Friday 25 October 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU

Hai.
Assalamualaikum.

topik hari ini,
PASCA-KENDURI.

Alhamdulillah,
11/10/2013
adik aku dah pon menjadi suami kepada SITI NUR ZAHIRA.
maka aku pon secara otomatiknya telah menjadi KAKAK IPAR kepada Siti Nur Zahira.
(padan muka kau Ira dapat kakak ipar mcm aku. ekekkeke)


inilah adik ipar aku.
geng kopek bawang! yeay!


ini masa kat surau. lepas solat magrib.
prektis dulu dengan bapak aku disaksikan oleh wak-wak.

ini pulak muka cuak dia. hahahaha!

ni semua barang hantaran.
hasil air tangan ucu Midah.

ini cincin kawen.

aku pon ada cincin idaman.
tadaaa.!!!



cantik tak? 
(dengan harapan ada bakal suami yang baca dan tengok cincin idaman aku ni)

ada orang tanya aku,
apa perasaan adik ko kawen dulu?
jawapan: aku takda perasaan.
aku pon dah siap sediakan diri untuk menangkis semua soalan-soalan.
hahaha.
memang kental habis la hati nurani aku.

kita kena yakin jodoh tu Allah dah tentukan.
siapa kita nk tentukan cepat atau lambat.
manusia hanya mampu merancang je kan.
aku rancang nak kawen dengan anak raja.
tapi anak rakyat jelata pon payah toksah berangan sangat la nk dapat anak raja kan.

ok, 
dipendekkan cerita,
dengan 1 lafaz maka aku pon bergelarlah KAKAK IPAR.
ekekekkee.
mcm terasa tua je kan.

bapak aku pon dah jadi BAPAK MERTUA.
(lagi la berbunyi tua)


dah besar dah adik aku rupanya kan.
tua dah bapak aku. ehehehhe.


ni gambar tak cukup ahli.
sebab kanak-kanak rebina semua tak ikot.


ni bapak aku dok tepung tawar.
aku suka pelamin warna putih.
tapi nanti masa aku kawen takmo pelamin ada bunga-bunga.
nanti aku fikir design camana. haha

amboii Ira, seronok ko ye dah kawen!

12/10/2013: Reception!

ni CIk Non & Cik Ton.
Cik Non siap ambik cuti ok sempena adik aku ni nak kawen.

bunga telur tu aku yg isi gula-gula
so bunga gula-gula lah.
bunga telur tu tak cantik, sebab adik aku yg pilih. hahahaha. keji kan aku.

adik aku yang tak sabar tunggu pengantin perempuan.
sebenarnya gambar ni aku nk fokus kat cik non & cin ton.
pengapit hensem kan? ekekeke.
sorry tak available dah kecuali kalau dia bukan lagi 3 quota lah kan.

apasal adik aku suka pejam mata aku pon tatau.
maybe dia tengah imagine nnt dia nak ada berapa anak kot.
nanti anak dia nak kena panggil aku apa?
WAK MEMI?
erkkkk. 


ekekek kesian Aizat muka kena tutup.

nanti masa aku kawen aku tanak la suap2 kek ni sebab aku suka makan kek.
aku nk makan satu pinggan terus.
mana cukup satu sudu kecik tu. ish!

Ini Wak Yaakob dan besan.

aku tak puas hati dengan gambar ni sb aku takla kembang macam ni. ciss! salah kamera.


pengantin nangis sebab nak kena tinggal. hahahha!

19/10/2013: RECEPTION belah lelaki.

signboard ni nampak mcm bapak aku yang nak kawen lagi kan? 
tapi ramai orang kata senang carik la sebab depa semua kan kawan2 bapak aku kan.
so aku rasa signboard ni praktikal la..
saiz A3 ok.
nampak tak excited kat situ.
aku cakap kat bapak aku, nnt cabut balik sebab lepas tu aku nk guna semula tuka date dan nama pengantin je. aku mmg kedekut kerja nk cut cost je kan. 

Tema: Oren & Grey!

sebab kenduri kat kg kan,
maka ramaila orang-orang kampung yang datang tolong.
kenduri Jumaat Sabtu tapi jiran-jiran dah dtg tolong awal lagi.
aku balik hari Kames tu dah ada yang datang.
bagus kan jiran-jiran aku.

daripada kenduri ni, apa yang aku belajar adalah:
semangat kerjasama tu penting.
kalau tak, memang susahla.
sebab tu kita kena hidup bermasyarakat.
jangan nk kera sumbang sangat kan.
terima kasih kepada semua wak-wak yang menolong.
tak lupa juga kepada sedara mara :)

terus aku insaf. lepas ni berazam nak rajin datang rewang
[tapi tertakluk kepada terma dan syarat la]

(aku tak banyak ambik gambar masa kenduri, sebab aku sibuk la konon, gambar mana yang ada je la)


yang bestnya bila kumpul macam ni, masa ni la nk borak-borak. 
lama tak jumpa kan.

