Tuesday 25 September 2012

sang arnab dan sang penyu: episod akhir.

hai :)
ye, sekarang 4.09 am, dan aku masih di ofis.
kerja aku dah siap, cuma malas lagi nk drive, malas nk hantar fail dekat ofis atas.

susah betul aku nk siapkan kerja ni.
padahal bukan susah pon.
sumpah tak susah, tapi sebab aku menghadapi mental block, malas dan takde semangat..
sebab tu la rasa nk tido je.

natijahnya, tak payah tido la aimi oii.
pakai je baju dalam almari tu pegi court terus esok.
mwahahhaa..
7-e pon bukan jauh nk beli berus gigi.

eeeeeee!!!
TIDAK SAMA SEKALI!
aku tetap akan mengekalkan rekod bersih aku tak tido kat ofis.

merujuk kepada tajuk kita,
sang arnab dan sang penyu lagi..
(episod akhir dah ni sebab lepas ni, aku nk fikir cara lain nak rangsang otak kanan aku, 
taknak berimaginasi benda-benda mcm ni dah)

sempena aku ada idea ni,
bia la aku karang ending cerita dorang ni.

cerita bermula,

walaupun sang arnab berharap setinggi gunung, seluas lautan..
apa yang pasti, arnab tetap arnab, penyu tetap penyu.

arnab bukan sandy yang boleh hidup dengan balang oksigen dalam lautan.

arnab telah dikhabarkan dengan satu berita yang mmg arnab sendiri dah jangka pon.

maka, berdukacitalah sang arnab.

sang arnab dikhabarkan oleh sahabatnya sang unta bahawa sang penyu sudah berteman.

oucccchhhhhh.. kesian arnab.

sedih ke ko arnab?

tak payah nk sedih sangat la.

sebelum sang arnab membawa hatinya yang duka lara,
sang arnab nak dedicate lagu ni untuk sang penyu.


kepada sang penyu,
semoga anda bahagia :)

haihh arnab, arnab..
ko ni berhati batu, degil, tak reti nk dengo tau ke idok.
dah dah la tu..

tak payah nk berharap sangat la arnab oiiii.
[aku mmg keji kan. haha]

oh, nak dijadikan cerita,
baru je sang arnab mendapat perkhabaran yang dukacita itu,
tiba-tiba,
sang penyu muncul di depan mata.

apekah reaksi yang patut dibuat?
memang pandai berlakon sgt ko kan arnab.

takpelah,
sayang ke suka ke tak semestinya memiliki kan..

kita kena percaya Qada' & Qadar.
kalau Allah kata kun faya kun, maka kun faya kun lah.
mungkin Allah tau masanya belum sesuai.
ko pon bukannya dah ready pon kan..
kata nk jd kaya dulu arnab!

kita kan plan nk beli volkswagen beetle!
simpan duit simpan duit..

pandai je aku cakap kan.
kalau kena batang hidung sendiri sasau jugak agaknya..
kalah sang arnab.

ya arnab, 
aku tak rasa aku sekuat anda.
[padahal aku yg reka cerita si arnab ni]

ala, tiba-tiba takde idea.

kesimpulannya,
cerita arnab dengan sang penyu ni bukan happy ending la..
haha.

okeilah,
rasa nk balik dah tido atas katil yg empok.

lagu tema kali ni;

************************************


Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku

Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa





apesal la beberapa hari ni entri macam nk kena rendam dalam besen ha??
buang tabiat ke hape ko ni bidadari?

ohh pleaseee!!!

haha.

kepada sang arnab, ni lagu khas untuk ko dari nenek aku!

chill la arnab.

kita kan buah epal :)

okeila,

lagi panjang aku tulis, nnt sedih pulak sang arnab ni.
kesian dia.

sayonara!

-----------------------------------------------------
kepada seseorang,
terima kasih kerana dari ngantuk terus saya jd tak mengantuk
walaupun awak tu kadang-kadang menyakitkan hati.
u are so unpredictable.









