Wednesday 31 October 2012

makan gaji

assalamualaikum shah alam!
apa khabar semua?

mulakan hari anda dengan senyuman :)


so, macam yang pernah aku cakap dekat entri sebelum ni, aku nk share dilema seorang pembaca metro ni pasal naik gaji.

ini adalah daripada artikel yang ditulis oleh Irfan Khairi, (Metro Ahad, 28.10.2012)
"Makan Hati, Makan Gaji"

soalan pembaca:

saya sudah 2 tahun bekerja makan gaji. bagaimana cara untuk meminta gaji lebih tinggi daripada majikan saya? sebenarnya saya bimbang jika saya tak akan dapat kenaikan gaji seperti yang diminta.

jawapan daripada irfan khairi yang dah di point form kan oleh aku:

meminta gaji lebih pastinya sesuatu yang memberikan tekanan.
mengapa kita perlu rasa takut dan ragu-ragu kalau anda rasa anda layak untuk kenaikan gaji tersebut? kerana ia seolah-olah anda tidak yakin nilai diri anda.
langkah yang perlu diambil:

1. tunjukkan hasil kerja terbaik dan tiada tolok bandingnya sehingga syarikat berasa mereka bergantung kepada skil dan kepakaran anda

2. timbulkan isu kenaikan gaji secara baik.
hasil kerja anda mencerminkan kenaikan gaji.

3. kalau anda berjaya dapat naik gaji, TAHNIAH
tapi kalau belum berjaya walaupun telah menunjukkan prestasi anda (sebab mungkin bos korang kedekut), jangan risau. teruskan kerja anda sebagai pekerja contoh.
tapi pada masa yang sama, mulakan usaha mencari tempat kerja yang baru.
mungkin ia akan mengambil sedikit masa tetapi mana tahu rezeki ada ditempat lain.
untung nasib, masa nak berhenti, boss offer gaji tinggi kan. -tapi masa tu anda kenalah buat pilihan.

itulah dia apa si irfan khairi ni bagitau.
saja je nk share.
aku pon teringin jugak nak naik gaji.
haha
tapi aku baru je kerja.
so tak layak lagi nk mintak gaji lebih ni.
lagipun, apa la sangat skill dan kepakaran yang aku ada kan. ---> bukti aku belum yakin dengan diri sendiri.
takpa lah, belum rezeki aku lagi. huu.

tapi mana tahu rezeki korang. nnt naik gaji jangan lupa belanja aku.
milo ais dengan roti telur pon boleh :)

tiba-tiba terasa lapar. mintak-minta makcik jual nasik lemak dekat shell tu bukak.
(dulu selalu beli nasik lemak ni makan dengan cik Lala & cik Ida)

okeilah, nk pegi jemur baju, mandi, pegi kerja.
babai, salam 1 Malaysia!
selamat hari rabu.

sempena apa aku letak gambar ni??
sempena aku rasa lapar sekarang. haha.

*******************************************
terasa nak jadi pembuat kek, tapi tak pandai masak kek.
tiba-tiba weekend hari tu terasa nak jadi designer kad. tak kisah la kad kawen ke, kad birthday ke.. apa-apa jela. kad kredit je tak boleh. (tapi mana tau aku boleh buat kad kredit yang boleh print gambar korang atas kad tu kan)..
tapi, aku tak rasa aku cukup kreatif untuk semua tu..

kesimpulan:
marilah mencari kelebihan diri kita.huu.
dan cubalah buat sesuatu yang anda suka demi untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.. (di dunia & akhirat)



Tuesday 30 October 2012

KULIHOLIC v WORKAHOLIC

hai hai!
assalamualaikum semua.
selamat hari raya haji yg dah lepas. heee.
banyak makan lembu?

tadaaaa.
ni bapak aku bawak balik kepala lembu.
dengan kaki kakinya.


kesian lembu kan.

malam raya ada tragedi. 
yang mana mengakibatkan aku terpaksa mengorbankan duit gaji dan duit tabung dan..
terpaksa jugak mengorbankan rancangan percutian ke pantai timor.
sobsobsob.
tragedi ape?
nanti la aku cerita dekat next post.
sebab cerita ni dah basi.
aku lagi berminat nk cerita pasal benda lain. hee

sila baca artikel yg berikut:

tapi bawah ni aku copy paste dah.

