Sunday 10 June 2012

Rinjani-continued (part 1)

Haluu!!!
apesal la sejak aku turun gunung ni aku 3 kali ganda bertambah malas?
nak pegi kerja malas,
nak basuh baju malas,
nak makan pon malas.
gile!
jadi beruang kutub je la cik bidadari oii kalau asyik nak baring je.

aghhhhh!!
ye ye aku bangun la ni.
basuh baju.
lipat baju.
(asiela, ko jangan bocorkan rahsia 'kekemasan' bilik aku kat orang lain ok!)

sementara aku tunggu baju yg tengah di cuci tu,
boleh la aku sambung cerita aku sepanjang mendaki Rinjani hari tu.
walaupun dah agak basi cerita ni, dan aku pon dah ingat lupa lupa je pengalaman aku tu kan..
(aku mmg short term memory)

hari pertama (2jun2012),
bertolak dari KLIA-Jakarta-Lombok.
dah petang (pkl 6+ kot, tapi dah malam kat sana).
aku tido je sepanjang perjalanan naik van tu.
tau-tau je dah sampai. sejuk kat sana!!!
best!!!!!
nanti kalau aku kawen, nak honeymoon kat sana lah.
erkkk???
apekah statement ini?
*abaikan*

aku dapat bilik sorang :( sebab tak cukup partner.
memang la nampak best je kan duduk sorang.
sebenarnye, boring ok!
mcm isolated.
haha.

hari kedua (3jun2012),
esok paginya aku bangun awal gile.
gaya macam excited je kan nak naik gunung,
padahal.. kalau boleh patah balik, mesti aku pilih patah balik waktu tu.
bangun awal pon sebab aku dah terjaga awal.
ape lagi nak buat kan?

tadaaa.. bukti aku dah siap awal ok.

lepas serapan, siap2 lah kami semua untuk bergerak.
diangkut naik lori angkot macam bebek. haha.



maka, bebek bebek ini semua pon diturunkan di depan sebuah kedai runcit sebelum bebek bebek ini semua dilepaskan ke gunung itu.
berikut adalah gambar-gambar sebelum bebek-bebek dilepaskan.haha




bila semua dah ready, maka bebek-bebek ini pon di lepaskan ke dalam hutan.
yahoooo!!!!
perkara paling best sepanjang pendakian ni adalah:
tak payah fikir nak kena marah, tak payah fikir kerja apa yang pending,
tak payah fikir macam-macam la.
kalau lah aku boleh jalan-jalan je sepanjang tahun, tak payah kerja!
(hoi, banyak cantik muka ko cik bidadari? sapa pulak nak bela ko nanti?)

berikut adalah gambar-gambar hari pertama memulakan pendakian :)
masa ni tak comot dan tak ashemm lagi.haha.

heee, masa ni senang lagi sebab jalan rata.
basah ketiak jugak la meredah panas-panas ni.


bukan semua jalan tu rata saje tahu!
nanti korang kata tak mencabar pulak kan!
ngehhhh..

ini pak firman.


cuba teka apakah ini? 


owh, tak sampai 1/4 perjalanan aku rasa aku macam dah kurus la :P

biru: boss ke-2
hijau: randolph
ungu: en. azmi

pakcik-pakcik yang masih seronok sebab belum sakit kaki lagi






kuat gila kudrat dorang ni!

terbukti bahawa taik lembu itu memang subur!




big boss tunjuk kekuatan.

Duta MARIMAS



cik bidadari, sathya & casey

jauh berjalan, sampai la di post 1 :)

en. fakri si kaki buli dan kuat temberang dan briony yang suka istirehat.

jalan jalan jalan lagi, sampai la post 2 :)
betul ke ni gambar post 2? entahla, aku pon dah ingat lupa lupa.

jalan jalan lagi, aku takdela pulak nak rekod berapa meter dah aku jalan kan..
tapi korang jangan nak berani mempertikaikan jauh perjalanan aku ok.
jauh! dan penat!
phewww!
aku sangat yakin yang aku akan kurus dan ramping macam Fauziah Ghaos bila balik Malaysia, tapi malangnya.. lemak tepu memang susah nak hapus.haha

sekarang sampai post 3 la pulak.
Makan time !!! :)



sepanjang pendakian ni meamng banyak makan telur.
haa, kalau terbuang angin tu, memang harum sangat lah kan.

dekat post 3 ni,
berhentilah solat, membuang apa-apa yang patut (jgn tanya aku buang kat mana lah ye) lepas tu,
sambung balik perjalanan.

naik bukit penyesalan.
tapi masa ni aku tak galak ambik gambar dah ni.

