Monday 16 April 2012

hari pertama selepas dua minggu bercuti..

hari pertama selepas bercuti, takde apa yang beza. sampai2 dah terus capai fail untuk buat balasan kepada pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan balas (apakah itu? adakah seperti membalas dendam? :P ) haha.

aku dok la berangan, hari pertama ni mesti rilek2, boleh la aku siapkan bil s&p aku yg dab berkulat agaknya tak siap2 lagi (agent dah call aku pulak tu tadi, macam tau2 je aku dah habis cuti).. so kena la aku work on it jugak dalam minggu ni.. hari ni tak dan la.. bos tetiba hari ni mata duitan agaknye, nk siapkan bil kat client..

ok, cerita aku nampak agak boring.. haha.. aku tatau nak cerita apa, tapi aku terasa nak menaip.. dari dulu, aku selalu rasa nak ade diari (mcm comel je ade diari) tapi, bile nak tulis, mesti takde ape nak ditulis.. hilang ingatan ke ape aku ni ntah.

disebabkan aku sekarang tengan dalam limbo period, so aku tak boleh pegi court.. kurang la pendapatan aku bulan ni sebab duit claim tak masyuukkk, tak boleh la poya-poya. aghhh (tarik2 rambut tanda stress).

tapi, aku mendapat satu panggilan telefon dari bos3 suruh aku pegi court.. mak aihh.. aku siap pakai tudung kale UNGU kot. Blazer siap dah simpan dalam gerobok baju lagi. maka, hehe.. inilah masanya untuk membuli budak chambering yang lain..heee..

tapi, disebabkan aku ni baik, aku teman jugak la die pegi court, siap tunggu luar bilik PKP lagi.. baiknye akak seniorrr ni... (masuk bakul angkat sendiri) haha.

lepas ni, aku akan pindah pegi ofis bawah, naik pangkat la konon.. ecehhhh.. semoga kehidupan aku di bawah lebih aman da damai.. huu.

maka, aku mempersembahkan, gambar2 tempat aku sekarang..--ni gambar ni aku ambik lama jugak la, tp takde ape yang berubah sangat pon, either kemas ke sepah je..heee..

 tadaaaaa... inilah meja aku selama hampir 7 bulan
(2-3 bulan terawal dulu takde meja mcm ni lg)

 siap ade daily planner tau :)

ini pulak antara fail-fail yang aku tolong apa-apa yang patut, dan yang aku selalu attend case management..
sekarang dah makin bertambah, sampai runtuh2..
(yang ni gambar time bersepah, aku dah kemas tapi tak jumpa gambar yg dah kemas.hee)

ofis aku takde air-cond sebab kami adalah pencinta alam.. GO GREEN bebehh!! haha. tapi tempat aku special sebab ade kipas memang betul2 tuju kat aku.. haha.. dan tempat aku paling strategik sebab kadang-kadang aku boleh curik-curik tido kalau tahap tak boleh fikir sangat dah. Antara orang yang berebut nak duduk tempat aku adalah:

inilah dia orangnya.. CIK IDA YANG KURUS.. haha













Dulu, ade sorang ni pon suke dudok tempat aku bila aku takde.. betapa best nye tempat aku tu..haha.. tapi sekarang die dah berenti kerja sebab sambung belajar demi mengejar cita-cita untuk menjadi seorang peguam jenayah.. huuu.. Dia ialah:
cik umi yummies.. auwww.. tak tahan i tgk gambar u makcik..haha

haha, makcik-makcik berdua ni la orang yang suka sepahkan meja aku..haha.. (kepada makcik Ida dan makcik Umi, glamour u olls tau hari ni) haha..

ok lah, dah malam, nak membersihkan diri, menunaikan ibadat, dan tidur zzzz. hee. good nite Malaysia :) 

pesanan terakhir: semoga hari esok lebaih baik dari hari ini. 

No comments:

Post a Comment