‘Unattractive’ legal profession

by: New Sin Yew
The Star, 26 October 2012

Malaysia is not a hub for legal services in the region. The best minds are more interested in practising in other jurisdictions where the work and pay is better.
IT’S a funny world we live in. Today’s unalterable truth may be tomorrow’s shibboleth.
For the legal profession in Malaysia, the seemingly unalterable truth is – do not join the profession unless you are prepared to face the harshness of the working conditions.
However, if you persevere, the returns can be very rewarding and fulfilling.
The National Young Lawyers Committee (NYLC) conducted a survey on the working conditions of young lawyers in late 2011, and the results which were recently released can be found at www.malaysianbar.org.my.
It indicates that there is or will be a mass exodus of young lawyers from the legal profession because of the lack of work-life balance, low pay and bad working conditions.
The survey shows that the average starting pay is RM3,000-RM3,500 in the Klang Valley and RM2,000-RM2,500 outside of the Klang Valley – just enough to support the cost of living.
The average working hours are between 51 hours to more than 60 hours a week. Almost all young lawyers work weekends.
This means that, in the Klang Valley, based on the average monthly pay of RM3,250 (RM39,000 per annum, excluding bonuses) and average working hours of 55 hours a week (2,860 hours over 52 weeks), over a year, first-year lawyers are only paid RM13.64 per hour. It is much lower for pupils.
Outside of the Klang Valley, based on the average monthly pay of RM2,250 (RM27,000 per annum, excluding bonuses) and the same average working hours, over a year, first-year lawyers are only paid RM9.44 per hour.
Some recommendations were made by the NYLC to increase the starting pay and improve working conditions.
Some quarters cynically cried out that young lawyers are making demands despite being of low quality.
They say that young lawyers should not demand higher pay unless they have proven themselves.
Pause for a moment and consider what the survey results really mean.
Firstly, it means that the profession, as a whole, is not attractive.
Students, when choosing a degree, will second-think pursuing law. Law students may choose not to practise upon completing their law degree.
Some will be driven by passion, but not everyone has enough passion to endure the initial hardship.
The best minds may instead be more interested in other professions.
Why isn’t the profession able to retain these talents?
Generally, Malaysia is not a hub for legal services in the region. The best minds are more interested in practising in other jurisdictions where the work and pay is better.
The profession must improve and be the main legal services hub in the region. But the paradox is, to do so, higher salary and better working conditions are also required to attract and retain the best talents.
Secondly, not having an attractive entry point does not augur well for diversity in the legal profession.
The legal profession should be diverse because lawyers are guardians of rights and liberties of people of all gender, races, backgrounds or classes.
The current starting salary and working conditions, by chance or design, targets only a single demographic – fresh graduates, middle or upper middle class, living with their family, and having little family or financial commitments.
A prospective entrant who has dependants would find it hard to pursue a career in law given the low average starting pay, the long hours and the non-existing weekends.
To quote Lord Falconer: “If you don’t catch people when they’re 15 or 16, when it comes to choosing judges 30 or 40 years later, you won’t have the diversity you need to ensure that judges reflect society”.
Thirdly, with the starting salary and working conditions of the legal profession failing to attract and retain talents and not encouraging diversity, legal access would be significantly affected. Legal access also means having access to a lawyer of your choice.
The survey shows that 28.17% of the respondents in the Klang Valley and 15.29% of the respondents outside of Klang Valley are leaving the profession in the next five years and a further 38.73% of the respondents in the Klang Valley and 48.24% of the respondents outside of Klang Valley are uncertain of their future in the legal profession.
These staggering numbers show that lawyers do not want to be lawyers anymore.
Society will be affected because the choice of lawyers would be limited. There will not be a greater pool of talent to choose from for clients or when it comes to the appointment of judges.
The quality will have to be compromised with whatever the supply is. In the long run, it will be detrimental to the legal system in Malaysia.
The results and the recommendations by the NYLC are not unjustified.
It would be convenient to blame the law schools for failing to produce competent graduates. But employers must look at themselves and ask if they have been contributing to this problem.
The unalterable truth of today must be questioned.
For employers who are truly concerned about attracting and retaining the best talents, the survey results and recommendations should be taken seriously.
For those who choose to ignore the survey results and recommendations, do so at your own peril.
The writer is a young lawyer. Putik Lada, or pepper buds in Malay, captures the spirit and intention of this column – a platform for young lawyers to articulate their views and aspirations about the law, justice and a civil society. For more information about the young lawyers, visit www.malaysianbar.org.my.


panjang kan!!
haha. terima kasih kepada PUTIK LADA! anda mmg memahami. haha.
ada apa-apa komen?
berikut adalah komen-komen aku dari lubuk hati ini. ecehhhh:
1. aku rasa Shah Alam adalah area Klang Valley. tapi area Shah Alam jangan berangan la nk dapat 3000. apatah lagi Klang. [aku tatau la kalau ada, tapi setakat ni aku tak jumpa lagi la]
dan... YA. aku bekerja sampai malam. weekend juga. walaupun bukan la every weekend bos panggil masuk ofis, tapi, bila weekend je ko ada masa lapang nak siapkan semua kerja yang pending, ko ada pilihan ke untuk tak datang ofis dan/atau tak buat kerja waktu weekend?? --itu pon kadang-kadang tak siap-siap jugak
bukannya aku workaholic, tapi.. dah kerja tu memang kena buat kan. nak tak nak kena la hadap jugak. itu kan tanggungjawab.
aku memang setuju dengan penulis: 
"Do not join the profession unless you are prepared to face the harshness of the working conditions."
 (lack work-life balance, low pay and bad conditions.)

adakah aku bersedia?
entahlah..

