Sunday 30 November 2014

apa apa saja

aku memang selalu salah percaturan

sesal?

tidak sama sekali.

kenapa?

mengikut kata hati?

Ah!

jawapan cliche.

kau peduli apa?

sekalipun aku salah memilih jalan,

akan aku nikmati saja pemandangan.

jadikan pengalaman. dan kenangan.

ya.

gembira gembira sajalah.

hidup cuma sekali

apa nak sakit sakit hati

meh senyum meh meh.

----------------------------------------
my fav song recently.
nah!



Friday 28 November 2014

sudah sudah-lah



ya.
senyum kau

menggetarkan jiwa
membuat aku tergoda
hati berdetik detik rasa berbunga bunga.

ah.
AH!

-----------------------------------------
mari,
aku kongsi 1 puisi tepi jalan
mukasurat 87





Wednesday 19 November 2014

TIADA KAITAN

Nah,
aku sedang mendengar ini.
dah diulang berkali kali.


dan,
aku juga membaca Puisi Tepi Jalan.

nah.
aku suka yang ini.
mukasurat 129.


menarik?



Sunday 9 November 2014

Makan Hati

Makan nasik berulam jantong
adalah sangat sedap dari makan hati.
Moralnya:
Cinta tak bagi kau kenyang.


Puisi Tepi Jalan,
Mukasurat 3.

boifren?


oh, dia boifren kau?

jadi?

setuju atau tidak
aku katakan yang sekarang kau tak percaya
dengan apa boifren kau cerita?

dan sekarang mencari penjelasan dari aku pula?

ah.
perempuan kadangkala menjadi bodoh.

cepat percaya
dan salah sangka.

dalam kata lainnya:
perasan saja.
sedangkan si dia sekelumit rasa pon tak ada.

hahaha.
adakah aku salah satunya?

kalau ya, padan muka aku.

untuk si dia,
aku ingin berkata.

di mana ada hati, di situ kena hati hati.

ya,
walau apa pun jadi,
kau tetap kawan aku sampai mati.










Wednesday 5 November 2014

Tempat Jatuh Lagi Dikenang.

Bukit Tabur
Sudah ditawan puncaknya.
21 September 2014.

Kata dia,
Tak sempat penat dah sampai puncak.
Itu kata dia.

Kata aku,
Basah juge ketiak.

Selangkah aku = tiga langkah dia.
Penat la kite ni nak mengejar dia.

Kata dia lagi,
Kami berdua istimewa.
Naik jalan lain. Turun jalan lain.
Dengan cara tersendiri. Hahaha.

Tersendiri lah sangat. [angkat angkat kening]

21 September 2014,
Mmg hari yg istimewa.
Pengalaman hidup yang tak pernah dijangka.

Dan,
Bukit Tabur,
akan jadi lokasi deting paling menarek dan tak akan dilupa sampai bila bila selagi tak nyanyok.

Kepada yang nak mendaki,
Silakan. Tak salah mencuba.
Tapi berhati hati :)

Sejak dari hari ini, aku belajar untuk menghargai profession bomba. Jururawat. Dan dokto juge.

Tp aku rasa macam nak tuka profession menjadi stewardess lah. Mampu? - sambil kira butir jerawat kat muka (muka cebik)
---------------------------------------------------------

Kepada dia si jin bukit.
Terima Kasih.
sila maklum bahawa sy terhutang budi dengan sedara.

Nah belanja gamba sekeping di Bukit Tabur.

Monday 3 November 2014

unintended


mengulang lagu ini
sejak pagi.

dan sekarang,
mengulang lagi

inilah kehidupan penanam anggur.
hahaha.

sekian.

------------------------------




Sunday 2 November 2014

KAU.

aku bukan pujangga,
yang bijak mengatur kata.
cuma dirasa ini medium yang ada.
untuk kita menyatakan rasa.

kau anggap aku lawan
dikala aku membuat kau sebagai kawan.

aku,
bukan lawanmu.
aku harap kau tahu itu.

ini bukan pertandingan ataupun perlawanan juga bukan perlumbaan.

aku,
tidak mengejar apa-apa.
cuma mengikut kata hati saja.

dan,
setiap rasa disebalik senyuman aku ini,
bukanlah seperti yang kau sangka.

jika
aku ibaratkan sang jejaka sebagai pokok
dan si gadis pula sebagai bunga

dan aku aplikasikan pula
yang pokok kurang serinya tanpa bunga
tetapi
bunga masih indah dan menarik walaupun tanpa pokoknya.

ya,
walaupun ekosistemnya sudah tidak saling melengkapi

tetapi,
setiap yang terjadi ada nilainya tersendiri
yang kita perlu hargai
dan bukanlah untuk terus diratapi.

kalau kau kata
aku bahagia sedangkan kau derita
aku tidak mampu berkata apa
kerana hati aku kau tidak merasanya.

sekali sekala terdetik duka
sebab aku juga manusia
dan aku tahu kau begitu juga.

ampun maaf dipinta jika kau terasa.

ya,
ampun maaf
sepenuh hati.

semoga kau gembira dan baik-baik saja, kawan.

------------------------------------------------------------------------------------
ini ost cinta ibadah
sejak-sejak duduk rumah tak buat apa
terjebak drama melayu lah pulek.






