Sunday 27 May 2012

antara hari bersejarah cik bidadari :)


Tanggal 25 Mei, 2012..
setelah 5 tahun setengah..
dan ditambah pulak zaman kegelapan selama 9 bulan..
akhirnya..
aku diterima dan didaftaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara.
Alhamdulillah.

terima kasih kepada semua yang banyak menyokong daripada belakang, kanan dan kiri..
terima kasih jugak kepada yang selalu tolong aku..
aku tak dapat nak list kan semua nama, 
tapi semoga Allah membalas jasa anda semua :)


berikut adalah serba sedikit ucapan masa long call tersebut.
kepada nama-nama yang tidak tersenarai,
aku mintak maaf sebab kalau aku senaraikan semua, nanti panjang sangat la pulak kan.
tapi, anda semua tetap menjadi pujaan hati ku.. ecehhh..

Yang Arif,
Pempetisyen, Aimi Shazwani binti Yaakob dilahirkan pada 8 Januari 1987 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anak pertama kepada pasangan Encik Yaakob bin Mat Sahri dan juga Allahyarhamah Siti Hajar binti Mohamed Nor.
tadaaa.. inilah pempetisyen yang disebutkan di atas :)


Bapa Pempetisyen iaitu Encik Yaakob bin Mat Sahri adalah merupakan seorang Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, di Kuala Selangor.

**bapa pempetisyen tidak dapat hadir kerana urusan kerja**
Dialog Yang Arif: ooh, patut tidak dapat hadir, sebab hari ini hari terakhir persekolahan, jadi dia kena berada di sekolah kan.. :)

Pempetisyen telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram dan telah dianugerahkan Pelajar Terbaik Ko-kurikulum pada tahun 1999. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Sewaktu pengajian beliau di Sekolah Tun Fatimah, beliau aktif dalam Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) dan juga aktif dalam sukan jalan kaki 5 km.

Pada tahun 2005, Pempetisyen telah melanjutkan pelajaran Pra-Ijazah dalam bidang Perundangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok Kedah. Selepas menamatkan Pra- Ijazah Undang-Undang pada 2007, Pempetisyen selanjutnya meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang selama tiga (3) tahun dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selama satu (1) tahun.

Yang Arif,
Pempetisyen telah menjalani Latihan Dalam Kamar selama sembilan (9) bulan di bawah tunjuk ajar dan bimbingan Encik Ismail bin Yahya di Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail bermula dari 29 Jun 2011 sehingga 29 Mac 2012.
ehem ehemm..
inilah En.Mail a.k.a Boss ke-3 a.k.a master aku.
Dia sangat terror interlocutory application, dan aku rasa die ni memang hafal satu Rules of High Court tu.
Kagum!


Di kesempatan ini, Pempetisyen ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengajar beliau, Encik Ismail bin Yahya, yang  telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang sangat berguna kepada beliau untuk terus maju dalam profession ini di masa akan datang. Beliau juga turut berterima kasih kepada Encik Mohaji bin Selamat dan juga Encik Noor Hazury bin Mohd Zubir yang selama ini tidak  pernah jemu untuk memberikan segala ilmu dan tunjuk ajar yang amat berguna kepada beliau.

kiri: boss ke-3  kanan: big boss
mana boss ke-2? tiada dalam gambar.
huu

heee.. ni gambar paling mahal ok!


Yang Arif,
Di hari yang bersejarah ini, dengan izin Yang Arif, Pempetisyen juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih beliau di atas segala jasa, pengorbanan dan nasihat yang diberikan oleh bapa beliau, Encik Yaakob bin Mat Sahri, tidak dilupakan juga kepada Puan Hunaizah binti Abd Razak yang selama ini banyak memberikan dorongan dan sokongan, serta keluarga tercinta, Amirul Afiq, Aizat Fikri, Yasmin Raihana, Ammar Afifi, Dinie Uzair dan juga Hikmat Wafiy. Kejayaan Pempetisyen pada hari ini adalah berkat doa dan sokongan daripada bapa Pempetisyen dan juga arwah ibu beliau, serta seluruh ahli keluarga yang lain.
terima kasih kepada Aizat Fikri sebab sudi datang :)

Pempetisyen juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada peguam di firmanya, Encik Ahmad Fakhri bin Abu Samah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada beliau. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan firma guaman tersebut yang banyak membantu beliau.

Beliau juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah beliau di UiTM. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat baik beliau, antaranya Noorhani yang turut hadir pada hari ini untuk long call nya sendiri, Mastura, Diana, Hani, Ummi, Syahida, Zulaila, Wan Nur Amirah, Zarra, Razan, Anis, Asfalla, Syazwani dan lain –lain yang telah banyak membantu Pempetisyen.

tq Diana, Cik Ida dan Cik Lala yang sudi datang, tunggu dari awal sampai habis :)

Puan Hani, tahniah :)
semoga satu hari kamu akan menjadi seorang DPP :)

terima kasih juga kepada Acik Mamah bagi aku bunga :)
**seronok rupanya perasaan dapat bunga**
hahaha




terima kasih juga kepada En. farhan sebab selalu tolong aku dekat court.hee..
(bak kate en.mail, networking itu penting)

dan berikut adalah gambar-gambar lain yang aku rasa macam best je nak letak.haha..

Yang Arif Dato' Suraya yang sangat best!




ok. aku memang lapar time ni!




terima kasih kepada Puan Hani (walaupun belum kawen) sebab sudi melayan aku membebel dan mengadu domba setiap hari :)

sempena hari tersebut, pakai kasut cantik sikit la.
hee. 


Cik Diyana yang banyak ajar macam mana nak filing .heee.
dan aku telah menurunkan ilmu kepada Cik Ida pulak :P

kaki mengumpat dan kuat gosipss

tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan :)

sekian sahaja.

cita-cita aku:
nak jadi lawyer masuk tv!
hihihi.








No comments:

Post a Comment