2. pasal gaji.. mungkin orang akan kata, bersyukurlah dengan apa yang ada. ada orang gaji lagi teruk. tapi.. tapi.. bukanlah tak bersyukur. tapi.. kadang-kadang rasa tak berbaloi dengan penat dan masa yang terluang terbuang.
aku rasa gaji yang aku dapat tu, bukanlah banyak, tapi bukanlah sikit. cukuplah untuk aku menampung hidup aku anak beranak. (haah, anak beranak sangat kan). Alhamdulillah. tapi, tidak kah para bos ini sedar yang gaji itu adalah untuk bayaran kerja 8 jam sehari.
secara jujurnya, aku bukanlah nk berkira sangat kalau kerja lebih masa. aku mmg paham dah memang kerja mcm ni. pagi dah buang masa dekat court. tunggu turn je sampai sempat panjang bulu ketiak. janggut.
bila tak cukup masa nk siapkan kerja, nk taknak kena la stay jugak kan malam. bila lagi nk buat.
tapi, kadang-kadang tu rasa menyampah pon ada, sakit hati pon ada, 
sebab ada orang senang lenang je balik. tau arah je.
aimi, esok ini. aimi esok itu.
lepas tu, dokumen sampai, senang je ko suruh orang hanta kat aku kan.
"ayu, ni nanti bagi kat aimi"
haah, ye la. die kan bos!
[aimi, yg ko nak banding diri ko dengan bos tu apesal?? ko mampu ke nk jadi bos macam dia?? tak mampu kan? so duduk diam-diam, tutup mulot!]

tapi.. tak salah kan kalau sama-sama buat?
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
janganla time berat duit je baru sama-sama nk jinjing. 
[ye ke sama-sama? ke masa tu volunteer nk jinjing sorang? oppsss]

sorry.
aku tak berniat nk mengadu domba.
aku percaya benda ni bukan jadi dekat aku saja.
semua kawan-kawan aku ada masalah yang sama, hampir sama, dan tak sama.

almaklumlah. kerja dengan orang kan.
dia akan kata, dulu dia dah rasa, sekarang masa kita la pulak.

iyolah.
tapi, kadang-kadang jgn la melampau sangat.
time kau cuti tak ingat. semua cuti perayaan kau cuti extra. time org lain nk cuti, kau kecoh pulak siap ungkit.

[alamak, aku rasa nak wujud unsur-unsur emosional ni]
sabar sabar #sambil tarik nafas, hembussss. tarikkk hembusss#

ok, back to the article.

3. bila nk demand gaji, kena lah bersedia kerja lebih, kenalah bijak tahap tau semua law macam hafal sifir 1. hmm.
sebab tu la aku tak pernah berani nak cakap apa-apa pasal gaji ke apa-apa lah melibatkan duit.
nak bagi, bagi la, tanak bagi takpela.
yela, budak hingusan, buat apa kerja pon tak boleh. mana la layak nk demand-demand ni.

soalan: sampai tahap apa ko rasa ko boleh demand?
tahap boleh bawak masuk byk file dekat ofis?
tahap dah hafal satu buku Janab?
tahap dah hafal satu Rules of Court?

aku tau, apelah sangat yang aku sumbangkan.
apela sangat ilmu yang aku ada.
bila kena soal je terkulat-kulat.
pegi hearing reinstate depan hakim pon gigil-gigil.
ko dah rasa ko bagus ke aimi?
jangan nk perasan la!
tu baru ibarat sebesar taik idong daripada besarnya taik itik. biji tembikai daripada besarnya tembikai itu sendiri.
paham ke idok?
jadi, renung-renungkanlah. sila la meng-improvekan diri anda.

aku sedar yg aku bukanlah budak cerdik,
dulu tak pernah berangan nk jadi lawyer pon.
 i just go with the flow.
tiba-tiba ada rezeki sambung honours, aku pon sambung.
pastu habis pulak chambering.
maka aku pon menanam la pisang cita-cita nk jadi lawyer masuk tv.
dulu aku cuma belajar semata-mata nk lulus periksa.

