Sunday 29 April 2012

tiba-tiba..


tiba-tiba,
aku terasa beberapa masalah yang membebankan kepala otak aku dah hilang..
alhamdulillah..
terima kasih kepada adikku..
AMIRUL AFIQ
yang besar tu.. yang kecik tu adik aku jugak, Hikmat Wafiy..

amacam? ada yang berkenan kat adik aku ni tak?
engineer wooo :P haha (promote adik nampak cik bidadari) haha
meh aku bagi can korang usha adik aku lagi..

oppssss... mesti korang rasa melepas bile tengok gambar ni kan?
haha.. 

mengikut sumber, adik aku single lagi.. sapa-sapa berkenan, boleh la cuba jaya..heee

sekali lagi, TQ so much abang kerana sudi menolong kakak mu yang malang ini.. 

dulu masa kecik-kecik tak sabar sangat nak jadi dewasa..
bila dah dewasa ni.. hmm.. macam-macam benda nak kena fikir..
seronok kan jadi kanak-kanak..
walaupun kene pegi sekolah, buat kerja sekolah..
tapi, aku sangat benci kehidupan bekerja. 
(kecuali part dapat gaji tu aku suke la)




macam seronok kan jadi kanak-kanak?
dorang tu adik-adik aku.. Hikmat Wafiy & Dinie Uzair..
walaupun setiap kali aku balik rumah, mesti akan dengar dorang ni bising-bising berebut mainan la, berebut tv la, pastu mesti ada yang akan nangis..
tapi, tiap minggu mesti aku rasa nak balik, sebab rindu nak jumpe dorang ni semua..
(wafiy, dinie, ammar yang dipanggil bangchik, kakak dan juga adik aku yang badan berketul sebab selalu tolong ayah aku kat kebun..Aizat)

ok lah,
walau macam mana pun, aku tetap takkan jadi kanak-kanak semula kan..haha
oleh yang demikian, 
marilah berusaha untuk menjadi matang
dan berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri :)

untuk renungan bersama,
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

sayonara :)

macam-macam perasaan..

Hai!
macam-macam perasaan ada kan..
apa perasaan anda hari ini?

Gembira?
perasaan gembira memang seronok..
mesti ramai yang gembira sebab hari ini hari ahad. 
lagi seronok kalau esok cuti sambung terus sampai selasa..
(aku jelesss gile dengan korang yang cuti esok!)
mesti ramai yang keluar dating, keluar dengan kawan-kawan..

yang pasti, hari ni, sorang kawan aku sangat gembira..
sebab.. secara rasminya dia telah menjadi tunang kepada encik Sham..
congrates JAIDA & SHAM :)

sham: sudikah ayang menjadi suri dalam hidup i?
jaida: sudi. dari dulu lagi i suke kat u tapi dulu u jual mahal kat i. i memang dah tak sabar nak kawen dgn u tau tak.


inilah dia JAIDA dan SHAM.. kepada mereka-mereka yang tahu sejarah kisah dan bait-bait percintaan dua orang ni, mesti kelakar bile ingat semula kan.. hahaha
apa-apa pon, aku doakan semoga korang bahagia.. jangan lupa aku dah cop jadi pengapit ye jaida!!!!

ok.. kena la letak sikit gambar sesi sarung cincin ni.. 

cincin merisik

 cincin tunang

hamboiiii, seronok ko ye jaida dapat 2 cincin emas dalam masa satu hari!!


kan aku dah kata, Jaida memang gembira hari ni.. yela, bukan senang die nak mengorat Sham ni dulu... haha. akhirnya, dapat jugak ko ye Jaida.. 
sekali lagi, congrates Jaida & Sham.
(cube korang tengok Jaida tu, memang gembira kan?)

adakah anda gembira?

tetapi..
mungkin juga ada di antara kita yang tengah bersedih..
kenapa?
hmm, kadang-kadang bukan semua masalah kita boleh cerita kan.. 
maka, bila kita takde tempat untuk mengadu, kita akan menjadi semakin sedih..
tapi apakan daya.. hidup mesti diteruskan..

