Saturday 30 June 2012

OK.FINE!

apesal??
apesal ko emo semacam?

haihh..
 minggu ni tak berapa nak seronok.

cerita 1- kehilangan broadband

disebabkan broadband, telah mengakibatkan satu kejadian pergaduhan kecil yg agak kebudak-budakan.
aku la yg mcm budak-budak tu..
hmm.
seriously aku dah letak balik dekat desktop pakcik tu!!
aku rasa pakcik tu yg lupa die letak dekat mana.

sumpah aku cakap aku takkan pinjam lagi barang pakcik ni!

yg paling entah apa-apa sekali,
dia dah buat sampai aku nangis! hwaaa!!!
ciwek sgt aku!
si ida pulak ngongek pegi bagitau dia aku nangis apesal!
adoiii!!

kepada pakcik:
sorry.
saya betul dah letak semula.
memang saya akan letak sebelum pakcik sampai ofis semula.
sorry sb pinjam barang pakcik ye.
tanak pinjam dah.
lepas ni jgn offer suruh guna tahu.

selepas kejadian tu,
kita kena lah buat langkah precaution kan.

contoh:
hantar surat pemulangan

dan pakcik pon dah acknowledged yg dia terima.
bagus!

**mintak-mintak la jumpa broadband tu dalam poket seluar dia ke, poket baju dia ke**

_____________________________________________________

cerita 2- semua pon nak berhenti!!!

yang ni aku stress tahap pisang emas dibawa belayar!

mula-mula cik ida ni nak berhenti.

ye la ida.. nanti jaga nenek elok-elok ye.
babai.
sampai hati u nak tinggalkan i kan.
5 bulan je lagi cik ida oii..
pejam celik pejam celik dah habis dah zaman kegelapan u ni.
hmm.
takpela.
nak buat mcm mana. 
T.T

tapi nanti kalau i pegi terengganu, sila bawak i jalan-jalan sana ye.
i rasa nak ambik cuti 2 minggu ke untuk jalan-jalan saje..hahaha.
(bila entah berani nak cakap nak cuti.hmm)

lepas cik ida ni nak berhenti,
si cik lala pun nak berhenti jugak.
adoiii..
korang ni memang sesuatu sangat kan!
(seronok ko ye cik lala nak berhenti!)

bapak cik lala la ni. cik lala ni pon, jgn la cerita dekat bapak macam susah je duduk kat s.alam ni.
huu.. 
yg cik lala langgar bonggol tu kenapa :P
mesti la bapak awak risau.haha

kejadian langgar bonggol sampai pecah tangki minyak hitam telah menguatkan lagi bapak cik lala untuk suruh cik lala balik kelantan.


cik lala telah menyebabkan abang-abang ni dapat kerja extra sebab kena bersihkan minyak cik lala yang tumpah tu.

bonggol minyak yang cik lala dah langgar.
ko bawak laju sangat la tu smpai sangkut.

lepas tu, semalam dapat berita yang si syu pon nak berhenti
dia dapat kerja yg sesuai dengan qualification dia.
congrates syu!
jangan lupakan i kat sini.

aku tak tahu lah macam mana kehidupan aku lepas dorang-dorang ni takde.
mati la aku weh!!
hmm.

mati kutu 1 hal jugak.
haihhh.

sampai hati korang!
huh!
__________________________________________________________
cerita 3- perang dingin masih berjalan
hmm..
aku ingatkan perang dingin ni dah nak ok.
tapi..
still tak ok.
takpela.
aku cuma mampu berdoa semoga dia dilembutkan hati
dan aku pon berdoa semoga diri aku sendiri pon dilembutkan hati.

sampai bila entah nak macam ni.
nak hari raya dah ni.
takkan nanti pagi raya nak salam mintak ampun selamat hari raya tapi sebenarnya tak ampunkan lagi?
?????

takpela.
biar masa yang menentukan.
semoga masing-masing tak keras hati sangat.

apesal aku ni keras hati sangat?
entah.
aku pon takde jawapan.
______________________________

owh,
26jun lepas,
birthday cik lala
happy belated birthday cik lala.
kitorang celebrate time lunch.
kecik2 jela.
en.fakri belanja KFC :P haha.


birthday girl yang merajuk sebab kitorang semua tinggal dia time lunch.




ehh, ada jugak boss ke-2 dan kak ina :P

buat wish ke ni??

tq en.fakri yg sponsor kfc.haha.

tengok pisau dia!
mak aihhh!!!!

amboi seha!!
time makan ko datang kan.


apesal pakcik ni pon potong kek?
birthday dia jugak ke??
boleh la!
dulu takde sapa nak celebrate kan.
haha

auwww. konon sweet la korang ni??


apesal aku bermuka comot sangat?
abaikan.





pakcik, apesal posing macam ni?
hensem la konon?? haha.


sepatutnya malam semalam ada farewell party la konon.
memandangkan ramai sangat nak meninggalkan ofis kan.
tapi, tak jadi la pulak.
dah booked dah nak karoke.
cesss.
pakcik ni pon dah semangat dan siap training lagi dalam bilik kan.



kalau dia tau aku letak gambar dia yang tengah menari-menari ni mesti dia marah.agagaga.

hah!
tengok tu dia dah marah :P
ampun pakcik.

makan.makan.

kepada pakcik,
sorry.
jangan la perli-perli lagi tak boleh bukak emel ke, tak boleh siapkan hujahan ke.
sobsob
sedih tau tak!
sorry.

kepada Ida, Lala & Syu,
selamat bekerja di tempat baru.
nanti jangan lupa i kat sini.

owh, sila kemaskini fail-fail yang anda-anda pernah pegi pengurusan kes ye, supaya kami yang ditinggalkan ini tidak menggagau dan teraba-raba.huu.

**Ida/Lala: kes wiragain tu belum update status ke shook lin tau**

mesti lepas ni i sedih sebab takde sapa nak serapan & lunch dengan i.. 
sob3

kalau jumpa i bila-bila nanti, tengok i dah slim-melim, jgn jeles lah ye.

sapa nak teman i jogging lagi?
mana plan kita nak berkayak la, broga la.
hwaaa!!!

korang mmg kejam!

dahla,
takde mood nak tulis.

babai.

(mesti seronok adik-adik aku pegi cameron weekend ni. hmm)















1 comment:

  1. huhuhu..cik aimi xpa..ti seha n sya teman cik aimi joging ek..syu pon bleh teman gk tp hari ahd jer la..hahaha..
    emmmmm..rindu nk balik MHI...br jer nk mula nk knal rapat ngan cik aimi,la, ida...sory cik aimi b4 this syu kurang brckp cz malu..hehehe..

    ReplyDelete