aku bukan budak first class.
*sedar diri*

panjang pulak aku bebel.
aku tatau macam mana perasaan orang lain, tapi ini apa yang aku rasa.
aku tau aku memang sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada.

tapi, kadang-kadang diperah tahap kering kontang
*sila bayang korang basuh baju, korang perahhhhh sampai dah tak payah jemur, dah boleh pakai terus*
siapa tahan.

aku memang ikhlas nk kerja, nak belajar, sebab aku tau aku ni budak baru belajar.
tapi aku lemas dengan perangai-perangai manusia
*aku memang akan lemas sb aku tak pandai berenang*

aku bukan hadap sgt gaji yang banyak.
kala mati pon bukan boleh bawak kubur kan
tapi, aku rasa, sebagai manusia yang waras akalnya, boleh menilai kot, adakan setimpal?
bukan bermaksud aku kata waaa aku ni byk dah berusaha, banyak dah buat itu buat ini. BUKAN MACAM TU.
aku tau aku bukan sapa-sapa tanpa mereka.
tapi, masa dan tenaga yang digunakan, sepatutnya dihargai dan dibayar dengan sepatutnya.

duit bukan segalanya, yang penting kita kerja dalam keadaan gembira. tak gituu??

kita sebagai pengamal undang-undang,
tapi kita lupa mempraktikkan undang-undang tersebut pada diri kita kan.

sila bukak Employment Act.


59. (1) Every employee shall be allowed in each week a rest day
of one whole day as may be determined from time to time by the
employer, and where an employee is allowed more than one rest
day in a week the last of such rest days shall be the rest day...


60. (1) Except as provided in subsection 60A(2), no employee
shall be compelled to work on a rest day unless he is engaged in
work which by reason of its nature requires to be carried on
continuously or continually by two or more shifts:
Provided that in the event of any dispute the Director General
shall have power to decide whether or not an employee is engaged
in work which by reason of its nature requires to be carried on
continuously or continually by two or more shifts.

(3) (a) In the case of an employee employed on a daily, hourly or other similar rate of pay who works on a rest day, he shall be paid for any period of work—
(i) which does not exceed half his normal hours of work, one day’s wages at the ordinary rate of pay; or

(ii) which is more than half but does not exceed his normal hours of work, two days’ wages at the ordinary rate of pay.

(b) In the case of an employee employed on a monthly rate of
pay who works on a rest day, he shall be paid for any period of
work—
(i) which does not exceed half his normal hours of work,
wages equivalent to half the ordinary rate of pay for
work done on that day; or
(ii) which is more than half but which does not exceed his
normal hours of work, one day’s wages at the ordinary
rate of pay for work done on that day.

(c) For any work carried out in excess of the normal hours of
work on a rest day by an employee mentioned in paragraph (a) or
(b), he shall be paid at a rate which is not less than two times his
hourly rate of pay.

(d) In the case of an employee employed on piece rates who
works on a rest day, he shall be paid twice his ordinary rate per
piece



60A. (1) Except as hereinafter provided, an employee shall not be
required under his contract of service to work—
(a) more than five consecutive hours without a period of leisure of not less than thirty minutes duration;
(b) more than eight hours in one day;
(c) in excess of a spread over period of ten hours in one day;
(d) more than forty-eight hours in one week:

Provided that—
(i) for the purpose of paragraph (1)(a), any break of less than thirty minutes in the five consecutive hours shall not break the continuity of that five consecutive hours;

(ii) an employee who is engaged in work which must be carried on continuously and which requires his continual attendance may be required to work for eight consecutive hours inclusive of a period or periods of not less than forty-five minutes in the aggregate during which he shall have the opportunity to have a meal; and
(iii) where, by agreement under the contract of service between the employee and the employer, the number of hours of work on one or more days of the week is less than eight, the limit of eight hours may be exceeded on the remaining days of the week, but so that no employee shall be required
to work for more than nine hours in one day or forty eight hours in one week.

untuk wanita:
34. (1) Except in accordance with regulations made under this Act or any exemption granted under the proviso to this subsection no employer shall require any female employee to work in any industrial or agricultural undertaking between the hours of ten o’clock in the evening and five o’clock in the morning nor commence work for the day without having had a period of eleven consecutive hours free from such work:


[aku tau, aku pon selalu langgar undang-undang jalanraya]

aku bukan nak kata aku pandai sangat nk letak-letak seksyen dalam Employment Act bagai ni kan.
mesti kalau ada bos yg baca, mesti menyampah dgn aku kan.
kalau bos-bos aku yg baca, confirm aku akan dikecam hebat!
naik gajinye idok, kena pecat ade la. hahaha

takpela.
apa nk jadi pon jadi la.
kita kan ada hak untuk bersuara di bawah Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan.
#dan dan la masa ni ko nk letak segala bagai seksyen la artikel la#

okeila, dah malam.
kena tidur dah esok nk balik shah alam awal.
nanti ada orang kata aku ni saja malas-malas, cuti lebih.
(aku rasa aku macam tak cuti je, badan di rumah, otak di ofis)

ya! inilah antara masalah-masalah lawyer MUDA hingusan.

