Thursday 30 August 2012

KETUPAT NONA

haloooo :)
hari ini kecewa sebab aku dah plan nak balik awal sebab nak tengok my name is khan dekat tv3.
tapi.. tapi.. 
dapat la tengok, jam ke-3. huu

hari ini..
huru-hara.

bila huru-hara, macam biasa la,
mesti la ada silly mistake,
kena marah.

lumrah hidup.

kepada bos,
sorry.
my bad.

aku tatau la, kadang-kadang kesilapan yang memang bodoh yang tak dapat dimaafkan. haha
antara kesilapan bodoh yang aku patut tak ulang lagi.
salah letak tarikh dalam surat.
mmg bodoh tahap otak udang aku rasa.
grrr. geram dengan diri sendiri.

akibat dari kesilapan bodoh aku tu,
dapatlah surat reply mcm ni:
haha.
ini surat opponent reply.
kalau aku jadi opponent ni, mesti dia kata mcm ni:
dah la nak object, tarikh pon salah.

buat malu je.
*mujo bos aku tak marah. cuak dah masa tu*

aku kena lebih berhati-hati la lepas ni.
boleh salah benda-benda macam ni.
memang stupid mistake!

sebenarnya bukan ini yang aku nak cerita.
aku nak cerita pasal satu kejadian yang buat aku geram sikit. sikit je la.

kring kring..kring kring
[mendapat panggilan dari client]

helo. kata nak telefon lepas raya, tak telefon pon, puasa enam pon dah habis dah ni.
wowww!!!
ayat pertama je dah perli aku.
grrrrr.

aku hanya mampu bermonolog dalaman:

hamboi. mulut tak gosok gigi pagi tadi nampak.
hari ni baru hari rabu.
baru 1st week naik dari cuti raya.
makcik ingat makcik sorang je ke dekat Malaysia ni ada kes?
ke makcik ingat firm saya tu buat kes makcik aje?
ke makcik ingat makcik sorang je umat islam yang berpuasa penuh dan layak menyambut hari raya?

aku ni nampak macam orang ape?
tak payah raya ke hadap kerja kau je makcik?

amboii.
nak push orang saja kerja makcik kan.
nanti nak buat payment liat, sila tanam kepada dalam tanah.

jangan ingat makcik sorang je ada mulut dan malas gosok gigi.
saya pon ada mulut cuma saya gosok gigi.

hadoi,
bawak la bersabar sikit makcik oii.
bukan kau sorang je ada masalah.
aku nak berak pon tak sempat tahu ke tidak!
aku rasa aku ada kebarangkalian kena batu karang sebab selalu sangat tahan kencing.
*maaf kerana berkata tanpa tapisan, tapi aku rasa semua orang berak dan kencing kan, so takde masalah la*

serius aku tak dapat terima perlian makcik tersebut.
iyolah.
makcik jelah dah habis puasa enam.
tahniah.

serius aku dah mula ada perasaan menyampah terhadap makcik tersebut.

******************
aku pon tekanan mental sebab pegawai insolvensi yang sorang ni cuti lama sangat.
memang raya sakan ni.
apela aku nak jawab depan hakim nanti ni.

kadang-kadang fed-up dengan kehidupan harian.
ye, aku nampak macam seronok, senyum, kerja sampai malam macam konon ikhlas, haha.

ye, aku ikhlas. -kena la bekerja dengan ikhlas barulah dapat pahala kan.
takpela.
mungkin aku tak nampak ganjarannya sekarang.
insyaAllah, di masa akan datang.

okeilah,
selamat malam Malaysia.

Lala Salama.
semoga hari esok lebih baik dari hari ini.



to whom it may concern:
habari gani?


kepada mastura&una:
takziah.
semoga wan ditempatkan di kalangan orang beriman.
alfatihah.


rindu dekat kanak-kanak rebina
comel tak? 







Friday 24 August 2012

cik bidadari dan rakan-rakan. sebelum raya punya cerita.

selamat hari raya ke-enam.
seronok la kalau dapat makan nasik lemak depan tv sambil tengok drama melayu.
aku akan pastikan esok aku tak terlepas untuk tengok drama-drama dekat tv3!
ye, aku memang suka tengok drama melayu. hahaha.

aku di ofis.
kebosanan.
lapar la pulak.
tadi masa ada orang ajak makan, apesal ko tak lapa ha perut??
grrrr!

siapa ada dekat ofis ni?
ada si naemah dan si ayu je la.
kesian dorang semalam lagi dah masuk ofis. haha

sebelum raya hari tu,
aku dapat hadiah!
dua!!
best kan..

