam.

kau,
diibaratkan seperti ulat.
kau datang merasai kemanisan dan kelembutan dalaman si durian.
dan yang kau tingalkan cumalah kesan.

kesan yang diibaratkan seperti parut, 
yang tak boleh diubati menggunakan bio-oil.
yang hanya boleh dipadam masa.

oh durian,
tidak mengapalah.
sekalipun kau terkesan dek kerana si ulat,
yakinlah,
kau masih mempunyai nilai
walaupun tidak dimakan begitu saja,
kau masih boleh menjadi tempoyak.
atau lebih canggih lagi, menjadi durian crepe.


hadapilah semua dengan senyuman. 
:)


---------------------------------------

ada sesiapa rasa aku patut tukar profession tak?
mihmihmihmih.


Monday 15 September 2014

LOLIPOP

aku yang masih bermesra dengan selimot,
sambil menghirup megi cawan perasa soto
yang dijumpa di gerobok dapur.

lagak seperti tuan puteri, serapan di atas katil.

pakej dengan milo tin yang dibelanja si husna.

teringat pula kepada satu kejadian.
hari melawat tiga kawasan.

tajuk kejadian: deting 600 kilo.
watak: aimi & si sepet.
watak sampingan: husna.

si aimi memang begitu.
tiada hala tuju bila fikiran tidak menentu.

si aimi yang sudah melantak 2 bekas polisterin lemang berlaok ayam dan daging,
dan sebijik bege jalanan yang special bersalut telur, dan setin air milo, 
bersama-sama si husna di taman,
kemudiannya masih merasa belum mahu balik tido.

dihantar husna yang suka membebel balik ke rumah.

kemudian dicari peneman lain.

si sepet melayan saje dengan senyuman manis.

hasilnya,
melawatlah mereka berdua ke 3 kawasan
Bentong-Raub-Kuala Lipis.
dan baliklah ke kelumpo semula.

meronda pekan satu pusingan.

ditunjok sungai yang si aimi tak nampak mana sungainya.

ditunjok juga ladang buah naga, yang buah pon si aimi tak nampak apa lagi naganya.

dicerita jalan banyak anjing, haa yang anjing ni saja yang si aimi nampak.

perjalanan meredah kegelapan pekat malam,
dan jalan yang berliku liku itu,
seronok.
sebab tiada sebarang komplen, omelan dan bebelan daripada si penumpang.
hilang kawalan pon ditanya saje kenapa dengan senyuman manis juge.

yang ada cuma;
cerita hantu
*cebik bibir*

di kata si sepet,
setelah disukat,
cincai kira jarak perjalanan pemanduan malam tersebut adalah lebih kurang 600 kilo.

jadi,
dinamakan kejadian tersebut:
hari deting 600 kilo :)

suit tak suit tak mereka?
miahhaha.


itu sajalah mau dicerita.
yang lain biarlah antara aku dan dia saja.


nah belanja 1 lagu;

satu masa dulu aku suka gerhana ska cinta (secara tepat bakri si drummer)
 dan oag (secara tepat radhi oag)
Hahaha


-----------------------------------------------------------------------------------------
yezz.
post ini memang khas untuk semua paparazi yang ada.
(bajet-bajet retis)

aku bukan lagi pelitigasi (buat masa kini)
jadi aku tak peduli semua reaksi.

sekian,
mohon terasa.

dengan pesanan:
janganlah suka menyampai cerita.















Sunday 7 September 2014

misi sekeping hati di bawa berlari | LOMBOK-JAKARTA | 4

Salam Hangat!

banyak pulak hasil karangan aku.

banyak sangat masa terluang.

sila jangan bosan.

ok,
ini dah hari keempat.
hari terakhir.

pagi pagi mcm biasa,
serapan di hotel

3pagi serapan di sini,
3pagi aku makan nasik goreng.

lepas serapan,
ke kedai bakery.
mau mencuba kek lombok.



kek cokelat lombok apa rasanya ye?
em em em.
aku suka lagi kek Hani Ayub buat.
pok, kek kau sedap.

pukul 10 dijemput bapak bapak.

destinasi:
Desa Banyumulek.