bukan seronok sangat jadi lawyer ni.
bukan setakat tarik beg airport tu je tahu ke tak-ditujukan kepada PTD yang mengata lawyer semasa perang Blog IL**I.
seronok la korang jadi PTD gaji beso, kereta beso, pegi2 seminar makan sedap, makan free, banyak masa boleh update blog, reply komen dekat blog. pesanan: jgn selalu sgt curi tulang tau. tak bagus. haha.

tahniah la anda PTD. aku tak mampu.
[aku tak penah minat pon nk jd PTD, isi SPA pon tak penah]

tiba-tiba aku nk selit pasal ni apesal?
haha.

tak kesah lah kerja apa pon, janji halal.
tak payah la nk banding-banding, nk mengata-ngata kerja org lain kan. buat je kerja ko diam-diam smpai siap.
yang lawyer pulak, jangan la nk kata lawyer banking ke lawyer convey ke takde kerja la tak bz macam kau yg lawyer konon buat litigation kan.
semua sama ja!
*sempena terdengar sorang akak ni mengadu domba dengan kawan dia tadi masa dekat court dan aku tersentap la seposen*

tapi betul kan, kalau aku kena buat convey ke banking ke.. mesti teeeerkial-kial.
setiap orang ada kelebihan masing-masing kan. :)

kesimpulan akhir:
always put yourself in other's shoes.
if u feel it hurts you, it probably hurts the other person too.
be compassionate.

*******************************************
aku tak berniat nk memburukkan sesiapa,
sorry kalau ada yang terasa
[sapa makan cili memang la rasa pedas kan]
tapi, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, demi mencapai sesuatu yang lebih baik.

pesan ayah,
selalulah amalkan ayat 1000 dinar :)
tq ayah. i lap u!


sekian, wassalam.

lagu hiburan kali ini:
terimalah Cinta Setengah Mati (kepada kerja dan ofis) haha.

nanti ada masa lagi aku update pasal dilema makan gaji (sempena baca dekat dalam Metro, ahad semalam)

zzz, tido dulu.


#100 kebaikan selalu akan tertutup walau dengan 1 kejahatan#











Friday 19 October 2012

Double Cheese Burger@2.12am

Hai!
assalamualaikum.
ye, aku tau sekarang semua orang tengah seronok tido kan kan kan.
jam aku sekarang 2.15am.
aku baru balik kerja around 1.30am tadi.
singgah kurier dokumen kejap, singgah mcd kejap.

mcd??
ye!
aku sekarang tengah makan double cheese burger!
ngapngapngap!
padahal kalau tido je pon boleh, nk jugak makan malam2 buta ni.
[jangan contohi]
dah la makan sambil baring tiarap depan laptop,
lepas tu percayalah yg aku ni takkan bangun untuk kemas dan buang sampah ni.
hahahhaha
memang buruk perangai!
biar semut datang gigit aku. padan dengan muka balasan kepada org pemalas.

owh, hari ni ada sesuatu yang buat aku tersenyum sampai telinga.
kejap jela.
tapi, jadi la untuk jadi modal aku berangan-angan ala-ala mat jenin kan.

tadaaaa!!!
tengok siapa call aku?? haha
"remy ishak"
OMG!


tapi, masa tu aku silent phone, baru blk court.
hampa kejap sebab tak angkat.
walaupun aku tau, die bukan carik aku pon.
aku mmg tau dah tujuan sebenar dia adalah carik orang lain.
ahhh, lantak la.
aku kan mmg suka berangan.

ok, abaikan aku yg mengada-ngada ni!

tuka topik yg lebih matang!

