Tuesday 26 June 2012

kisah isteri yang curang.

ehem.. tajuk macam serius je kan?
haha.

sekarang 11.56pm.
aku bersungguh-sungguh masuk ofis semula demi ambik afidavit untuk direply.
tapi, dah nak dekat sejam, aku asyik online saje.

aku nak share 1 cerita.
cik mas cerita dekat aku tadi.
eh, bukan cerita la sebenarnya..
soalan psychology.

ceritanya berbunyi begini:

ada seorang isteri.. yang sangat cantik.
secantik nora danish, neelofa pon boleh la.


 nora danish.

si isteri yang cantik lagi hot ni, mempunyai buah hati lain yang mungkin lebih kacak daripada suaminya.
mungkin sekacak Aaron Aziz.

maka,
setiap pagi, apabila sang suami pergi kerja mencari rezeki,
si isteri ini pon bersiap-siaplah untuk berjumpa buah hatinya itu.

untuk menemui buah hatinya,
si isteri kena naik feri.

kejadian ini berulang dan terus berulang dan si isteri tak pernah kantoi.
si isteri yang bijak pandai ini akan balik rumah sebelum sang suami sampai rumah lepas balik kerja.

dipendekkan cerita,
satu hari yang nyaman, burung berkicauan, angin sepoi-sepoi bahasa,
macam biasa, si isteri keluar menaiki feri untuk berjumpa kekasih hati lepas sang suami pergi kerja.
tapi,
hari tu, malangnya si isteri terlupa nak bawak duit lebih nak beli tiket feri  untuk balik.

maka, si isteri minta kepada kekasih hati untuk pinjamkan dia duit.
si kekasih hati ini telah menjawab:
kalau duit menjadi penghalang antara kita, maka hubungan kita setakat ini sahaja.

si isteri berasa sangat kecewa.
dia pergi berjumpa dengan apek jaga kaunter feri dan minta supaya dia boleh beli tiket secara hutang dulu.

apek menjawab:
aiyaa tak boleh la. sudah jadi peraturan, no money no ticket la amoi.

akhirnya, si isteri yang sudah tak tau nak buat apa lagi,
telah mengambil keputusan untuk berenang balik ke rumah nya demi menemui sang suami yang mungkin dah balik dari kerja.

tapi apakan daya, si isteri bukanlah perenang handalan.
maka, si isteri mati lemas ditengah lautan.

soalannya:
(sila jawab)

siapakah yang patut dipersalahkan??
a. si isteri 
b. sang suami
c. kekasih hati
d. apek jual tiket.

sila jawab dulu sebelum baca jawapan ye!!!

cik mas cerita dekat aku tadi otw lepas aku ambik dia dari komute shah alam.
jawapan aku masa tu (a)
heee


dah jawab belum??

jawapan:

kalau anda jawab (c)
anda adalah seorang yang suka mengambil kesempatan atas orang lain.

kalau anda jawab (a)
anda adalah seorang yang bertanggungjawab

kalau anda jawab (d)
anda seorang yang suka menyalahkan kerajaan

kalau anda jawab (b)
anda seorang yang suka menyalahkan orang lain

(alamak, tiba-tiba aku terlupa untuk (d) dengan (b)-nanti aku tanya cik mas dulu then aku update semula ye-janji.hee)

jadi, siapakah anda?
renung-renungkan dan selamat beramal :)

nak kena buat kerja dah
tapi..
aku takde mood.

tapi, sempat ke aku nak siapkan semua esok?

aku rindu zaman belajar.








(layan je lah gambar-gambar orang yg konon rajin dan berkaliber ni.) 
gambar credit to wanie & ili-semua gambar yg dorang tag kat fb

seriously aku rindu zaman belajar!
mmg stress tapi tak la tahap aku nak hempok kepala dekat dinding macam orang gile.
takde la stress sebab perangai orang-orang keliling yang kadang-kadang aku rasa nak lempang je.

ada kawan-kawan.
stress sikit pegi makan.
rasa malas nak belajar, ponteng.

aku rindu Hazralika & Partners.

hmm, takpela.

walau apa pun,
hidup mesti diteruskan dengan keceriaan.
jangan monyok-monyok
jangan cemerut-cemerut.


walaupun cinta tak berbalas pon,
syok sendiri pon jadi lah.
agagaga.
gile kesian.

hidup memang penuh onak dan liku
baru lah mencabar!
tak gitu?

bak kata en.fakri,
kita kena carik sesuatu yang buat kite happy.
baru lah tak stress.
*dia tekanan mental sikit malam ni sebab dah 2 minggu tak dpt main badminton*

so, aku dah buat keputusan.
aku nak tido sekarang.
sebab tu je yg buat aku happy buat masa ni.
heee

gile kelam motivasi diri ko ni cik bidadari!
(adik-adik, sila jgn contohi!)

sekian,

selamat malam Shah Alam :)

nak bangun awal lah siapkan kerja.
semoga jam berbunyi esok-padahal aku yg selalu tutup lepas tu sambung tido.

assalamualaikum-salam sejahtera ke atas kamu semua.

saya sayang kamu semua.
mwahh!


nota kaki:

dulu aku tak suka makan sayur.
(mengada-ngada)
tapi semakin besar, dah makan dah sayur.

sayur feveret:
KANGKUNG belacan
kailan ikan masin
terung sambal.
bendi

apesal tiba-tiba cakap pasal sayur?
sebab aku nak bagitau,

sayur baik untuk kesihatan.

heee.

**nanti cik mas dah bangun, aku tanya dia jawapan (b) dan (d) ye, then aku update.**
**sorry, aku mmg short term memory sikit, sebab aku excited sgt nak tulis tadi**



3 comments:

  1. Ada ke awak pakai gambar artis lepas tu bubuh caption curang.. harap kena saman juta2 kerana defamation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar xde kena mengena pun dengan entry -_-

      Delete
    2. Gambar xde kena mengena pun dengan entry -_-

      Delete