tempat membuat barangan guna tanah liat.







apa yang menarek adalah:
kendil sakti.


kenapa sakti?

sebab,
dia takda penutup di atas,
masukkan air dari bawah.
dan terbalikkan.
dan tak tumpah.

tak percaya?
nah tengok ni.


katanya pak Taufiq,
kalau air keluar tu banyak dosa,

hahahah.

padahal aku tau itu teori pengudaraan sajo.

dekat sini sekejap je
beli apa pon tidak
sebab duit dah nak habis.

flight pukol 2.
jadi terus dibawak bapak bapak ke airport.

otw ke airport,
gigih bapak bapak menunaikan hajat aku mau membeli poskad dan mengepos.
jadi di bawak singgah ke Kantor Pos, Mataram,
sesiapa yang dapat poskad tu silalah merasa istimewa ye.


terima kasih kepada Pak Taufiq dan juga Pak Ma'un :)
datang Malaysia Mbak Aisyah bawak bapak bapak jalan jalan Kelumpo ye.


balik kami kami naik Lion Air
transit di Jakarta.


sampai di airport Jakarta,
kami kami pon solat dulu
lepas tu baru mencari teksi.
tiket ke Kelumpo pukul 9pm [10pm Malaysia].

sebenarnya takda lokasi nak pegi pon di Jakarta.
jadi aku pegi saja ke pak teksi.
dan tanya,
kemana tempat menarik tapi dekat.

jadi dicadang ke Monas atau Ancol
tapi sebab weekend di kata ke ancol sesak.

jadi di bawalah ke Monas, Jakarta.
kos teksi pegi lebih kurang 150,000++




dekat sini,
sama sajelah mcm melepak di dataran.

banyak makhluk-makhluk.

setiap mereka kena bayar.
sebab kami kami dah tak banyak duit, jadi kami kami masukkan duit RM dalam tabung mereka.















dah puas menengok semua makhluk,
terasa nak makan.

aku beli kerak telur

esah aku tatau apa nama makanan dia.
yang pasti banyak toge

ini dia!
kerak telo dan em em makanan toge.


dah siap makan.
dan selfie juge.



bergeraklah semula mecari teksi ke airport.

kali ni kos 100,000 seorang =200,000
pak teksi keturunan Batak yang bawak kereta macam fast & furious.
first time aku duduk di belakang dan terdetik nak pakai seatbelt.

otw ke airport,
sempat lah melihat pemandangan sekitar.
yang pada aku lebih kurang Kelumpo saje.

ini gereja tertua
aku suka dengan design gereja ni.

ini masjid tapi tak sempat nak pegi dan snap gambar.

jadi,
habislah short trip Jakarta.

sampai di airport,
habislah percutian bersama si esah.

di airport,
flight delay.
tak cukup duit nak bayar tax
lapar.
dan lion air takda makanan dalam kapal.


kepada si esah,
terima kasih
menjadi travel buddy-lah sangat
:)

ada rezeki
dan masa lagi
bolehla kita berjalan lagi.
aku doakan kau jumpa Yong Hwa di percutian akan datang.

next destination: banyak!

|||| tiada sambungan ||||

-----------------------------------------------------------------------

#self reminder

" if you spend too long holding on to the one who treats you like an option,
you will miss finding someone who treats you like a priority"


















Friday 5 September 2014

misi sekeping hati dibawa berlari | LOMBOK | 3

aku ingat hari ni masih Kames.
oh,
rupanya sudah Jumaat.

Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Kames, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan..


tadaaa..
aktiviti perpeluhan!
5km uollsss.
bekerja keras la paru paru aku 16hb nanti.

aku harap aku dapat badan seperti gegadis jepun, walaupun tidaklah bermuka korea.
miahahahha
..............................................................................
ok,
nak sambung cerita Lombok.

hari ke-3.

bangun pagi.
serapan di hotel macam biasa.
pukul 9 dijemput bapak bapak.

hari ni mau dibawa ke Air Terjun Sendang Gile & Tiu Kelep.
air terjun ni terletak di kaki gunung Rinjani, di Desa Senaru.
perjalanan dari Senggigi katanya bapak-bapak 2 jam.

