Tuesday 25 June 2013

kau takkan terganti.


kepada kawan baik,


i'm sorry.



i'm sooo sorry..




PERIGI MENCARI TIMBA?

curik tulang time!
aku tengah malas.
sel-sel otak tak dapat berhubung.
mungkin sebab jerebu.
tapi sebenarnya sebab aku yang memang malas.

merujuk kepada tajuk di atas,
aku no komen!
bapak aku kata, zaman sekarang redah aje.
mana ada dah perigi dan timba.
yang ada cebok dan kolah je.
tu pon ramai dah guna shower je kan sekarang.

tapi,
walaupun kolah mencari cebok ke,
perigi mencari timba ke,
harap-harapnya masih la menyimpan nilai-nilai estatika yang sepatutnya kan.
(nilai estatika la sgt aku pon tatau apa maksud estatika tu mende entah)

pada aku,
senang dapat senang tinggal.

aku memang suka bersikap dan berfikiran prejudis.
harap maaf.

tapi,
aku pon nak kata,
tak salah berusaha.
kita kan memang digalakkan berusaha.

atleast,
kita dah usaha.
dapat tak dapat tu perkara no 44.
dari tak cuba, lopong je la kan.
kihkihkih.

kepada kawan-kawan aku yang dok jual mahal sangat tu..
udah-udah le tu, kulit muka korang bukan tegang lagi pon.
hahaha.
jangan la berharap korang jumpa lelaki melayu yang macam lelaki korea yang korang tengok dalam drama tu.
mimpi je la wehh.
kembalilah ke alam realiti.

tapi, harap-harap jgn la sampai jatuh kepada tahap perasan sorang-sorang.
(nasihat kepada diri sendiri jgk la ni)


post ini adalah sempena,
hari tu aku otw balik rumah, lepas tu tiba-tiba tersedar aku dah 26 tahun depan dah 27.
erkkk. ada 2 tahun lagi je tinggal.

okeilah,
nak sambung buat kerja.

babai.
assalamualaikum.




Sunday 16 June 2013

untuk bapak kesayangan :)

untuk ayah kesayangan,

Selamat Hari Ayah!

Terima Kasih kerana menjaga & membesarkan kami semua :)


Terima Kasih belanja belajar tinggi-tinggi ke menara gading. ecehhh.
Sorry tak jadi doktor as u wish.
anak ayah tak cukup pandai.
lagipon, anak ayah ni takut pegi hospital!


who i am today, is because of you..


Terima Kasih sebab ajar kami mengenal kehidupan & berdiri di atas kaki sendiri..
#terima kasih belanja duit minyak kereta bila memi tak cukup duit belanja dulu. heeeeee :P


Terima Kasih Ayah sebab selalu mendoakan kami semua :)

tak boleh nak list semua sebab banyak sangat dan semua tu tak terbalas.

ayah,
i love you!
i cannot thank you enough for all the support and love you have given me.



u are my hero!

oppsss.. lupa.
 Terima Kasih jugak tolong carikkan jodoh.

but, im still young la ayah!
baru 26.
belum puas berjimba. hohoi.

tapi, kalau nak carikkan lagi,
ciri-ciri:
sama macam ayah yang boleh betulkan lampu, paip, kereta dan lain-lain lagi.
heee.

sorry tak dapat balik di hari bapa ini kerana desakan kerja duniawi.
#bajet dendang perantau la sangat kan.

Sorry ayah sebab selalu nakal dan tak dengar kata.
tapi, as i said before, who i am today is because of you. ekekekekke.
mesti dapat gen gen perengus dari ayah ni. 
agagagagagaga!!!!
 baru la like father like daughter kan kan kan.

Happy Father's Day :)
Thank You for Everything.

****************************************************
aku suka gambar kitorang masa kecik ni.




tak banyak gambar masa kecik sebab mana la nak ada kemere kan dulu-dulu.


i miss u so much ibu.


okeilah,
nak sambung kerja.

selamat hari ahad Malaysia.
selamat hari bapa kepada semua bapa di Malaysia :)













Sunday 9 June 2013

Rumah Pertama.