jalan.. sampai hari dah gelap.
hala tuju: tempat khemah di pasang.

tapi, masa ni khemah tak dapat dipasang sebab angin sangat kuat.
masa ni, aku rasa macam nak telefon bapak aku je nak mintak ampun :P
(anak nakal mmg macam ni kan)

masa ni ada 1 kejadian yang ala-ala sweet, tapi aku tak boleh nak cerita, nanti aku kena baling dengan lesung batu. haha

sebab angin yang sangat kuat,
terpaksalah kitorang duduk beramai-ramai dalam satu khemash tu sampai khemah yang lain siap di pasang.
macam biasa,
aku mesti sorang.
boring ok sorang-sorang.
nak ajak pegi membuang air pon tak tahu nak ajak sapa.
dah la aku takut khemah aku terbang.
almaklumlah, aku kan ringan. hee

tak lama lepas tu,
tiba-tiba, ada seorang ni mengganggu gugat tidur aku (sapa lagi kalau bukan si kaki buli itu)
dia kata sathya tido dengan aku.
yeayyyy!!! ada kawan.
haha

tiba-tiba aku teringat..
bila kitorang bangun pagi, dalam keadaan yang sejuk tu, mestila terasa nak peepee kan.
masa ni kitorang tak tahu kewujudan toilet tidak berpintu itu.
dan..
***censored***
haha, cerita kena la tapis sikit.

ni la rupa toilet yang ada kat sini.
3 penjuru tanpa pintu.
comel tak?
*casey, i ambik gambar toilet ni dari u punya album*
Fong, masa ni u bukan tengah teman i kan? haha

owh, 
lupa nak cerita..
aku kan seorang yang boleh tidur di mana-mana.
tengah tunggu cik Ida dekat MRCB pon aku boleh tertido.
so, aku memang takde masalah la nak tido.
cuma..
sebab aku tak tahan sejuk, so aku terjaga la jugak sebab menggigil.
huu.
memang sejuk gila!

sejuk sampai tahap malam kedua tu aku dah carik panadol dah sebab macam ada tanda-tanda macam nak demam kura-kura je, tapi, En.Azmi takde pulak.
so, tahan je la.huu
(sebenarnya, aku ada bawak, uphamol 650 [si mas punya aku ambik sebab die tak guna pon masa pegi camping tu] tapi sebab besa sangat, so aku tak boleh nak telan :P)
tapi, alhamdulillah, lepas bangun esoknye dah segar bugar semula :)

owh, malam kedua tido atas gunung tu, Fong bagi hand warmer.
tq Fong :)

ok lah, macam dah panjang sangat je aku bebel. 
nanti aku sambung lagi la.. hari ke3 pulak (pengembaraan menuju ke puncak)

babai :)









**gambar-gambar di atas aku tak susun, sebab tu ada malam, tiba-tiba siang, tiba-tiba malam semula. aku malas nak susun**

owh sebelum tu, 
beberapa fakta sikit berkenaan gunung Rinjani ni:

1) terletak di Lombok, Indonesia
2) Tinggi: 3,726 meter (gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia)

tiba-tiba teringat makcik dari Kajang masa dalam flight tu tanya aku:
gunung kat Malaysia dah habis daki ke sampai daki gunung dekat endon?

siap cakap Gunung Datuk yang aku daki mula-mula dulu tu rendah je.

owh makcik,
rendah pon, ketar kaki aku tau tak.

naik Gunung Datuk tu seminggu kaki aku sakit tak baik-baik.
mujur la naik Rinjani ni, tak berapa nak sakit sangat.

ok,
aku nak sidai baju.
(malam tadi tertido, pagi ni baru nak sidai.hee) --buruk perangai.

lepas tu nak balik kampung.
weehuuuu..
 nak bagi ole-ole Lombok kepada orang-orang kampung!

babai.
cerita akan bersambung :)




nota kaki:
berharap si pembuli itu tak menyebarkan gosip liar esok!






3 comments:

  1. Nice story. Actually, Saya tengah plan nak gi Gunung Rinjani juga tp nk tggu AA punye flight direct to Lombok soon :-)

    Nak tanye dulu pakai pkg sape yea nak naik Rinjani ke sendiri2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi fiza.
      saya pegi guna agent World Travel Ambassador.
      tour guide pulak dari Kembara Outdoor Centre.

      Delete
  2. menarik giler...seronok baca..insyaALLAH sy pn dlm plan nk p sane..biler tgk cam senang..tp dpt rasekn kpayahan nya..huhu..pape pn thnks ats info² yg menarik..

    ReplyDelete