dalam perjalanan aku sebok tido.
jadi takda pemandangan.

ini pemandangan yang diambil dari bawah sebelum trekking ke air terjun.



dan pemandangan si esah yang sebok selfie.

dan aku pon sama.
sila layankan saje.
aksi-aksi guna smile shutter kamera di talipong si esah.






dah, jom pegi air terjun.
bayaran masuk 5,000 seorang [tourist]

nak ke air terjun, kena berjalan sikit yang tak berapa nak sikit.
soft trekking katanya.
tapi capek jugak lah si esah yang hari hari kerja bawah ekon ni.

perjalanan ke air terjun diteman Mas Andre.


jalan jalan jalan sambil tatau berapa kali minum air dah,
sampailah ke air terjun Sendang Gile.




tapi kat sini kami kami tak mandi.
sebab kami kami nak mandi di air terjun kedua.

lepas ambik ambik gambo,
perjalanan diteruskan.
haaa, trekking ni best.
panjat panjat tangga,
redah sungai juge.







sampai kan,
longgar lah jeans aku lepas balik soft trekking ni.
tolonglah percayaaaa!

aku tak set masa perjalanan.
tak terfikir.
sebok menjaga pernafasan.
letih tau tak.

jadi dah penat berjalan akhirnya sampai lah juga ke air terjun kedua.
Tiu Kelep

aku kan baru tau nama air terjun kedua ni Tiu Kelep, otw ke airport masa balik.
aku ingatkan sama je nama Sendang Gile.

dekat sini, si Andre rajen mengambik gamba.
suka beno dia memegang talipon aku (disebutnya hape)



anjing pon sampai ke atas ni tau.
aku suruh tengok gambar anjing bukan tengok gambar minah salleh.
kalau dah tengok, tengok lama lama jangan kedip.
kedipan kedua dah dosa.
haha.




kami kami adalah orang paling lama berendam.
mengikut pemerhatian sendiri lah.
yang lain celop celop lepas tu dah keluar.

sejukkkkkk.
tapi nyaman.

berendam, dan bergosip sikit.

keluar dari air, berasa lapar.
lepas dah puas berendam,
si Andre pon dah ajak balik,
jadi turun lah kami kami untuk balik.

dan makan siang.

makan siang kali ni pon sedap.
tapi tak lah waaa waaa sangat.



jemput makan.
sambal dia sedap.
aku ingat si esah tak makan sambal.
baru nak curik sambal beliau.
tengok tengok habis jugek.

siap makan,
menggedik.

otw balik ke Senggigi semula,
di bawa bapak bapak suruh rasa sate ikan.

sate ikan dan pelecing.


ini pula namanya lontong.
rasa macam ketupat.

sedap juga sate ikan ni.
20,000 untuk 15 cucuk sate ikan dan pelecing.


kata Pak Ma'un,
orang-orang kawasan situ semuanya sakti
sebabnya kan,
sate ikan dan pelecing ni dimakan atas piring,
dan mereka mereka makan dengan piringnya sekali.

tapi, masa kami kami makan takda piring.
take away sajo.

jadi, tidaklah dapat kami kami ini menjadi sakti.

habis makan, berbaringan.
dalam pukul 6.00 pm mcm tu, 
keluar berjalan ke Pantai Senggigi.
menengok sunset.

masuk ke kawasan Pantai kena bayar.
em em. lupa lah bayar berapa.
dekat sini kami kami duduk duduk saje melayan perasaan





malam,
keluar makan.
aku makan nasik udang masam manis
esah makan ayam taliwang.


ini popia dihidang. percuma.

makan ini saje, dengan 2 air tembikai berjumlah 122,000.
boleh beli kereta.

dah balik makan, tido.

oh, lepas balik dari merenung nasib di pantai senggigi tu,
singgah ke kedai,si esah teringin megi.
dan aku membeli milo kotak
tidak sama rasa macam di Malaysia.
masa ni lah aku rindu air milo Malaysia.

habislah percutian hari ke-3.

||| akan bersambung |||


----------------------------------------------------------

the smile on my face doesn't mean my life is perfect.
i just appreciate what i have and what Allah has blessed me.