selasa hari tu, aku attend case management unt kes jenayah.
ofis aku tak banyak buat criminal cases, so aku tak mahir la criminal procedure.
[dulu aku minat gila criminal!, tapi sejak tak dapat A, terus frust. haha-over]

teringat masa first time appear untuk kes jenayah ni.
aku tatau pulak kalau criminal, OKT tu kena hadir sama.
maka terjadilah dialog seperti di bawah:
PKP: OKT hadir?
cik bidadari: OKT? saya lah lawyer unt OKT (sebab selalu civil cases, mana ada client datang sama)
PKP: awak tak inform ke OKT awak suruh datang?
cik bidadari: tapi puan, OKT saya dalam penjara.
PKP: oh, dalam penjara ke? *sambil pegi dekat telefon dan call polis suruh bawak OKT datang*

baru la aku faham.. kalau kes jenayah OKT kena datang. haha

lepas tu pasal Rekod Rayuan pulak.
kalau sivil, lawyer yang prepare.
tonggeng-tonggeng la buat rekod rayuan, nk tulis mukasurat bagai.
kalau nipis ok lagi, kalau sampai masuk 7 jilid, kena buat weekend dan hari cuti umum pulak (lepas tu client senang-senang tak bayo-keji kan) 
rupanya rayuan criminal ni, memang lenggang kangkung je, sebab mahkamah yang buat.
(pendakwaraya SPRM yang guna ayat lenggang kangkung tu masa dia ajar aku. hee. tq tuan Razali)

okeila, boring pulak.
tuka kepada cerita yang agak sedih pulak.

maka, pada hari selasa lepas, family OKT datang.
isteri dia, anak-anak dia yang kecik lagi, mak dia, bapak dia, adik2 dia.
seperti yang telah dijangka, mesti ada drama cerekarama punye.

lepas aku bawak dorang jumpa OKT, maka bernangis-nangislah mereka sekeluarga.
aku yang senang ternangis bila tengok orang lain nangis ni pon, terpaksa lah mengetap bibir mengelakkan dari aku pon nangis sama.

sedihh.
kecik2 lagi anak-anak dia.
yang dah sekolah faham la, anak dia yang kecik tu, apa lah yang dia tahu.

OKT tanya aku berapa lama sebenarnya hukuman penjara dia?
so aku yang tak baca fail pon terkebil-kebil, dan bukak fail carik alasan penghakiman.
aku pon bagitau la berapa tahun..
dia macam sedih bila tahu dia kena duduk lama-lama dalam penjara tu.

cik bidadari: takpela ye en.X, sebab tu kita buat rayuan ni, kita kalau boleh nk mintak la hukuman ni jalan serentak 
(hakim  putuskan hukuman penjara tu jalan berasingan)

en.X: cubalah yang terbaik ye. masuk air jugak duduk dalam ni lama-lama.

 tapi.. PKP fixed kes ni depan Yang Arif Hakim Triple A.
aiyoo.. 
aku tatau hakim criminal ni, so aku mana tau background hakim tu mcm mana.
bila balik ofis bos cakap, hakim ni mmg akan pancung punyelah client aku ni.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
adekah aku yang bersalah??

sekarang aku tau kenapa aku tak dapat A criminal walaupun aku belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh. haha 
[tapi sekarang jgn tanya apa-apa sebab aku dah lupa]
kalau aku dapat A mesti aku perasan hebat criminal so aku akan buat criminal.
yang mana aku sedar yang aku seorang yang berhati ikan bilis dan emosional ini tak sesuai langsung handle kes jenayah, dan juga syariah. hahaha
[Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanNya kan]
tapi, aku masih tak rasa pekerjaan ni yang terbaik untuk aku, sebab aku tak rasa seronok dan gembira.

kalau buat kes civil pon,
kalau kalah client tak kena penjara [unless kalau masukkan permohonan committal] 

haihh.
harap-harapnya hakim takde la naikkan hukuman, dapat jalan hukuman serentak pon dah okei sangat dah.
nak appeal untuk conviction, mmg susah la kot.

mandai je aku komen-komen kan.
tutup ceritalah. 
nnt kena saman, mati aku.

tapi kan,
apa aku nk kata:

jangan lah kita menganiaya orang lain,
dan kita bersenang-lenang di atas kesusahan orang lain.

dan kita sendiri, jagalah diri jgn sampai terperangkap dan/atau terperangkap dengan perkara-perkara yang tak berfaedah dan merugikan diri kita sendiri.

masa kita senang memang ramai kawan, bila susah, semua pon dah tak kawan.

itulah lumrah dunia kan.

manusia ada pelbagai garam ragam.
rambut sama hitam tapi hati bukan lutsinar.
so kita tatau apa niat seseorang tu dekat kita. kan kan kan

beringatlah sebelum terkena
*self reminder*

tapi janganlah terlalu paranoid sampai kau nk kata semua orang jahat, semua orang salah, kau sorang je yang betul. itu namanya kau nk kena penampar!

tiba-tiba teringat bos cerita isteri bos tu hanta sms dekat bos, nama aku cik aimi telah ditaip menjadi CIKAINI.

cikai?

bolehhhh la.. KUINI pon sodap di makan.

okeilah, nk golek2, lipat selimut, mandi, pegi court.
(malam tadi aku taip tapi lepas tu ttido, pagi ni lepas subuh baru sambung. hee)

babai semua :)

hari ni hari Jumaat, yahoo!!
esok dating bersama Hani dan Ecah.
(jgn la kena buat kerja. *berdoa*)

salam 1 Malaysia.