kesian tak tengok orang di atas itu??
sedih gile aku tengok kat die.
ape la yang die sedih sangat tu ye?

ok!
aku rasa.. dia ni mungkin sedih sebab ayam mcd tu tak sedap..
ataupun.. sebab pedas kot. banyak gile sos die ambik!

hoi! over gile budak ni. 

ok.. sekarang korang tau kan budak tu tak sedih pon..
propa je lebih!

aku sebenarnya tak tahu ape aku rasa sekarang..
secara jujurnya, macam-macam aku tengah fikir.
macam-macam masalah..
masalah pasal tragedi 3 minggu yang lepas.. (T.T)
masalah kerja yang tak siap lagi tapi aku malas nak masuk ofis hari ni (gile ke nak masuk ofis hari ahad?)
masalah dengan bos ke-2 yang telah melancarkan perang dingin dengan aku (aku tak bersalah ok!)
dan macam-macam masalah lagi yang tak boleh dinyatakan..

tapi, minggu lepas, aku memang sangat tension, sedih dan marah..
1) aku disappointed dan sangat sedih dengan seorang yang bernama KAWAN.. seriously, aku kecewa sangat.. tapi takpela.. 
2) aku marah dan stress dengan ofis. sampai tahap aku rasa nak berhenti kerja je. tapi.. kalau aku berhenti kerja sekarang, makin bertambah-tambah la masalah aku nanti.. mana nak cekau duit nak makan kalau tak kerja cik bidadari oiii.
3) aku jugak mengalami tekanan perasaan sebab ada sesuatu yang aku tak tahu aku patut cerita dengan siapa.. hmm.. 
kalau aku tengok drama tv tu, macam seronok je, boleh mengadu kat mak dia..
ibu, memi sedih (T.T)
hmm, semoga ibu mendengar dari sana.
alfatihah untuk ibu SITI HAJAR BINTI MOHAMED NOR. semoga ibu bahagia di sana.amin.

walau apa pun perasaan kita, ingatlah sesuatu:


SENTIASALAH BERFIKIRAN POSITIF 
DAN 
SENTIASA MEMAAFKAN..
(pesanan untuk diri sendiri juga)

sekian,
semoga hari esok lebih baik dari hari ini :)


Monday 16 April 2012

hari pertama selepas dua minggu bercuti..

hari pertama selepas bercuti, takde apa yang beza. sampai2 dah terus capai fail untuk buat balasan kepada pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan balas (apakah itu? adakah seperti membalas dendam? :P ) haha.

aku dok la berangan, hari pertama ni mesti rilek2, boleh la aku siapkan bil s&p aku yg dab berkulat agaknya tak siap2 lagi (agent dah call aku pulak tu tadi, macam tau2 je aku dah habis cuti).. so kena la aku work on it jugak dalam minggu ni.. hari ni tak dan la.. bos tetiba hari ni mata duitan agaknye, nk siapkan bil kat client..

ok, cerita aku nampak agak boring.. haha.. aku tatau nak cerita apa, tapi aku terasa nak menaip.. dari dulu, aku selalu rasa nak ade diari (mcm comel je ade diari) tapi, bile nak tulis, mesti takde ape nak ditulis.. hilang ingatan ke ape aku ni ntah.

disebabkan aku sekarang tengan dalam limbo period, so aku tak boleh pegi court.. kurang la pendapatan aku bulan ni sebab duit claim tak masyuukkk, tak boleh la poya-poya. aghhh (tarik2 rambut tanda stress).

tapi, aku mendapat satu panggilan telefon dari bos3 suruh aku pegi court.. mak aihh.. aku siap pakai tudung kale UNGU kot. Blazer siap dah simpan dalam gerobok baju lagi. maka, hehe.. inilah masanya untuk membuli budak chambering yang lain..heee..