Sunday 23 September 2012

sang arnab dan sang kura-kura (sekuel)

hai hai!!
Selamat Hari Ahad.
esok dah Isnin.
wowieeee!!! tak sabar nak buat kerja!
mwahahahhaha..
lempang aku sekarang!!!!!!!

semalam seharian berjalan-jalan.
Shah Alam-Seremban-Bangi-Shah Alam.

apa yang paling best,
ialah..



dapat tengok 'remy ishak'
haha.

*hati berbunga-bunga*

[tapi dalam masa yang sama, menyedari hakikat yang aku bukan Tiz Zaqyah]
sob3.

okei!

merujuk kepada cerita sang arnab dan sang penyu yang lalu,
http://cikbidadarijahat.blogspot.com/2012/09/merangsang-otak-kanan.html

ada sorang kawan aku bagi komen yang aku rasa sangat comel.

dia tanya aku,
aimi, ko pernah tengok tak Sandy dalam cerita Spongebob?
dia boleh je hidup dengan gembira guna balang oksigen dia tu dalam laut dengan spongebob?
kenapa pulak sang arnab tak boleh dengan sang penyu?


jawapan?

sang arnab dah buat eksperimen masa raya hari tu.
haha.
dia rasa mmg susah nak masuk

tapi, boleh cuba lagi kan kan kan :)

pesanan aku untuk sang arnab:

"it hurts to love someone and not be loved in return. but what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel."

tapi, sang arnab jawab:

kalau ikot hati sang arnab, dia dah pinang dah sang penyu.
hahaha.
boleh?


tapi, sang arnab menambah lagi.


sang arnab hanya mampu berdoa di dalam hati:
Ya Allah,
aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik daripada itu..

kesian aku dengan sang arnab ni.
kesian ke?
[padahal aku yg reka cerita dia jd macam ni]
haha.

sabarlah wahai sang arnab,

ada jodoh tak kemana pon kan :)

sekian sahaja cerita sang arnab dan sang penyu.
kesudahannya, aku pon tak tahu nak reka macam mana.
nanti kalau aku ada idea, aku fikir apa ending yang sesuai. haha

lagu tema kali ini:



:)

mutiara kata:
[dan juga self reminder]

tak perlu mencari teman secantik Balqis, jika diri tak seindah Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf, jika diri tak setulus Zulaikha,
Tak perlu menjadi seteguh Ibrahim, jika tak sekuat Sarah,
mengapa mendamba teman hidup seistimewa Khadijah, jika diri tak seumpama Rasulullah S.A.W

[pesanan ini bukan untuk si adam sahaja, tetapi vice versa untuk si hawa juga.]


dont go for looks, they can deceive.
dont go for wealth, even that fades away.
go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.

[indeed! nampak "remy ishak"senyum pon dah berbunga satu hari. haha. gila]

kesimpulan:
jangan terlalu sibuk mencari yang sempurna jika yang sederhana mampu membuatmu bahagia :)


copppp!!!
sebenarnya apesal tiba-tiba aku jadi seorang manusia yang berbunga pagi-pagi ahad ni?
mengong!
mood sempena balik kenduri kawen agaknya.
ahaha.
layan je la ye.

kepada sang arnab dan sang penyu,
semoga ending cerita korang adalah happy ending :)
[nnt aku fikir nak reka cerita mcm mana ya arnab :P]

okei, sayonara!

***********************************************
nota:
seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku..

kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukannya.




Monday 17 September 2012

merangsang otak kanan.

haloo halooo anda semua!
Selamat Hari Malaysia-walaupun semalam.
tapi rasanya belum basi lagi kan.

bila kat rumah ni, nak buat apa-apa pon malas.
duduk depan tv, makan, tido.
[sila jangan contohi]

beria-ia bawak balik kerja sekolah, tapi, setakat pegang jela.
beria-ia set alarm nk wake up buat kerja, tak bangun-bangun jugak.
ahahaha.
takpe-takpe.
di mana ada kemahuan disitu ada jalan kan kan kan..
esok la buat.
heeee.

hari ni tiba-tiba rasa nak berimaginasi demi merangsang otak kanan supaya sentiasa berhubung dan berfikir.


apa beza otak kiri dan otak kanan?