1. daripada cik yUMIes!

key holder!


untuk disangkut dekat beg.

so that, nanti takdela teraba-raba dalam beg tu nak carik kunci.

sebelum ni aku campak je dalam beg, kalau rajin sikit aku simpan dalam beg ni.
ni aku beli masa pegi lombok.


tq cik anggun!!!

2. daripada Una :)
hamper raya!
balik-balik kerja tiba-tiba ada hadiah dalam bilik, ingat posmen mana hantar sampai bilik.huu




orang yang seronok makan jajan-jajan ni semua mestila kanak-kanak rebina dekat rumah tu.
dah la semua jajan sedap-sedap belaka.

tq una!!

lepas raya ni, takdela si seha, kak da si ustazah dan juga yumies.
seronok korang ye cuti raya sakan!

tak sempat nak upload gambar2 pergi berjimba dengan mereka sepanjang puasa.
letak kat sini je la..

kepada Seha dan Yumies,
selamat sambung belajar.
kepada Seha: orang tu sambung master. tak sama taraf dah la lepas ni.huu.

kepada Kak Da,
belajar la masak sampai pandai ye duduk rumah tu.
nanti nak kawen senang. hihik.

1. buka puasa beramai-ramai @ papparich.
bos besar yang belanja. heee

milo dinasor-favourite!


ada orang Ganu datang laaaa!!!

orang tamak yang kehausan!
sapa punya entah order sampai 3 air!

cik yumies malu sebab pakai spec.
dia kata macam nenek :P

ada orang Kelantan jugak la!!!

nasik goreng.

2. Last Day makcik-makcik sekalian di MHI





semoga makcik-makcik sekalian berjaya lah ye hendaknya.
kepada Kak Da, semoga menjadi isteri mithali. hihi.

sebelum raya jugak,
misi cik Mas memetik serai di laman rumah Alam Impian untuk dibuat rendang.
kurus dah pokok serainya.. haha.


banyak woooo..
kalau jual ni memang untung ni.

pokok serai yang dah kurus


siap cedera.

hasilnya: hari jumaat lagi cik mas dah makan rendang.huu.

sekian,
itu sajalah cerita cik bidadari dan rakan-rakan.

sebenarnya, boring.
nak gigih sangat, malas.

so berlakon la menaip konon sibuk.
padahal update belog.
kihkihkih.

kalau kat rumah, mesti tengah tengok tv.

adoiii.

okeilah,
nak keluar pegi SACC bayar bil.

babai.

semoga hari anda pada hari ini lebih indah daripada semalam.
kalau semalam dah indah, hari ni bertambah indah la hendaknye ye.
insyaAllah.

assalamualaikum.

kalau masa bulan puasa, pening nak fikir nak makan ape waktu petang je, tapi dah tak puasa ni, banyak masa pulak nak fikir nak makan apa.
breakfast.lunch.dinner. 
haihh.

semalam timbang dekat rumah wak kandar. dah turun woooo.
bangga sekejap.
heee.




SHR, MZB.

SHR, MZB?
gile pemalas!
bukan susah pon nak taip penuh kan.
haha.

almaklumla,
tangan dah penat sangat mencuci pinggan dan cawan :P

aku tak pernah terfikir nak tulis Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin menjadi SHR, MZB
sampaila one of my friend cerita yang dia dapat sms from his friend wish dia mcm tu.
gila short form habis kan.
haha.

