Friday 29 March 2013

tahniah!

Bos besar dapat anak baru!!
yang kelima!
seronok la dak chuman dapat adik.

Congrats bos besar& kak saniah!



*nanti aku ada adik sama baya dgn anak bos besar. Kihkihkih.

lambatnya nk pukul 6.
pukul 6 nak pegi makan dengan dak ummi dekat wong solo.


Thursday 28 March 2013

curik tulang! #hidup tidak selalu indah

Hai!
sekarang 12.33pm.
masih office hour.
tapi..
sel-sel otak aku tak dapat berhubung sekarang.
cepatlah pukul 1!

ok. sekarang 12.51. 9 minit lagi.
petang ni nk ke KL pulak.
haihh.

kehidupan bekerja mmg tak seronok.
masa belajar kalau malas, rasa nak ponteng, selamba je.
(masa tu belum matang tak fikir kesian kat mak bapak)

sekarang pulak, belajar sambil bekerja.
lagi tak seronok!
sumpah tak seronok.

perasaan bercampur baur.
lagi-lagi bila dah start ada assignment.
lepas tu kau pulak ponteng kan minggu lepas.
padan muka kau aimi!

kawan-kawan kelas dah mula berdiskusi buku apa nk beli.
aku pulak lost track!

kawan sms kata kena cari ayat quran berkenaan Taqwa.
masa dia sma aku dekat court.
dia pulak tengah carik.
maka aku pon mulalah konon stress.
siap plan mlm ni nk balik awal nak ngaji.

lepas tu aku balik office, aku pon google
ayat Quran berkenaan Taqwa.
pheww~~
selamat. ADA!!

haha.
yeayyy!
so tinggal assignment pasal Arak pulak.
dah la soalan asgnment pon tak perasan dan di post kat group FB.
conversation dorang di FB dan whatsapp adalah sangat laju dan banyak dan aku adalah tak terkejar nk follow.

ni baru 4th week.
aku dah rasa tak best.

aku mcm.. malas je nk membahagikan diri, dan minda untuk dua benda.
belum bayar yuran lagi ni so mcm boleh je nak tarik diri. hahaha

mesti dak syu marah nnt :P

pendek kata:
buat masa sekarang aku rasa, 
belajar sambil bekerja adalah tak sesuai untuk aku.
*buat masa ni lah. mana tau nnt berubah fikiran*

so i cant imagine la,
orang-orang yg bekerja, belajar dan kawen!

hohoooiiiii!!!

tak mau.

misi:
mengumpul duit untuk membeli kereta baru, rumah.. savings.. tabung haji.
kot la nanti kalau kawen, ada jadi apa-apa ke kan..
adalah payung lain, kalau payung yang diharapkan tu tiba-tiba patah atau terbang ditiup angin.

terlalu banyak melihat ragam alam perkahwinan di sekeliling menyebabkan sedikit trauma pon ada. haha.

oklah, 
nota kaki: kita hanya mampu merancang tapi Allah juga yg menentukan.
dulu aku suka berangan kawen dgn anak raja. masa tu zaman fikiran sempit gila.haha
nahh! in real life anak raja mana nak kat kau ha makcik! miahahaha!

sekian, buat masa ini.

assalamualaikum.
tak jawab dosa.
jawab sayang :)

terimalah lagu tema tapi takde kaitan apa-apa.
saja sebab suka dengar.

dan ini juga. tapi pada aku lagu ni bingit.
cuma sebab ada radhi OAG so aku suka!
haha




Wednesday 27 March 2013

Hai Adik Ipar!

assalamualaikum.
selamat hari rabu.

hari ni bangun awal sebab semalam tido awal.
belum pkl12 lg aku dah tido.
as usual, tak mandi..
malas.
kemengantukan melebihi segala-galanya.

hari ni pulak lawyer opponent datang lambat so aku boleh la gerak lambat sikit.
maka dgn riang ria nya pagi ni vacum bilik, kemas katil dan bukak laptop.
bukan hari-hari boleh golek-golek atas katil macam ni.

semalam adik aku tunjuk gambar cicin dia nk pegi merisik gf dia.
beso dah adik aku, dah nak pegi merisik anak dara org dah.

kalau ibu ada mesti ibu seronok.
ibu selalunya akan menjadi orang yang paling seronok dgn setiap apa yg anak dia buat.

sama mcm masa aku dapat masuk uitm dulu, seronok betul.
padahal uitm je pon, masa tu pre-degree je pulak tu.
kalau dapat belajo obersi mesti ibu lagi lagi la seronok.huhu
*kan dah bergenang air mata*

ok, cerita yang seronok sikitlah.

ahad ni nak hantar rombongan merisik bakal adik ipar.
hai ira bakal adik ipar! :)
hihihi.

semoga dipermudahkan urusan tersebut.

bila dah adik kau yang dah mula ada plan nak kawen ni,
mula la mendapat soalan-soalan hangat baru keluar dari oven.
lagi-lagi pulak weekend hari tu baru je balik dari kenduri sedara.

memi bila?
memi dah ada ke blm?

si ayah pulak siap bagi tips.
omg!
siap bagi due date!
OMG!

aku takda jawapan untuk semua soalan tu.
aku cuma boleh kata:
i'm not ready 
hoho.

siapa taknak kawen?
kalau suami tu aku boleh beli kat tesco ke giant ke, aku dah beli 10 dah.
esok pon boleh kawen kalau nak.

rileks la..
sekarang zaman moden.
si kakak kan wanita bekerjaya.
si kakak pon muda lagi la.