Hai,
assalamualaikum.

aku baru bangun tido.
aku mimpi beli rumah.
sebab sebelum tido aku tengah fikir nak beli rumah.

maka, lepas bangun terus pegi dekat laptop yang memang tersedia on.

meng-google la apa-apa yang patut.

dan tiba-tiba terasa macam...
macam...

macam mana nak ada rumah macam ni???


lepas aku buat kira-kira,
contoh rumah aku nak beli 300k,
aku punya commitment setiap bulan je dah separuh gaji aku.

(T.T)
tapi,
nak ada rumah sendiri....

boleh la nak squeeze kan bajet bulanan tu.
tapi tak dapat la aku nak berjimba sangat kan.

susah la nak menabung nak pegi pinang anak orang.

tak dapat la nak beli donat tiap minggu untuk kanak-kanak rebina kat rumah tu.

tapi,
masalah paling utama adalah..

ada ke bank yang nak approve loan untuk orang bergaji ciput macam aku ni.
dah la bergaji ciput tapi bercita-cita nak beli rumah yang mahal.

masalahnya,
semua rumah pon mahal!

grrrrrr.

apa yang patut aku buat?

pilihan-pilihan yang ada:
1. cuba je survey bank bank tu semua kan. mana tau ada rezeki.
(tapi lepas tu memang aku kais pagi makan pagi kais petang mungkin tak makan la kan)

2. carik suami yang boleh belikan aku rumah tu!
(tapi kalau dah kawen nanti kompem duduk mana-mana pon aku tak kesah, lagi-lagi bawah ketiak dia)
euwwwwwwwww!!!!
*selangkah menjadi isteri mithali lah kononnye kan*

3.berhentilah berangan-angan kalau tak mampu!

dah lah,
baik aku pegi mandi pastu solat asar.
doa lebih sikit dimurahkan rezeki.

bai, 
selamat hari ahad petang esok dah isnin.

---------------------------------------------------------------

#misi menebar jala dihentikan buat seketika untuk kemaslahatan bersama.






Friday 7 June 2013

PERASAAN itu satu anugerah :)

PERASAAN setiap minggu pada setiap bulan:

minggu 1:
wowieee! seronoknya tengok dalam akaun duit ribu riban!
(setiap selang satu jam bukak online banking cek duit ada berapa)
lagi seronok kalau bulan tu ada komisyen kan.

minggu 2:
erkkk. perasaan tak menentu.
*garu-garu kepala mcm ada kutu*
start buat kira-kira, bajet untuk makan tinggal berapa.
sebab dah tolak semua expenses bayar kereta, bagi kat ayah, bayar insurans, bayar broadband. bil telefon, bayar rumah dan lain-lain lagi.
minggu ni selalu la sikit pegi atm sebab kejap bayar bil rumah, kang pegi maxis bayar broadband. kang pegi celcom bayar telefon.
tapi kalau malas bayar online sajo lah.
*kereta belum bayar lagi!*

minggu 3:
masa ni perasaan bermuram durja.
sebab duit gaji dah nyawa-nyawa ikan.
siap korek tabung.
kadang-kadang ambik duit simpanan yang tak seberapa.
minggu ni kadang-kadang  tak pegi atm dah pon sebab takda apa nk cucuk keluar dah.
kalau cek online banking pon buat sakit mata je tengok baki.
masa ni perasaan tak sabar tunggu hujung bulan! kan kan kan kan??

minggu keempat:
perasaan tak sabar tunggu 30hb!
pay day pay day!
masa ni start buat kira-kira lagi.
tolak semua expenses, tengok ada baki berapa.
sebab kalau ada baki nk pegi beli beg idaman la, baju idaman la. nak beli perfume la. nk makan ikan stim lemon la.

kesimpulan:
marilah berdoa dimurahkan rezeki :)

teringin nak menang apa-apa pertandingan tiba-tiba macam jatuh dalam lobong emas kan.
masa tu kompem aku belanja korang makan ikan stim lemon!
(mcm la sedap sgt kan ikan stim lemon tu)

nak menang pertandingan tapi pertandingannya pon tak masuk!
tu namanya bodoh bangang okei.

maksudnya:
jangan nak harap la rezeki datang bergolek kalau korang tak berusaha!
ada paham?

jadi,
kejap lagi aku nak berusaha siapkan kerja. <--dari semalam tak siap-siap
sebab aku aim nak dapat bonus raya nanti!
(harap-harap bos baca)
#sambil tunggu mesin basuhkan baju aku. kalau tak esok tak cukup baju nk pi kijo.