owh,
kelmarin jumpa kak falah, dia kata dia suka baca blog aku yang tak seberapa, dan hanyalah cerita kosong yang takda informasi langsung ni. haha

tq akak :)
tq juga kepada anda-anda yang membaca.
i lap u ollss lah!
mwahhhh!!!
(sambil muncungkan bibir yang tak berapa mungil ni nk buat mwahhh kat korang)

lagu tema ape ye? aku dah habis lagu dah nk share. haha. macam semua yang aku suka dengar aku dah post kan.

nah, aku rasa yang ni belum kot.
lagu untuk anda-anada semua yang aku sayang :)
dan kepada yang berkenaan *aku sendiri tatau sapa* haha


dekat ofis aku suka dengar lagu.
dan lagu ni antara lagu yang aku suka ulang-ulang.
selamat mendegar


ok. dah pukul 7.52am.
kena pegi mandi dah, nk jadi orang pertama sampai mahkamah. 

babai.

***********************************************************
stress dengan kerja boleh telan dan hadam kerana kerja adalah ibarat bubur mcd, dan mungkin juga lama-lama boleh diibaratkan seperti nestum baby
tapi
stress dengan perangai orang, adalah ibarat tertelan biji cili, biji tembikai, biji anggur, biji limau, lepas tu terkumpul dekat apendiks, lepas tu kalau tak baung nnt pecah pulak.

semoga aku sentiasa dilapangkan dan ditenangkan hati.
amin.
hadapi hari-hari kita semua dengan senyuman :)
walaupun aku senyum bermata sepet.


[tak boleh nk jadi model sebab senyum mata sepet]
kecuali kalau aku jadi model kaca mata hitam. haha

senyum macam ni pon boleh laaaa..

tak kisah la senyum macam mana janji senyum :)
senyum tu kan sedekah.

senyum seindah suria yang membawa cahaya,
senyumlah dari hati dunia mu berseri
[sempat menyanyi la pulok, hoi aimi, pegi mandi cepatla!!!!]

sayonara.
 ikhlas daripada:
cik bidadari jahat
[yang sebenarnya baik]











Tuesday 16 October 2012

HILANG NALURI-once

Hai hai!
Salam 1 Malaysia
Salam Satu Sama 
[aku tatau ape maksud salam satu sama ni, tapi ada orang cakap dekat aku mcm ni]

minggu lepas, nafsu untuk meng-update blog memang membuak-buak, tapi, aku dapat rasakan kemembuakkan itu adalah seiring dan sejalan dengan tahap kemenyampahan dan kemarahan aku yang juga membuak-buak.
jadi, oleh kerana aku gagal untuk membezakan yang mana kaca dan yang mana permata, maka aku memilih untuk tidak memilih mana-mana pon sebab aku takde duit nk beli apa-apa sekarang.
bila nk dapat claim ni??? 
grrrrrr!!!
[oh, maaf, ter-emosi]

minggu lepas adalah minggu yg tak berapa nk menggembirakan.
[2hari berturut-turut nangis sebab kerja adalah suatu yang amat memalukan. haha--tak cool langsung kan]
tapi, hidup tetap kena diteruskan. 
walaupun pada ketika itu, aku macam fed up tahap nk terjun bangunan tingkat 10,
tapi, setelah berfikir panjang sepanjang dari utara ke selatan,
daripada aku terjun bangunan, baik aku terus je kerja, dapat duit, boleh pegi makan kenny rogers. 

"the moment you feel like giving up, remember all the reasons you held on for so long"

misi: nk belanja kanak-kanak rebina pegi zoo takpon aquaria. :)

weekend hari tu, memandangkan aku balik ke kampung halaman yang indah permai tanpa bawak balik apa-apa kerja ofis, maka aku dengan seronoknya membaca novel Adam & Hawa dan membaca blog-blog orang lain.
[surat khabar malas baca, kes pon malas baca jugak]

aku terbaca pasal rahsia personaliti mengikut bulan kelahiran mengikut kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

tapi aku tak nak la copy paste.nanti panjang berjela sangat la pulok.
sila baca sendiri ye untuk bulan korang lahir.

tapi, sebab aku lahir bulan Januari, aku copy bulan Januari je la.

1. Bercita-cita tinggi dan serius orangnya, suka mendidik & dididik
aku tatau apa cita-cita aku selama ni, yang penting menjadi peguam memang bukan cita-cita yang diidamkan. haha. (sebenarnya nak jadi arkitek). Serius orangnya? maybe. yang pasti, aku dapat merasakan yang aku ni seorang yang memboringkan. haha. suka mendidik& dididik? macam tak je.