sebenarnya,
aku belum puas joli lagi.
hahaha.

pada aku,
semua kan dah ditentukan.
kita mana tau bila masanya jodoh tu datang.

seorang pakcik cakap kat aku,
memi, ko jgn la asyik doa dapat kerja bagus,
dapat gaji bagus je,
itu je la ko dapat nanti.
ko jgn lupa doa dapat jodoh yg bagus.

maka,
aku pon terfikir-fikir..
memang aku selalu doa dipermudahkan semua urusan kerja dan dipermudahkan rezeki.
bukan aku tak doa dimudahkan jodoh tu cuma it comes after doa dimudahkan kerja dan rezeki.

alhamdulillah,
aku tak merasa lagi susahnya takde kerja.
tak merasa susahnya mencarik kerja.

in terms of rezeki,
alhamdulillah jgk tak pernah lg la aku tak makan.
walaupun kais sebulan makan sebulan, tapi still ckp untuk menampung diri dan anak-anak cacing dalam perut. yekkk!!! (minumlah vitagen!)

kalau Allah mudahkan semua urusan aku,
nanti aku jd malas berdoa kan.

Allah itu kan maha adil.
dimudahkan yang sini, diuji yang sana.
(teringat kata-kata lecturer criminal masa kelas syariah)

takpela.
bila ada nanti ada la kan kan kan.

nak pening-pening pon buat apa.
baik tido, tengok tv.
(haha, kalau mcm ni siapa la nak kat kau!)

jgn paksa-paksa.
benda tu datang sendiri.
jangan asyik tanya kalau tak tolong cari.
mwahahaha

okeilah,
tak payah nak feeling feeling sangat la pagi pagi ni.

dah nak kena pegi mandi.
malasnya!

hari ni nak masuk uitm nak ambik baucer buku!
weeehuhuuuu.

ini dak husna.
abaikan muka aku yg macam katun tu.


ini pulak dr.hayati.
cousin!
congrats Athi & Afiq :)

ok, dah nak bersiap pegi kerja.
assalamualaikum
semoga hari ini lebih baik dari semalam.
=semoga hari ni dapat balik awal, lagi awal dr semalam. hehe.

babai

-------------------------------------------------------------------------
* kelas syariah dah ada asgnment tapi aku malas.
apesal budak lain mcm seronok & excited je?

* teringat-ingat kepada si senduk.
ceittt! syuh syuhh!









Sunday 24 March 2013

rumah dan tangga

waaaaa!!!!
lama gila tak update.

kadang-kadang bz. kadang-kadang malas.

tiap kali idea membuak-buak masa pulak tak mengizinkan.

sekarang ni sebenarnya ada kerja nak buat tapi malas tahap gaban hitam.

tapi aku pon takde idea nak tulis apa pon.

takde apa yang menarik.

ohh, tiba-tiba teringat satu kejadian..

situasi: sedang makan-makan di kedai makan bersama-sama dengan bos besar, bos kedua dan en.F.

telefon en.F pon berbunyi kerana makcik beliau sudah memanggil pulang makan.

maka kedua bos-bos ini menggelakkan en.F.
inilah situasi orang-orang yang dah berkawen kata mereka.
(aku pulak pura-pura tengok hoki walaupun tak minat)

bos kedua pulak berkata:
nanti aimi laki dia la pulak call.

en.F pulak buat dialog:
"aimi kat mana? abang dah masak ni"
[aku adalah isteri paling bertuah kalau laki aku tolong masak dah bila aku balik kerja. mwahahahha]

bos besar pulak sambung dialog:
"abang bukan dah masak tapi dah 'masak' dengan aimi ni!"

paham tak? paham tak?
haha.

**************************
aku dengan bos-bos selalu bertikam lidah pasal isu-isu rumahtangga ni.
almaklumlah, mereka lelaki dan aku perempuan.
walaupun aku takda rumah apatah lagi tangga kan. hoho

situasi yang menjadi pertikaian:
kalau ada periuk dekat sinki dan orang yang habiskan nasik dalam periuk tu adalah sang suami, siapa yang kena basuh?

aku harusla akan kata dah makan sampai habis tu basuh la.
dah la isteri tak dapat makan pastu kena basuh pulak.

bos bos pulak kata: basuh periuk tu tanggungjawab isteri. banyak pahala tau aimi.

grrrrrrrr!!!!
aku yang sekolah agama sampai darjah 6 je pon macam tau je takde pon tulis dalam Quran tanggungjawab isteri basuh periuk?

sama-sama makan sama-sama basuh la tak boleh?
time awak susah nak isteri susah bersama-sama..
time awak senang, awak senang sorang-sorang.
ini tidak adil!

aku kurang berkenan dengan lelaki lelaki typical mcm ni.
sekian.

aku tau akan ada yang kata mcm la lelaki suka kat perempuan mcm aku.
heh!
tak suka sudah.
bukan aku paksa kau suka aku pon kan.


wonderpet pon selalu kata:
apa yang penting, KERJASAMA!

pendek kata:
aku tetap tak setuju basuh periuk tu tanggungjawab isteri.

panjang kata:
aku rasa aku belum sesuai untuk berumah yang ada tangga.
tambahan pula: saham tak laku-laku lagi. mwahahha.

ok lah,
babai.
esok kerja dan aku adalah malas.
tapi tak sabar tunggu dapat gaji.

assalamualaikum!
tak jawab dosa.

-----------------------------------------------------
lagu tema bulan ini:


teringat dak wafiy dgn dak dinie suka nyanyi lagu ni.
HAPPY BIRTHDAY WAFIY! :)