ok,
dah malam.
pegi la tido.
assalamualaikum.

perasaan itu satu anugerah.
tak percaya? tak percaya sudah!
 bai :)

------------------------------------------------------------------------------------

lagu tema:

hai arnab putih!
(sambil rasa berbunga-bunga)
(tapi aku tak suka bunga, so tuka kepada rasa kecoklat-coklatan) ???? buruk!

bila takda tunggu, bila ada rasa gembira :)
ok aku dah gila.

bai bai bai. 






Sunday 2 June 2013

hitam tak semestinya jahat dan putih tak semestinya baik.

aku nak tido.
tapi belum ngantok.

esok aku dapat rasakan aku akan bangun lambat.
dengan belum gosok bajunya.

ok,
aku nak cerita, Rabu eh Khamis lepas aku tertarik dengan satu video ni.
aku dah lama dengar pasal matlutfi ni.
tapi aku tak pernah minat nak tengok sebab aku takda masa dan malas sebenarnya.

tapi yang ni aku tengok la, sebab aku kan banyak masa lapang minggu ni.
haha.
sebab ramai orang share kat fesbuk jadi aku pon tengok la..
dan tengok yang lain-lain jugak.
interesting la jugak sebenarnya.


inilah video tersebut.

aku setuju dengan dia.

apa yang aku dapat katakan,
nak berubah tu memang senang. tapi nak istiqamah tu yang payah.

memang betul semuanya daripada diri kita sendiri.
tapi, yelah, kita ni manusia yang lemah, syaiton yang direjam ada di mana-mana.

contohnya,
kalau kita nak ajak seseorang tu, untuk melabuhkan tudung.
gunalah pendekatan yang lembut.
hadiahkan brooch yang cantik kat dia ke kan, boleh dia pin tudung dia.

kalau kau nak girlfren/isteri korang pakai tudung,
belikan la dia tudung cantik-cantik.

aku pernah terbaca blog sorang laki ni yang ambik gambar-gambar perempuan yang dikatakan konon berbaju tapi bogel.
aku tau niat dia nak bagi kesedaran.
tapi tu bukan cara yang betul.
lagi lagi ada pulak komen-komen yang berunsurkan 18 18.
kan tak baik membuka aib orang. tak tutup pulak tu muka org dalam gambar tu.

aku tak kata aku baik.
saja je nak share video ni.

ok.
(sebenarnya ni aku taip jumaat malam tapi lepas tu tertido tak post.)

hari ni dah ahad esok dah kena kerja dan malas.

babai semua.

-------------------------------------------------------------
lagu tema:


didedikasikan untuk si arnab putih.






Saturday 1 June 2013

SYIRA is getting married!

hai,
assalamualaikum.

hari ni berakhirlah cuti tanpa gaji aku.
takut pulak nak masuk ofis lepas buat perangai entah hapa-hapa.
ok, abaikan.

malam ni dak ecah tido rumah aku sebab esok lepas subuh nak gerak pegi Melaka.
SYIRA nak kawen esok!

excited!
orang lain yang nak kawen tapi aku yang excited.

best kan  tengok orang kawen.

aku suka tengok orang kawen tapi aku lagi suka part makan free.

apasal syira kawen dulu sebelum aku??

syira jumpa bakal suami dia masa dia join program anak angkat.
tula, aku malas nk join aktiviti kemasyarakatan siapa suruh.
padan muka!
tapi, dak hani pon join jgk aktiviti kemasyarakatan tu, tapi dia sama je dengan aku tak laku lagi.
kihkihkih.

syira is one of my best friends masa dekat uitm.
dia garang.
suka cubit orang.
kuat membebel.
cerewet.
kuat komplen.
tapi dia pandai.
walaupun tulisan dia tak cantik.
aku dengan hani selalu fikir mcm mana lecturer boleh baca tulisan dia ni.
syira dalam kelas kuat tido.
selalu tak habis salin nota.
lepas tu gelabah pinjam nota orang lain nk fotostet.
nanti dia akan kata:
cantiknya nota awak. cantiknya tulisan awak. kena pinjam ni nak fotostet.

