Wednesday 3 September 2014

misi sekeping hati dibawa berlari | LOMBOK | 2


"you can't have a better tomorrow if you don't stop thinking about yesterday"

---------------------------------------------------------------------------------------------

haaa,
atas tu kasik la aku can fefeeling pentai sikit.

sebelum aku cerita aktiviti hari kedua,
meh aku cerita pasal budaya di Lombok ni.

bila dicakap mau ke Lombok,
ramai yang kata,
nanti dicolek.
tak balik balik.

sebenarnya,
dekat sana dah menjadi adat
kalau si jejaka berkenan ke si gadis,
dan si gadis pon dah miang ke si jejaka,
jadi si jejaka akan bawak si gadis balik ke rumah si jejaka.

selepas beberapa hari,
barulah dua dua keluarga berbincang.

jadi sebenarnya takdalah isu colek.
itu dah memang masing-masing sama suka.

bila ditanya,
ada ke yang kena paksa.
katanya kalau kena paksa nnt jadi kasus polisi.

dikata lagi,
kalau makpak si gadis tak berkenan,
nanti diletak lah hantaran tinggi.
tapi selalunya dikawenkan jugek.
alasannya dah bermalam kan.

begitulah.
majlis kawen dipanggil nyongkol.
dari rumah jejaka ke rumah si gadis.
dan kawan kawan sedara mara akan berjoget di jalanan.

hari kedua di Lombok,
pagi berserapan di hotel.

pukul 9 dijemput Pak Taufek dan Pak Ma'un.

mau ke Gili Trawangan.


sebelum ke Gili Trawangan,
dibawa singgah ke Bukit Malibu.






perjalanan diteruskan ke Pelabuhan Bangsal.
nak menaik bot ke Gili Trawangan.

bot perniagaan si esah.

sementara menunggu bot sampai,
selfie selfie la kami kami.


haa, ini lah kali terakhir berselfie guna remote shutter.
sebab kan,
lepas dari ni remote ni rosak dah
dek kerana lupa diletak di dalam poket dan terus saje bersnorkeling.
pffftttt.


ada 3 Gili.
Gili Menon. Gili Air. Gili Trawangan.

katanya pak Taufek,
yang suka ramai orang pegilah ke Gili Trawangan.
yang suka tak ramai orang selalu pilih ke Gili Menon atau Gili Air.


pemandangan dari jeti Gili Trawangan.

sampai di Gili Trawangan,
di bawa ke tempat menyewa alatan snorkeling.
jauh jugak perjalanan berjalan kaki ni.

snorkeling 50,000 rupiah seorang.
haaa,
aku dibelanja si esah.
sebab aku penganggur katanya.
dan dah boros berbelanja kain.
hahaha.

snorkeling di sini, sendiri sendiri
takda abg pulau penyelamat macam di perhentian.
jadi tak boleh la eksen tak pakai life jacket.

paling menarik yang dijumpa,
ikan macam kasut sukan.
tapi takda gambar sebab takda kamera.

nak ambik cameraman dalam air, 
mahal.
200,000 rupiah.

sebelum snorkeling dibawa tengok tempat penyu yang dijaga sebelum dilepaskan ke laut semula.



snorkeling time!
2 orang kami kami yang tak pandai berenang.
miahaahha.







berenang renang sampai hitam
mencuci mata menengok minah salleh juge
dan ikan ikan yang di kata sorang minah salleh: seperti berenang di dalam akuarium.

sampailah berasa lapar.
dan capek.

naiklah semula untuk makan siang.

makanan siang memang tak pernah mengecewakan.
kali ni kami kami memang sangat waaa waa waaaa.

sampai ada omputeh lalu,
dikata kami kami ni berkenduri.

patut ni ada lagi 1 pinggan. sayur tatau nama kailan ke sawi ke ntah.
semua lauk ni sedappp.
lagi lagi udang tu.


siap makan,
berjalan jalan naik basikal pulak.

satu basikal 50,000 rupiah.




naik basikal keliling pulau terasa macam dalam drama korea Full House la pulekk.

si esah kan,
sebelum ke sini
mimpi jumpa Yong Hwa di Lombok.
err errr.
Yong Hwa celah mana ntah.

yang dijumpa ini sajelah.
penjual air kelapa
20,000 rupiah.



dikatanya si esah kacak juge si kelapa ni.

err errrr
tidaklah dapat menandingi si sepet di Malaysia
omnomnomnomnommm.
(mengada)





perjalanan berbasikal tak habis keliling pulau sebab Pak Taufek kata pukul 3 mau balik daratan.

jadi,
baliklah kami ke daratan.
sampai di Pelabuhan Bangsal, disuruh membasuh kaki.
kami kami jakun menengok perigi. dan tempayan air yang diguna untuk basuh kaki tu.


kemudian,
dibawa pula ke Hutan Pusuk, melawat sedara mara katanya.




dalam perjalanan, 
Pak Ma'un beli kuih bantal.
rasa macam lemang, tapi ada kacang, ada pisang di dalam.

bau seperti lepat. sebab balut dengan daun pisang.

sebelum balik ke hotel,
dibawa ke tempat membeli ole-ole untuk teman-teman di Malaysia :)

haaa,
habislah trip hari kedua.

malam tak keluar.
sorang sebok bercinta
sorang sebok tengok Indiana Jones lagi.

dan tido.

||| akan bersambung |||












No comments:

Post a Comment