Friday 5 September 2014

misi sekeping hati dibawa berlari | LOMBOK | 3

aku ingat hari ni masih Kames.
oh,
rupanya sudah Jumaat.

Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Kames, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan..


tadaaa..
aktiviti perpeluhan!
5km uollsss.
bekerja keras la paru paru aku 16hb nanti.

aku harap aku dapat badan seperti gegadis jepun, walaupun tidaklah bermuka korea.
miahahahha
..............................................................................
ok,
nak sambung cerita Lombok.

hari ke-3.

bangun pagi.
serapan di hotel macam biasa.
pukul 9 dijemput bapak bapak.

hari ni mau dibawa ke Air Terjun Sendang Gile & Tiu Kelep.
air terjun ni terletak di kaki gunung Rinjani, di Desa Senaru.
perjalanan dari Senggigi katanya bapak-bapak 2 jam.

dalam perjalanan aku sebok tido.
jadi takda pemandangan.

ini pemandangan yang diambil dari bawah sebelum trekking ke air terjun.



dan pemandangan si esah yang sebok selfie.

dan aku pon sama.
sila layankan saje.
aksi-aksi guna smile shutter kamera di talipong si esah.






dah, jom pegi air terjun.
bayaran masuk 5,000 seorang [tourist]

nak ke air terjun, kena berjalan sikit yang tak berapa nak sikit.
soft trekking katanya.
tapi capek jugak lah si esah yang hari hari kerja bawah ekon ni.

perjalanan ke air terjun diteman Mas Andre.


jalan jalan jalan sambil tatau berapa kali minum air dah,
sampailah ke air terjun Sendang Gile.




tapi kat sini kami kami tak mandi.
sebab kami kami nak mandi di air terjun kedua.

lepas ambik ambik gambo,
perjalanan diteruskan.
haaa, trekking ni best.
panjat panjat tangga,
redah sungai juge.







sampai kan,
longgar lah jeans aku lepas balik soft trekking ni.
tolonglah percayaaaa!

aku tak set masa perjalanan.
tak terfikir.
sebok menjaga pernafasan.
letih tau tak.

jadi dah penat berjalan akhirnya sampai lah juga ke air terjun kedua.
Tiu Kelep

aku kan baru tau nama air terjun kedua ni Tiu Kelep, otw ke airport masa balik.
aku ingatkan sama je nama Sendang Gile.

dekat sini, si Andre rajen mengambik gamba.
suka beno dia memegang talipon aku (disebutnya hape)



anjing pon sampai ke atas ni tau.
aku suruh tengok gambar anjing bukan tengok gambar minah salleh.
kalau dah tengok, tengok lama lama jangan kedip.
kedipan kedua dah dosa.
haha.




kami kami adalah orang paling lama berendam.
mengikut pemerhatian sendiri lah.
yang lain celop celop lepas tu dah keluar.

sejukkkkkk.
tapi nyaman.

berendam, dan bergosip sikit.

keluar dari air, berasa lapar.
lepas dah puas berendam,
si Andre pon dah ajak balik,
jadi turun lah kami kami untuk balik.

dan makan siang.

makan siang kali ni pon sedap.
tapi tak lah waaa waaa sangat.



jemput makan.
sambal dia sedap.
aku ingat si esah tak makan sambal.
baru nak curik sambal beliau.
tengok tengok habis jugek.

siap makan,
menggedik.

otw balik ke Senggigi semula,
di bawa bapak bapak suruh rasa sate ikan.

sate ikan dan pelecing.


ini pula namanya lontong.
rasa macam ketupat.

sedap juga sate ikan ni.
20,000 untuk 15 cucuk sate ikan dan pelecing.


kata Pak Ma'un,
orang-orang kawasan situ semuanya sakti
sebabnya kan,
sate ikan dan pelecing ni dimakan atas piring,
dan mereka mereka makan dengan piringnya sekali.

tapi, masa kami kami makan takda piring.
take away sajo.

jadi, tidaklah dapat kami kami ini menjadi sakti.

habis makan, berbaringan.
dalam pukul 6.00 pm mcm tu, 
keluar berjalan ke Pantai Senggigi.
menengok sunset.

masuk ke kawasan Pantai kena bayar.
em em. lupa lah bayar berapa.
dekat sini kami kami duduk duduk saje melayan perasaan





malam,
keluar makan.
aku makan nasik udang masam manis
esah makan ayam taliwang.


ini popia dihidang. percuma.

makan ini saje, dengan 2 air tembikai berjumlah 122,000.
boleh beli kereta.

dah balik makan, tido.

oh, lepas balik dari merenung nasib di pantai senggigi tu,
singgah ke kedai,si esah teringin megi.
dan aku membeli milo kotak
tidak sama rasa macam di Malaysia.
masa ni lah aku rindu air milo Malaysia.

habislah percutian hari ke-3.

||| akan bersambung |||


----------------------------------------------------------

the smile on my face doesn't mean my life is perfect.
i just appreciate what i have and what Allah has blessed me.






























No comments:

Post a Comment