[gambar curik dari google]

OTAK KIRI adalah untuk berfikir secara logik, menganalisa, berbahas dan mengira. [IQ]
OTAK KANAN pula bertanggungjawab dalam emosi, daya kreativiti, kesenian, daya ingatan. [EQ]

jadi, kalau kita asyik fikir pasal kerjaaa je,
nanti otak kanan takde kerja pulak.
heee

alasan malas buat kerja tapi boleh update blog kan.

jadi,
berbalik kepada misi utama untuk mengaktifkan sel-sel otak kanan supaya berhubung dan aktif,
maka marilah kita berimaginasi!

cerita hari ini adalah:
SANG ARNAB DAN SANG PENYU.

-vs-

tersebutlah kisah, sang arnab dan sang penyu,
mereka berjumpa dan beramah mesra.
usia perkenalan: sangat pendek. 
pendek lagi dari batang chopstick.

di usia perkenalan yang pendek itu,
sang arnab pun berasa yang sang penyu ini baik orang nya [orang ke penyu ni?]
maka, tertariklah sang arnab kepada sang penyu.
walaupun tiada satu pun ciri-ciri yang diidamkan oleh sang arnab pada sang penyu itu.

sang arnab sendiri tidak tahu mengapakah? apakah?
tetapi, apa yang pasti,
sang arnab menjadi terkesima seketika dengan sang penyu.
[seketika je la]
kata orang-orang tua:
mandi tak basah, tidur tak lena, makan pun tak kenyang.

tetapi,
semua itu memang cuma untuk seketika.
kerana akhirnya sang arnab sedar yang sang arnab tidak boleh menyelam ke dalam air untuk bersama-sama dengan sang penyu.

sang arnab pun mula merasa kecewa.
tetapi apakan daya.
kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini harus redha dan percaya dengan Qada'dan Qadar.
itu kan rukun iman kita yang ke-6 kan.

pada mulanya, sang arnab cuba untuk berfikiran positif.
bak kata orang tua:
TAKKAN LARI GUNUNG DIKEJAR.
HILANG KABUT NAMPAKLAH IA

tapi, sang arnab sedar bahawa gunung ini bukan sebarang gunung.

NIAT DI HATI HENDAK MEMELUK GUNUNG, APAKAN DAYA TANGAN TAK SAMPAI.

RENDAH GUNUNG, TINGGI HARAPAN

tapi kini, harapan tinggal kenangan sahajalah untuk sang Arnab.

pepatah yang sesuai untuk  sang Arnab adalah:
1. hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
2. yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

hahaa

tiba-tiba teringat sang Arnab tentang kata-kata sang Singa kepada sang Arnab:
"mungkin ko kejar tapi tak sampai lagi tu"

hmm,
sudah cukup cukup sudah,
cukup sampai di sini saja.

haha.

bunga bukan sekuntum,
kumbang bukan seekor.

oleh itu,
sang arnab pon telah membuat keputusan untuk...


untuk...

untuk pegi makan tengahari.

lapar dah ni.

hari cuti ni memang best lagi-lagi bila dekat rumah.
makan sedap.
pegi je dapur,
tak payah start enjin nak pegi kedai makan.
[kantoi selalu makan luar tak masak]
heeee.


okeilah,
babai.
jemput makan.

nota kaki:
cerita sang arnab dan sang penyu adalah imaginasi untuk merangsang otak kanan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada.


lagu hiburan kali ini yang sering didengar dicorong radio:
didedikasikan khas dari sang arnab untuk sang penyu.
mwahahaha

 bwekkkkk!
nak muntah aku dengan sang arnab ni.
hoi arnab, ko nak kena cekik ke ha?



tengku adil.

[motif aku letak gambar dia? takde motif. sebab dia yang nyanyi lagu tu je]

-------------------------------------------------------------------------------------
cita-cita masa budak hingusan:
nak kawen dengan anak raja.



















Wednesday 12 September 2012

i'm not his cup of tea..

 i'm not his cup of tea..

Tuhan tolong jauhkan diriku dari si dia
kerana ku tak mampu menahan diri dari mencintai dirinya..
kerana cintamu tak mungkin ku miliki..


maybe i'm someone else's cup of milo :P
minum milo anda jadi sihat dan kuat!
haha


********************************************************

nota kaki:
aku bukan sasterawan negara
aku hanya manusia biasa yang menulis sekadar untuk meluah rasa.