Sunday 15 July 2012

wisdom tooth!

haluuuu!!!!


baru habis tengok cerekarama.
kecewa dengan ending cerita!
aghhhh.
mati-mati aku ingt msg utama cerita tu adalah pasal pedophile.
adoii.
takpela.
aku bukan pengarah drama.

tiba-tiba teringat,
cik bidadari mengalami sakit gigi sejak 2 minggu lepas .
maka, 
isnin lepas cik bidadari pegi klinik gigi sebab gigi bongsu yang degil dan menyakitkan itu.
 best la klinik tu.
doktor pon baik.
sangat baik!
klinik pon cantik.

KLINIK PERGIGIAN SITI FAUZIAN
atas old town, seksyen 7, belakang uitm.

berikut adalah gambar-gambar klinik tu.
(ambik dari page klinik ni. aku nak ambik gambar masa datang tu tapi aku segan. haha)



ruang menunggu:







bilik rawatan:







cerita lucu:
masa aku nak keluar dari bilik rawatan ni,
aku tersalah pintu. masuk stor.
sebab pintu keluar tu sama colour dengan dinding.
huu

lucu tak??
sila gelak.

best tak klinik ni?
best kan!!!
 masa datang ni, alang-alang dah datang, aku pon buat la scalling.
doktor tu siap polish lagi.
hehe.

lama dah tak pegi scalling.
dulu boleh pegi klinik kerajaan, rajin la pegi tiap kali cuti sem.
lepas tu, nak pegi dekat uitm, asyik bz je la konon.
buat appointment pulak, asyik kena cancel je.
lama-lama malas aku dah.
balik kerja pulak terus tido. tak gosok gigi la kan.
ish ish. tak bagus betul.

tq doktor gigi klinik siti fauzian :)

misi: kumpul duit nak buang gigi bongsu kalau lepas ni sakit lagi.

kepada gigi, jgn la sakit lagi ye. boleh la aku kumpul duit nak shopping. heee.

habis cerita pasal klinik gigi.

kesimpulan: klinik gigi Siti Fauzian ini adalah recommended!

****************************

eh ehh, tiba-tiba terasa nak letak gambar sesuatu. 
hahahaa.

cuba teka siapakah? hahaha

cik lala!



makcik angry bird merah!
si pipi merah-kata k.wan! haha.

muka nak innocent saje makcik ni.


gambar cik bidadari sepanjang belajar dekat uitm.
2005-2007-2010

[gambar-gambar diambil semasa tunggu makanan dan tengah makan di Andaman, seksyen 23 pada 12.7.2012]


ok,
nak kena tido awal sebab esok nak bangun awal balik kampung :)
tata titi tutu!

oppsss,
jangan lupa gosok gigi sebeum tido!
kerana kuman dan bakteria tidak tidur ketika anda tidur.

ecehh.
aku selalu macam ketam yang ajar anak berjalan kan.
padahal aku pon selalu balik kerja terus baring!


**lepas serapan aku tak buat la sebab.. serapan dekat ofis.hee**

*******************

esok dah ahad.
bila nak buat kerja yang aku poyo-poyo bawak balik ni??

dah la takde siapa nak tolong aku lepas ni.
sob3.
kembali kepada rutin dulu-dulu macam masa zaman chambering la gayanya macam ni T.T

esok nak rehat puas-puas lah sebelum isnin
(rehat saja kerja kau kan)

azam minggu baru (mulai isnin ni):
nak kerja dengan fokus.fokus.fokus.
dan bersemangat!
rajin.
misi: siapkan semua kerja yang pending! --> ini misi dari minggu bila entah rasanya!

memandangkan ahmad, cik Lala dan cik Ida dah takde,
terpaksa lah i mempersiapkan diri untuk menempuh hari-hari mendatang.
i know i can do it! wuhuuu!

(rasanya.. kalau dari tadi aku taip afidavit instead of update blog, mesti dah siap 2 afidavit kan.hee)
azam di atas start isnin ni.. hehe.

berikut adalah gambar-gambar saat-saat perpisahan dengan cik Lala.
gaya cakap macam tak jumpa dah je kan lepas ni..
jauh tu Kelantan!


ole-ole untuk makcik-makcik




ehem ehem.. ada orang tu nangis la. haha

nangis lagi :P






kepada cik Lala,
semoga gembira di tempat baru.
thank you for everything!
tc.

sekian,
selamat malam Shah Alam.
tak sabar nak balik Tanjung Karang esok :)

jom gosok gigi :)

assalamualaikum.