tapi, disebabkan aku ni baik, aku teman jugak la die pegi court, siap tunggu luar bilik PKP lagi.. baiknye akak seniorrr ni... (masuk bakul angkat sendiri) haha.

lepas ni, aku akan pindah pegi ofis bawah, naik pangkat la konon.. ecehhhh.. semoga kehidupan aku di bawah lebih aman da damai.. huu.

maka, aku mempersembahkan, gambar2 tempat aku sekarang..--ni gambar ni aku ambik lama jugak la, tp takde ape yang berubah sangat pon, either kemas ke sepah je..heee..

 tadaaaaa... inilah meja aku selama hampir 7 bulan
(2-3 bulan terawal dulu takde meja mcm ni lg)

 siap ade daily planner tau :)

ini pulak antara fail-fail yang aku tolong apa-apa yang patut, dan yang aku selalu attend case management..
sekarang dah makin bertambah, sampai runtuh2..
(yang ni gambar time bersepah, aku dah kemas tapi tak jumpa gambar yg dah kemas.hee)

ofis aku takde air-cond sebab kami adalah pencinta alam.. GO GREEN bebehh!! haha. tapi tempat aku special sebab ade kipas memang betul2 tuju kat aku.. haha.. dan tempat aku paling strategik sebab kadang-kadang aku boleh curik-curik tido kalau tahap tak boleh fikir sangat dah. Antara orang yang berebut nak duduk tempat aku adalah:

inilah dia orangnya.. CIK IDA YANG KURUS.. haha













Dulu, ade sorang ni pon suke dudok tempat aku bila aku takde.. betapa best nye tempat aku tu..haha.. tapi sekarang die dah berenti kerja sebab sambung belajar demi mengejar cita-cita untuk menjadi seorang peguam jenayah.. huuu.. Dia ialah:
cik umi yummies.. auwww.. tak tahan i tgk gambar u makcik..haha

haha, makcik-makcik berdua ni la orang yang suka sepahkan meja aku..haha.. (kepada makcik Ida dan makcik Umi, glamour u olls tau hari ni) haha..

ok lah, dah malam, nak membersihkan diri, menunaikan ibadat, dan tidur zzzz. hee. good nite Malaysia :) 

pesanan terakhir: semoga hari esok lebaih baik dari hari ini. 

Sunday 15 April 2012

di pagi ahad..

SELAMAT HARI AHAD kepada semua warga Shah Alam, dan juga warga Kampung Seri Tiram Jaya [ya, aku berasal dari kampung ini, yg terletak di daerah Tanjung Karang :)]

aku tak tau nak tulis ape, dan tak tau ape motif aku buat blog. tp, memandangkan, beberapa hari ni aku dok bace blog je (cuti la katekan..haha), so aku rasa mcm aku pon nak membebel dalam blog jugak..
last week aku dok baca blog kawan aku, cik intan si doktor gigi.. sebenarnya sebab aku ade hajat nak pegi scalling gigi cuti ni, tp ttb out of budget sb aku dok seronok sangat shopping (padahal takde la byk pon aku shopping, mane ntah duit aku pegi). lepas tu, aku dok bace blog sorang ni, aku tak kenal die, tapi sb ade org share kat fb pasal blog die, so aku pon dok la bace blog fatin liyana ni. mmg mengisi masa yg terluang sungguh aku ni kan.. -di samping cuba untuk melupakan satu peristiwa pahit dalam hidup (T.T) --dapat result SPM corot pon tak terasa pahit mcm ni tau..huu

selain itu, aku pon bukan jenis suka sgt ambik gambar. jadi, harus la blog aku ini akan menjadi sgt boring dengan hanya tulisan2 sahaja kan (monolog dalaman: hoi cik bidadarijahat, ko ingat semua orang suke membaca mcm ko ke?--erk, aku rajin membaca ke weh??). tiba-tiba aku teringat sorang kawan aku ni, kalau dengan die, mst akan ade je gambar baru di upload ke fb.. huu.. aku rasa dalam album aku, paling banyak gambar adalah gambar dengan die :P

inilah kawan aku yg suke mengambil gambar.. comel kan die..