walaupun hari ni dah hari raya kelima,
rasanya belum lambat lagi kan nak wish selamat hari raya :)

kepada semua yang mengenali diri ini,
maaf segala salah dan silap, terkasar bahasa, terlanjur kata, termengumpat, termengata, termarah, tertinggi suara, ter itu, ter ini.. macam-macam ter lagi la.
halalkan segala makan minum especially yang selalu belanja aku makan. hee.
0-0 ye :)

kepada seseorang yang beraya di Africa (2orang sebenarnya, tapi nak ucap dekat yg sorang je.haha),
semoga selamat pergi dan selamat balik.
balik nanti saya claim duit raya okeh!
jangan lupa bawak balik gajah!
[mcm la die baca. cehhhh]

hari raya memang seronok.
hari kebesaran kepada semua umat islam selepas kita berjaya menahan nafsu lapar dan dahaga.
walaupun kadang-kadang kita akan mengikut nafsu jugak semasa berbuka kan kan kan.
mengaku je la..
lagi seronok, kanak-kanak rebina.
dinie puasa penuh tahun ni.
ammar pulak demam dihujung Ramadhan.
dah kurus kering macam orang somalia dah aku tengok dak ammar ni.
kesian dia.

aku ingat, aku balik hari jumaat petang, tak sempat dah la nak anyam ketupat.
alhamdulillah, dapat lagi la tahun ni menganyam ketupat.
untuk pengetahuan,
ketupat aku buat best tahu tak.
tak lembik, dan tak keras..
sedang-sedang je.


chef di hari raya, mcm biasalah, puan Hunaizah.

menu hari raya tahun ni yang simple je.
tak eloh berlebih-lebihan walaupun nak jugak la masak daging rusa ke, kambing ke kan :P
over sangat kau cik bidadari!
kalau kau reti masak takpela jugak!
pengsan la chef nak masak banyak2 mcm tu. haha

tadaa. inilah antara lauk-pauk dipagi raya:

mi kari yang mana aku tak ambik gambar mi nye.

 ayam masak merah.

kuah lodeh.

mana rendang??
aghhhh.. aku lupa nak ambik gambar.
ada rendang daging,
sambal kacang,
moist choc cake yang aku buat. adik aku beli.
kek lapis pandan yang aku buat aunty aku beli jugak.
heee.

macam biasa,
pagi raya pertama lepas semua balik dari masjid,
pegi ziarah kubur la dulu.
tahun ni tahun ke-6 raya tanpa ibu.
semoga ibu tenang di sana.
alfatihah.
juga kepada embah wedok dan embah lanang.
[hah, keluar jawa toktok aku :P]
tak lupa juga kepada nek akek dan nek binek.
[banjar la pulak]

balik ziarah, make-up make-up la nak pegi beraya.
mula-mula beraya dengan family dulu,
ni la saat aku tak berapa nak suka. touching2 la pulok.
haha.
lagi-lagi aku ni yang selalu tak dengar kata ni kan kenalah mintak ampun lebih sikit :P
heee. 
ampun ayah.

tapi, paling best,
aku dapat duit raya lagi woooo!!!!
dari adik aku pulak tu, haha
aku tak bagi dia sebab dia lagi kaya dari aku.
hihik.
isi banyak!!
tengok lambang sampul la kan.
haha.

lepas touching-touching dekat rumah, ambik-ambik gambar raya ala-ala gaya najib sekeluarga,
barulah pegi raya rumah sanak saudara.
ini gambar raya tahun ni.
gambar raya pertama banyak dekat kemera adik aku la.
tak gheti-gheti dia nak upload. cesss.
tema tahun ni: cekolat.
tapi tak berapa seragam sebab yang puteri-puteri dan permaisurinya berbaju gaya bebas asal ada terselit cekolat sikit pon jadilah. haha.
alasan: kain dekat jakel dah habes kena borong. :P

bila dah besar panjang ni, takde dah la aku nak pegi beraya rumah kawan-kawan aku.
semua dah kawen.
tinggal la aku dengan Dian je yang single mingle.
so, kerja aku raya-raya mcm ni, duduk rumah, isi kuih, cuci cawan. itu je la.

kepada kawan-kawan yang nak datang rumah, jemputla datang.
tapi esok aku kijo dah.
macam-macam kuih ada.
tadaaaa..


bahulu gulung & bahulu bulat ni disponsor oleh:



ini kuih yang aku kena paksa beli masa hantar dobi baju-baju raya. haha






kuih-kuih ni masa belum raya mmg nampak sedap.
bila dah raya, malas pulak nak makan.