beberapa hari sebelum kenduri bapak aku dgn Aizat la yg uruskan semua.
orang kuat si Aizat ni. 
kalau dia takda susah jugak kot bapak aku.

ni tengah kukus pulut.


ni Alim.
jiran aku yang banyak tolong jugak. huu.
TQ Alim

Antara lain yang banyak tolong kami sekeluarga:

AMRINA SOLEHAH


ZAHIR, ICHIK, HALIM, DIJAH, MIRA, HANIS

ramai lagi. tapi aku pon tak dapat nak list kan semua.
semoga Allah membalas yang terbaik untuk korang semua ye.

tak dilupakan:
makcik yang merupakan orang kuat dalam kenduri ni.
dari awal lagi dia dah ada.
DIPERSEMBAHKAN:
CIK NON & CIK TON
wak mini, wak yah, nenek.
ramai lagilah.

pendek kata kenduri memang seronok
tapi...
aku penat!

aku tanak jadi kakak pengantin dah!
taubat jap. 
(ada 6 orang lagi adik aku yg belum kawen ni ha)

masa kenduri belah rumah aku ni aku tak banyak ambik gambar.
so aku curik gambar-gambar dari Amirah Saryati. heee.

ini sedara-sedara johor.
pakcik makcik belah arwah ibu.

guestbook!
sebenarnya apa dalam otak aku lain dari ni.
tapi sebab tak sempat, ni pon buat dalam masa berapa minit je.

malam sebelum tu dok project runaway jahit kewarang kat baju.
hahaha.
beauty is pain yawww!


amboii wak yaakob.
seronok sangat dapat menantu ye

mak bapak penganti perempuan.




nanti masa kenduri kawen aku (isyaallah bila sampai jodohnya nanti),
aku nak katering.

ayah, tolong la buat katering!
penat cuci periok.

kepada calon-calon suami:
kena kumpul duit lebih sikit la ye,
hantaran tinggi sikitla sb nak buat belanja katering
ekekekekke!

oh 
lupa.
masa kenduri ada sesi potong kek.
kek daripada crust et crumb.
(Farhana Hanum's)

tadaaa!!!
cantik tak kakak pengantin?
eh eh. 
cantik tak kek?
heeeeee


bila malam, sesi baca guestbook & bukak hadiah.



esoknya,
aku bangun-bangun adik ipar dah balik pasar.
adik ipar masak u ollsss!
aku terkagum seketika sebab dia masak udang lemak.
maklumla, aku tak reti masak guna lemak. 


ni pengantin laki mengemas.
tapi tak habis kemas. huh!

tadaa! hidangan adik ipar.
teruskan usaha!
kakak ipar kau ni mmg suka makan lagi2 yang tinggal bukak tudung saji terus suap ke mulot.

alhamdulillah, 
kenduri belah rumah aku pon selesai.
lega lah semua orang.

tapi penat dia sampai hari ni tak hilang lagi.
aku asyik malas je lagi (alasan sangat)

sebab tu aku nekad nak buat katering jugak.

marilah menabung dalam tabung kawen untuk buat kenduri kawen guna katering.

tapi..
aku nak kenduri lauk lemak nenas ikan masin, udang sambal petai. air sanquick.

menggiurkan tak menu aku?

okeilah, bai.

kepada Ira,
welcome to our family :)

mana calon yang korang nk kenalkan tu mana?mana?
hahahhaha

makesure menepati ciri-ciri seperti berikut ok.

1. boleh sediakan rumah (kecik je pon takpa sebab malas nak sapu)
2. boleh betulkan paip/lampu kalau ada apa-apa (mcm ayah)
3. boleh tukar tayar kereta (mcm ayah)
4. menerima kakak korang ni seadanya dikala comot tudung herot ketiak masam lepas balik kerja, muka berminyak dan tak berapa nak pandai masak
*tapi aku yakin org yg kawen dgn aku tak mati kelaparan la melainkan kau tak bagi aku duit beli ikan kat pasar*
5. menerima kakak korang yg selalu balik kerja lambat tapi keluar pagi awal
6. boleh jadi imam kepada kakak korang yang cetek ilmu ni.
7. menerima kakak korang yang ada berderet adik2 kecik.

eh, tiba-tiba banyak pulak.

paling penting:
nak kenduri katering jugak!

ok bai.
nk tido 15 minit.

selamat hari Jumaat semua

salam.

eh eh lupa nk cerita,
pengantin perempuan kan nangis masa nak kena tinggal hari tu.
wakakakakka!!
suka aku gelakkan orang kan.
time aku nanti rasakan!

-------------------------------------------------------------------------

ini lagu fevret minggu ni:


aku masih berpegang kepada prinsip
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

semoga dikuatkan hati yang macam sedikit goyah ini.
amin.