2. sangat mudah melihat kelemahan orang lain & suka mengkritik
ye! ini sangat tepat. aku tau ini perangai buruk tapi.. baiklah, akan cuba diubah.

3. rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
rajin? tengok mood la. kalau aku malas, makan pon kalau boleh nk sambil baring.
keuntungan? mana? mana? ngehhh!

4. suka pada kecantikan, kekemasan & teratur
kekemasan & teratur tu, diakui. dan aku tak berapa suka orang usik2 barang aku yg aku dah kemas. [sebenarnya sebab aku pelupa, nnt aku tak jumpa kat mana]
kecantikan? aku suka tengok orang cantik. --ini dinamakan melihat keindahan ciptaan Allah :) 
tapi, aku sendiri, comot je la. haha.
aku bukan gadis merah jambu yang fashionista.
haha.

5. bersifat sensitif & berfikiran mendalam
aku mmg sensitif tahap hati ikan bilis.
dan aku selalu terover berfikir padahal sebenarnya takde la serius mana pon benda tu.

6. pandai mengambil hati orang lain
am i?? haha. 

7. pendiam kecuali telah dirangsang
iye. mmg betul. 

8. agak pemalu & mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
pemalu tu ye. tapi daya tumpuan tu, macam tipu je

9. mudah mendisiplinkan diri sendiri
disiplin la sgt! 

10. badannya sihat tetapi mudah diserang selesema
saya tidak suka selesema.
[minumlah scott emulsion perasa oren]

11. bersikap romantik tapi tak pandai memperlihatkannya
romantik ke? kihkihkih

12. cukup sayang pada kanak-kanak
mestila aku sayang kanak-kanak rebina dekat rumah tu.
dorang ibarat terapi dikala tiada bermood nk buat kerja. haha

13. suka duduk di rumah
haha. memang suka sebab aku malas nk klua-klua ni.
bila klua kena keluar duit jugak.-aku kedekut.

14. setia pada segala-galanya
no comment

15. perlu belajar kemahiran sosial
baiklah. 

16. cemburu yang sangat tinggi
diakui.

so, setakat ni, aku rasa, kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah ni, 90% betul la.
apa kata korang cuba baca lepas tu compare dengan diri korang.

selamat mencuba :)

lagu tema minggu ni:
[baru dengar dekat radio minggu lepas, macam best je]


pernah tak korang rasa perasaan mcm ni:
korang tak rasa macam suka pon dia.
asal jumpa ke cakap ke, mesti gaduh. confirm sakit hati punya lah..
tapi,
bila orang tu takde khabar berita, teringat-ingat la pulok.
pernah? pernah??
haha.

apesal aku tanya?
entah. saja je soalan rambang.

kata-kata nasihat kali ini:
[ecehhh, nasihat la konon. *nasihat unt diri sendiri juge*]

Just because someone flirts with you, doesn't mean they like you.
Just because someone likes you, doesn't mean they want to date you
Just because someone dates you, doesn't mean they love you
Just because someone loves you, doesn't mean they won't hurt you

zassss!
sentap mak dek non!
haha. 

kesimpulan yang aku dapat buat untuk diri aku, 
[korang yang lain sila buat kesimpulan sendiri, jangan malas berfikir]
memandangkan aku malas dan takda masa nk try & error ni,
sapa nk masuk meminang, datang je la rumah jumpa bapak aku. haha. senang.

boleh tak mcm tu?
boleh kan je la.

okeilah, 
dah 7.58am, aku nk kena mandi ni. 
kerja.kerja.kerja.

hari ni pegi kes criminal.
maybe aku akan melihat drama sedih hari ni.
mintak-mintak aku tak ternangis sama.
bos dah pesan awal-awal dah, ko jangan nangis jugak nnt.
haha

sekian,
babai :)

terima kasih kepada yang sudi membaca, walaupun blog aku bukan berinformatif pon.
[ye ke ada orang baca? tapi kalau korang yang memang tengah baca tu, terima kasih daun keladi :)]

nanti aku carik isi-isi berinformatif ala-ala berita tv3 pulak ye. huu

salam sejahtera ke atas anda semua

owh, ada satu lagi lagu yg aku selalu dengar, dan lagu ini mengingatkan aku kepada seseorang. haha.
selamat mendengar :)



kena letak lagu ni, baru lah sesuai dengan tajuk. hahaha
[nampak sangat aku tatau nk letak tajuk apa]

****************************************************************
nota kaki:
when you love someone, it's better to tell them and risk being rejected instead of keeipng it a secret.


okei, dah 8.07 am,
memang dah lambat untuk mandi.