aku selalu gaduh dengan syira.
almaklumlah, dua-dua kepala hangin.
lepas tu nanti aku akan mengadu dengan Hani.

aku tatau syira ngadu dekat siapa. wanee kot?
tapi aku rasa lepas dia ada boifren mesti dia ngadu kat boifren dia yang kitorang panggil awan.

masa si syira ni awal2 bercinta aku rasa macam nk pukul je apasal susah sangat nak mengaku.
ntah apa-apa ntah syira.
bajet artis sangat kan.

syira ni cantik. cuma dia selalu pakai tudung herot-herot.
aku pon tak faham apa masalah tangan dia tu.
aku harap tudung dia masa kawen esok tak herot berot.

lecturer aku nama john chua selalu puji gigi syira.
putih.
syira pakai fresh & white.

syira ni takla sopan sangat macam perempuan melayu terakhir.
dia lembut tapi degil.
kadang-kadang dia gelak jugak tak sopan.
dah la tu kuat makan pulak tu.

dia suka kata aku ni 'senget'
"mi, senget la awak ni"
padahal dia tak tau ke dia tu mereng sebenarnya. gila.


secara jujurnya, dalam ramai-ramai kawan aku ni, syira la orang yang paling aku banyak bertekak.
tapi bak kata mas, gaduh-gaduh pon tu jugak kawan aku. haha.

syi, i miss u!

oh, lagi satu, syira ni dia susah sikit kalau orang kalahkan dia.
nanti dia mula la start membebel blablabla.
jadi kalau aku dapat markah tinggi dari dia aku tanak bagitau dia.
persoalannya..
pernah ke aku dapat markah tinggi dari dia??
jap aku fikir....
macam tak pernah je..
dia tu pandai, aku pulak jenis malas. selalu fail. hahaha. test pon fail. betapa otak udangnya aku.

zaman belajar dulu, seronok je.
aku ingat lagi masa tu bawak juara pegi uitm.
angkot la mereka-mereka semua ni,
lepas tu masuk uitm pak guard tahan cakap lebih muatan.

bila dah ada viva tu, pon sama jugak.
angkot la mereka-mereka semua ni.
dan.. syira yang kurus kena duduk tengah kat belakang. hahaha.

aku tak banyak gambar masa belajar dengan syira sebab masa dulu takde telefon ada kemere canggih.

dak hani yg selalu ambik gambar tapi aku tak boleh cilok gambo dia sebab dia private.
aku rasa hani ni risau orang ngorat dia kot tu dia private. haha

takpon, dia risau orang tu nak ngorat dia tapi ttb nampak gambar kawan-kawan dia yang lain especially aku la kan yang comel bermata sepet ni, ttiba tak jadi mengorat dak hani.
ahahahha.
mesti hani marah dengan statement ni. kihkihkih.

ada beberapa perangai syira yang mana aku tatau nak explain dengan tulisan..
tapi aku dengan dak Hani dah mmg kenal la.

syi,
sorry semua salah silap, termengumpat termengata terbuli ter ter ter yang lain lagi la.
lagi-lagi tergelakkan awak pasal kejadian serkop.. sampai hari ni orang gelak lagi.

orang doakan awak bahagia dengan awan.

awan,
kau jaga syira elok-elok ok.

nanti kitorang datang Johor bawak kitorang pegi legoland okei.

selamat menjadi isteri syira.
semoga menjadi isteri solehah.

i lap u!

hani#SYIRA#kak asma#odah
cikbidadari#wanee#dayah#fith

inilah syira duta fresh & white






ada orang kata aku ni cuma ada 2 kawan je.
heloooooo..
macam dia je ada ramai kawan kan.
ngehhhh!

nak kena tido dah la. esok nk drive.
babai.
assalamualaikum.
jangan lupa baca doa tido.

syira,
selamat pengantin baru.

------------------------------------------------------------------------
ini lagu tema ecah bagi kat aku.
sempena, tak setaraf.


ecah kata:
janganlah yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran.

aku tak kejar dan aku tak kendong.
jadi takde apa nk dirisaukan.
haha.
ok, bai.


nota kaki:
perasaan siap assignment awal adalah sangat seronok.
kalau tak emsti sekarang ni aku tengah tonggang tonggek lagi siapkan.