Selamat Pengantin Baru: PUAN Noorhani.

setahun yang lepas,
beliau masih bujang terangtangtang.
laki istimewa pon takdak.
asyik terigau igau lelaki korea.

tengok-tengok,
makbul juge doa di hari lahir beliau itu.

alhamdulillah,
25/10/2014,
selamatlah beliau
menjadi isteri orang.
isteri seorang lelaki yang tak la bermuka korea
tapi kacaklah juge kan hani kan kan.

kami panggil dia esahril.


tahniah esahril sebab berjaya membuka dan mencuri hati si hani ini. 
sila menjaga si hani elok-elok.

aku, 
kenal hani sejak di uitm Kedah.
2006.




ini masa presentation.
antara presenter terbaik dalam kelas dia ni :)



dari zaman comot-momot,
sampaila sekarang si hani dah pandai memakai eyeshadow dan blusher apatah lagi lipstik,
dia tetap sama.
kawan yang baik.
dan sentiasa berusaha untuk dapat apa yang dia nak.

dari dia belum ada kereta,
sampai sekarang ada kereta hasil titik peluh dia sendiri pon,
dia tak lupa ke aku lagi.
siap bawak jalan-jalan dengan BMB dia.

masa belaja dulu,
hani lah tempat aku mengadu setiap kali gadoh dengan si syira.

Hani ni memang kawan sepergosipan dan seperngumpatan.

dari zaman uitm, sampailah sekarang.



banyak juge benda yang kami buat bersama-sama.

zaman uitm, 
buat bisnes fotostet past year.
zaman ni kereta pon takda lagi.
gigih naik bas pegi angkot dari kedai fotostet.

untung taklah seberapa.
tapi seronok tu sampai sekarang aku ingat.

aku ingat lagi dari untung yang dapat tu 
kami pegi membeli brooch bersama-sama.

hani sepanjang yang aku kenal,
kedekut orangnya.
dia sgt merancang perbelanjaan.

aku pegi kelas naik bas.
dia gigih pegi kelas jalan kaki.
tapi aku tengok aku kurus lagi dari dia,
ekekekke.

kalau dikata kami semua tak pernah bergadoh, tak pernah terasa hati, 
tipulah.
laki bini pon bertikam lidah.
tapi bak kata syira,
gadoh gadoh pon ini la kawan-kawan yang kita ada.





kami bukan jenis berjimba-jimba masa di kolej.
almaklumlah, duit tak berapa nak ada.
tapi setiap aktiviti yang dibuat bersama-sama,
memang gembira.
dan hani akan jadi org paling excited.









masa uitm,
aku dan hani tidaklah kategori pandai pon.
tak lulus test tu perkara biasa

tapi,
alhamdulillah.
25/5/2012,
jadi jugak aku dan si hani,
 peguambela & peguamcara.

ya,
bersama-sama.



haa,
aku ingat lagi masa dia tau dia dapat AG.
masa tu aku pegi tengok wayang dengan dia.
meraikan habis 9 bulan chambering lah kononnya.
gembira dia msg aku lepas cek result.

tahniah pok!

mula-mula dia masok AG, 
dia asek komplen bosan.
jealous bila aku cakap aku ke Mahkamah.

sekarang hambek kau,
nak sangat pegi mahkamah kan.
jadi sekarang dia asek bebel muntah ke mahkamah.
hahahaha
 itula omputeh pesan dah.
careful with what you wish for. 


tapi hani,
jujur aku kata,
aku bangga dengan kau :)

mula-mula nanges kan datang Raub?
sekarang dah nampak apa hikmahnya kan.

berjumpalah esahril buah hati pengarang jantong.

aku rasa macam kena berhijrah jugak kot.
tak berjumpa-jumpa pemilik tulang rusuk.
#awak kat mana awak kat mana
omnomnomnom.

hari berganti hari
tahun berganti tahun.

rupanya dah 4 tahun sejak habis belajar.

walaupun dah habis belajar,
aku dan hani masih sama.

masih kawan bergosip dan kawan mengumpat.

dan sekarang tambah lagi 1 ahli iaitu si esah.

gosip bersama-makan bersama-deting bersama.

inilah kawan-kawan deting aku suatu masa dulu.

sampai ada yang kata, aku macam takda kawan lain.
bertiga saje.


















 hani ni,
manja orangnya.




tapi tak mengaku.

dan comel juge-lah sikit.



hmm hmm hmm..
tetiba terasa rindu nak berdeting deting macam ni.

terlalu mementingkan kerjaya
kononnya takda masa.

sampai deting pon aku lambat :(



sorry.

walaupun kau dah kawen,
aku harap kita masih boleh deting.
celebrate birthday.
makan & gosip bersama-sama.

tapi kalau kau datang bawak anak,
aku tanak tolong cebok anak kau ye.




sebenarnya kan,
aku rasa esahril ok je.
kau ni yang macam susah nak tinggalkan laki kau kan kan kan.
hahahhaha.

kehadapan Hani,

semoga bahagia dan diberkati
sentiasa gembira dan murah rezeki sentiasa.

nanti jangan lupa belanja kami lagi ye :)
(gambar diambik masa Hani belanja flamming)

Selamat Pengantin Baru
Hani & eSahril.

sorry jugak entry ini sudah basi seminggu.

aku,
akan merindui hani untuk makan wong solo bersama-sama.

esah,
jom makan wong solo.
  

--------------------------------------

sebelum tu,
pok,
nah buat kenangan.
gambar-gambar kau dan aku di zaman comot.

i lap you pok 
dan
terima kaseh menjadi kawan aku susah dan senang, sampai hari ni.













sekian.




who's next?