Saturday 14 July 2012

vacancy: chambering student

SELAMAT HARI SABTU

dedicate lagu ini untuk anda semua :) 


merujuk semula kepada tajuk di atas (ayat surat formal sangat),
ya!
saya memang memaksudkannya.


anda seorang yang berhati batu, cekal dan tabah?
boleh menerima tekanan dan bebelan?
anda A dalam subjek civil procedure?
anda A dalam subjek company Law?
anda A subjek Bankruptcy?

haha.

takdelah.
tipu je atas tu.
aku pon bukan hebat pon.
aku belajar memang untuk ambik exam je dulu.
sekarang agak regret la, sebab bila bos tanya mesti aku tak tahu,
so aku rasa sangat bodoh dan tak tahu apa-apa la di situ.
mana nak ingat semua benda kan.
aku ni pulak dah la memang short term memory.

owh,
berbalik kepada iklan tadi.
sekiranya anda masih tercari-cari tempat untuk chambering,
sila hubungi 03-55664284
atau
hantar resume anda ke mhipartners@gmail.com :)

boleh ke buat iklan macam ni sebenarnya?
cincailah.

ofis aku ni best tau.

walaupun kadang-kadang 'best'..
tapi kadang-kadang memang betul-betul best.

aku selalu wonder kenapa aku boleh bertahan kerja dekat sini?
jawapannya: sebab ofis ni memang best!
seriously!

adakah aku nampak macam over promote?
haha.

tak. aku tak tipu.
alaaaa..
stress dan tension tu biasalah.
kerja mana-mana pon tension.

bukan senang nak senang,
tapi bukan susah nak susah.

jadi,
aku bersyukur lah dengan apa yang aku ada sekarang.

ada masa untuk main bandminton lagi tau.
sapa kata kitorang ni kerja je 24 jam?

main dengan bos besar lagi tau

ajk sukan





semangat bos besar bagi arahan, 
"aimi, ko dekat situ, bola belakang je ko ambik"
nak menang punya pasal.huu


muka comot lepas bersukan

cik Lala sibuk sms cik Ida yg jeles dengar kitorang tgh main badminton



cik Lala yg semangat main jugak walaupun pakai baju kurung.
tulaa, sapa suruh tak bawak baju bersenam.

selain bersukan,
ada juga masa makan bersama-sama.
(cik Ida belanja makan ikan stim lemon dekat Andaman,Seksyen 23)

tq cik ida belanja makan.
minggu ni aku murah rezeki sb ramai orang belanja makan :P
alhamdulillah.

ikan stim lemon

udang sambal petai

ayam masam manis dan telur dadar

kailan ikan masin

tomyam ayam

en.fakri yang datang kemudian..

kenalah order lauh tambah untuk en.fakri ni sebab kitorang dah makan nak dekat habis dah.

makcik yang kuat makan

muka-muka terpaksa dengar pakcik bercerita :P hahaha


dua orang ni suka bergaduh.
tak percaya??

haaa. kan aku dah kata.


                                                                         gaya-gaya kepochi pakcik dan makcik.
sorang rosnah mat aris.
sorang ala-ala chef wan! 
hahahahaha


ini pulak gaya-gaya orang dengan shades barunya.
owh pleasseeee!!
ray-ban u olsss. kenalah pakai selalu kan.



so, setakat ni, ada sapa-sapa tertarik dan terasa:
waaaa, bestnyaa firm ni..
bestnyaaa!!!
rasa nak hanta resume sekarang jugak la.
baiknya dorang ni semua.

hahahahaha!!!

ape lagi!
hanta resume anda sekarang :P


elaun: sangat berpatutan untuk area shah alam ni.
serious! aku tak tipu.

okei lah,

selamat berhujung minggu.
kejap lagi nak keluar pegi sacc, nak beli donat untuk kanak-kanak rebina di tanjung karang.
esok nak balik kampung :)

tak sabar jugak nak bagi apam ladybird kepada mereka :)

babai.