Friday 19 September 2014

TERFAKTAB: Separate Legal Entity



jujur dari sudut hati,
aku memang terkesan.

tapi,
semakin aku tahu, semakin aku mahu.

kerana,
kita semua adalah entiti berbeza.
tidak bertanggungan di antara satu sama lain.

nampak seperti pentingkan diri?
ah.
persetankan.

aku tahu apa aku mahu.

aku tidak tahu apa hasilnya
tapi tak salah mencuba.
kerana rezeki itu ada di mana-mana
dalam bentuk pelbagai rupa.

jika aku pentingkan diri,
sudah lama aku jauhkan diri.
tapi untuk mengalah dan membawa diri,
itu bukanlah prinsip diri.

terpulang kepada interpretasi sendiri.

aku,
bukanlah tidak peduli.
cuma malas melemaskan diri.

kau-dia
dia-dia
aku-dia

tema masih sama;
hadapi semua dengan senyuman :)

-----------------------------------------------------------
ini adalah akibat terlalu banyak masa lapang,
membaca kitab terfaktab sambil mendengar the best of Siti Nurhaliza.
miahahaha.












No comments:

Post a Comment