raya ke-3,
macam biasa, semua sanak saudara generasi-generasi Mat Sahri akan berkumpul.
asal raya ke-3, memang tak keluar beraya la kami,
masak dari pagi.
haha.
menu tahun ni:
ikan bakar, kari ayam, sup ceker (kaki ayam), sayo kobis.
aku dan juga chef mcm biasa krew-krew sebalik tabir la kan.
mestila tiada dalam gambar :P
semoga semua yang hadir gembira dan kenyang.
tahun depan kita jumpa lagi ye.
mujor la ada hari raya, kalau tak nak jumpa sedara pon susah kan.
sapa setuju??

antara gambar-gambar sepanjang program:
[gambar aku curik dari Kelab Tharma Harapan Baru]
sorry tak ikot susunan sebab aku dah malas, haha 

aku tatau siapa sponsor mercun merdeka ni.


cik non dan cik bidadari yg tengah bergosip.
aku dan chef baru keluar dari dapur lepas hampir 90% siap mengemas.
bukti: tengok baju aku yg basah tanda aku baru lepas siap cuci pinggan tahu tak.

sesi bagi duit raya yang mana aku kompem tak dapat dah.
aku bagi diorang duit raya ke?
jawapan: tak!
hahaha..
korang kena doa aku jadi lawyer masuk tv dulu la ye baru korang dapat duit raya dari kakak/makcikmu ini.



sesi memperkenalkan ahli keluarga baru: anep memperkenalkan isteri nya, Fida.
welcome to the family Fida.


tak sah kalau takde gambar budak ni.



bapak ku.






Lily memperkenalkan suaminya.
Welcome to the family Zamil :)


bacaan yasin.




Hanis Muslimah yang baru balik dari UK.
icon kepada kanak-kanak rebina yang masih bersekolah.
grad 1st  class u olsss.
den tak mampu!

antara yang datang malam tu.
ni ramai yang tak datang ni. selalu ramai lagi.


suara Dinie yang kuat mengaji [dan kuat nangis pada hari-hari biasa]

wak kandar kenapa salam ala-ala gaya Rosmah?

sesi memperkenalkan ahli keluarga baru: adik Nuha!
anak kak aja :)
adik??
dia panggil aku makcik kot!
cik memi. haha

tup tup, dah raya ke-5.
kejap je masa berlalu.
esok dah kerja.
habis dah la raya.

macam baru je hari tu puasa, tiba-tiba dah raya.
macam baru je hari tu raya, tiba-tiba dah kena kerja semula.
sobsobsob.

kesimpulan:
hargailah masa yang ada.

layan lah gambar-gambar hari raya cik bidadari dan kanak-kanak rebina ni semua ye.
bila kanak-kanak rebina ni semua dah besar aku tatau la macam mana rupa hari raya nanti kan.



jambu rumah jiran pon nak ambik gambo. jakun sunggoh!

bapakku dengan keretanya.





persiapan membakar ikan di hari raya ke-3.
gambar ikan takde, dekat kamera adik aku sebab kemera aku dah habes bateri. grrr.

ammar penat mengaji :P

dinie yang baru hilang semua duit rayanya. haha
tapi cool je siap boleh makan kuih raya lagi.


hikmat wafiy yang suka orang ambik gambar dia.
nanti besar mesti perasan hensem. boooo.
hahaa

kerja cuci cawan jela tiap kali raya.

budak zaman sekarang takdenye nak naik basikal pegi raya sendiri.
ayah dengan mamanye tak pegi raya, mereka pon duduk rumah je la.

budak kecik yang mengompol waktu malam.

ini pakcik kata nak pegi raya, tapi tido lagi depan tv.

inilah nasib si putih yang tak bergerak ke mana-mana sepanjang raya.
jadi ampaian la dia.

ayam yang terselamat dari dimasak rendang.








paman selamat, amrina dan chacha.
terjumpa pulak tengah jalan otw nak pegi raya rumah dorang ni.


kasut ada lampu dak wafiy!

kasut dak ammar dan dak dinie.


sempat lagi main dekat rumah wak kandar. huu

sekian,
selamat hari raya sekali lagi :)

tiba-tiba rasa nak share lagu yang aku baru dengar dekat Suria.fm on the way pergi beraya naik kereta adik aku semalam:



nota kaki: nanti moh le kita sama-sama puasa enam ye. hee.