antara beberapa gambar kami berdua:

ni masa kitorang celebrate berakhirnya zaman kegelapan kami sebagai chambering student (apekah itu? nnt i story morry laen entry ye)

ni gambar lama. zaman degree lagi.. pura-pura rajen la sebab nak snap gambar kan..haha
ini pulak masa kami pergi talk bersama-sama.. pegi talk sebab nak cukupkan syarat je. bukan dengo pon.. (sibok bergossippp)

esok kawan aku tu dah start keje kat AG (Jabatan Peguam Negara).. kalau dulu almost setiap hari aku dan dia akan sms, mengumpat dan menyatakan ketidakpuasan hati dan apa-apalah yg jadi kat ofis sepanjang zaman chambering (selepas ini dinyatakan sebagai zaman kegelapan), so lepas ni, mungkin jalan cerita dan umpatan kami akan berbeza genre, ataupun, mungkin dia akan sgt sibuk sampai tak smpat nak sms aku lg.. sob3. btw, TAHNIAH kepada kawan aku tu yang bernama HANI :) bukan senang tau nak masuk AG ni.. diinterview oleh ketua hakim negara.. aghhh.. aku tak mempunyai confident level setinggi itu..

aku memang suka membebel, especially kalau aku tak puas hati pasal sesuatu tu.. kalau aku diam tu, jgn la suruh aku bercakap sb nnt aku akan membebel dengan sangat dahsyat :P seram tak dengar?? haha.. kawan yg selalu jadi mangsa aku membebel adalah... jengjengjeng.. MASTURA.. tapi kalau aku letak gambar die, mesti die marah, sebab die ni tak suke kan publisiti.. adoii,, tak boleh jadi artis la ko ni mas.. (memang die tak nak jadi artis pon, die nak jadi aktuari suatu hari nanti kalau diizinkan Allah.. Amin, semoga dia berjaya di masa akan datang) huu..

ok lah, aku nak pegi rumah Kak Nyah dan Abang Dan ni (kakak dan abang ipar Mas) sebab mereka masak nasik lemak.. yahoo.. ade sarapan sedap la hari ni.. kalau tak mesti sarapan aku gabung terus dengan lunch.. :P

esok dah isnin, dah kena start kerja.. semua kat ofis tu mcm tak sabar-sabar je nak buli dan perah keringat aku, asyik tanya bila cuti aku nak habis, padahal masa tu baru minggu pertama aku cuti.. ish3.. rindu bebeno mereka kat aku agaknye ye.. semalam singgah ofis, siap ade pesanan dari bos3 " pegi la balik berehat puas2 sebelum saya lanyak aimi".. aghhhh... tekanan emosi aku. lepas tu, beberapa jam kemudian, bos2 pulak call, berikut adalah dialog antara aku dan bos 2:
Bos 2:          aimi bile masuk ofis ye?
cikbidadari:  isnin.
Bos 2:          haa, cantik la tu, ada satu fail tu (nama fail adalah dirahsiakan), kena reply pembelaan..
cik bidadari: aikk?? tak reply lagi dari hari tu?
Bos 2:          belum la cik aimi. so isnin nanti aimi tolong buat la ye, kes tu hari selasa..
ape lagi jawapan yg aku boleh bagi selain ok kan.. sebelum ni sepanjang percutian aku, boleh la aku dengan eksen nye jawab, 'saya kan tengah cuti' hahahha.. apela. aku kan cuti, kacau je.. so, aku kene rehatkan otak la hari ni untuk hari esok dan seterusnya..huu.. dah la cuti ni demam, ade tragedi buruk pulak.. hmm. malang betul nasib aku (T.T) takpela.. setiap yang jadi mesti ada hikmah dan Allah lebih tahu kan.. huu

ok, nak bersiap. babai.