Sunday 15 April 2012

di pagi ahad..

SELAMAT HARI AHAD kepada semua warga Shah Alam, dan juga warga Kampung Seri Tiram Jaya [ya, aku berasal dari kampung ini, yg terletak di daerah Tanjung Karang :)]

aku tak tau nak tulis ape, dan tak tau ape motif aku buat blog. tp, memandangkan, beberapa hari ni aku dok bace blog je (cuti la katekan..haha), so aku rasa mcm aku pon nak membebel dalam blog jugak..
last week aku dok baca blog kawan aku, cik intan si doktor gigi.. sebenarnya sebab aku ade hajat nak pegi scalling gigi cuti ni, tp ttb out of budget sb aku dok seronok sangat shopping (padahal takde la byk pon aku shopping, mane ntah duit aku pegi). lepas tu, aku dok bace blog sorang ni, aku tak kenal die, tapi sb ade org share kat fb pasal blog die, so aku pon dok la bace blog fatin liyana ni. mmg mengisi masa yg terluang sungguh aku ni kan.. -di samping cuba untuk melupakan satu peristiwa pahit dalam hidup (T.T) --dapat result SPM corot pon tak terasa pahit mcm ni tau..huu

selain itu, aku pon bukan jenis suka sgt ambik gambar. jadi, harus la blog aku ini akan menjadi sgt boring dengan hanya tulisan2 sahaja kan (monolog dalaman: hoi cik bidadarijahat, ko ingat semua orang suke membaca mcm ko ke?--erk, aku rajin membaca ke weh??). tiba-tiba aku teringat sorang kawan aku ni, kalau dengan die, mst akan ade je gambar baru di upload ke fb.. huu.. aku rasa dalam album aku, paling banyak gambar adalah gambar dengan die :P

inilah kawan aku yg suke mengambil gambar.. comel kan die..

antara beberapa gambar kami berdua:

ni masa kitorang celebrate berakhirnya zaman kegelapan kami sebagai chambering student (apekah itu? nnt i story morry laen entry ye)

ni gambar lama. zaman degree lagi.. pura-pura rajen la sebab nak snap gambar kan..haha
ini pulak masa kami pergi talk bersama-sama.. pegi talk sebab nak cukupkan syarat je. bukan dengo pon.. (sibok bergossippp)

esok kawan aku tu dah start keje kat AG (Jabatan Peguam Negara).. kalau dulu almost setiap hari aku dan dia akan sms, mengumpat dan menyatakan ketidakpuasan hati dan apa-apalah yg jadi kat ofis sepanjang zaman chambering (selepas ini dinyatakan sebagai zaman kegelapan), so lepas ni, mungkin jalan cerita dan umpatan kami akan berbeza genre, ataupun, mungkin dia akan sgt sibuk sampai tak smpat nak sms aku lg.. sob3. btw, TAHNIAH kepada kawan aku tu yang bernama HANI :) bukan senang tau nak masuk AG ni.. diinterview oleh ketua hakim negara.. aghhh.. aku tak mempunyai confident level setinggi itu..

aku memang suka membebel, especially kalau aku tak puas hati pasal sesuatu tu.. kalau aku diam tu, jgn la suruh aku bercakap sb nnt aku akan membebel dengan sangat dahsyat :P seram tak dengar?? haha.. kawan yg selalu jadi mangsa aku membebel adalah... jengjengjeng.. MASTURA.. tapi kalau aku letak gambar die, mesti die marah, sebab die ni tak suke kan publisiti.. adoii,, tak boleh jadi artis la ko ni mas.. (memang die tak nak jadi artis pon, die nak jadi aktuari suatu hari nanti kalau diizinkan Allah.. Amin, semoga dia berjaya di masa akan datang) huu..

ok lah, aku nak pegi rumah Kak Nyah dan Abang Dan ni (kakak dan abang ipar Mas) sebab mereka masak nasik lemak.. yahoo.. ade sarapan sedap la hari ni.. kalau tak mesti sarapan aku gabung terus dengan lunch.. :P

esok dah isnin, dah kena start kerja.. semua kat ofis tu mcm tak sabar-sabar je nak buli dan perah keringat aku, asyik tanya bila cuti aku nak habis, padahal masa tu baru minggu pertama aku cuti.. ish3.. rindu bebeno mereka kat aku agaknye ye.. semalam singgah ofis, siap ade pesanan dari bos3 " pegi la balik berehat puas2 sebelum saya lanyak aimi".. aghhhh... tekanan emosi aku. lepas tu, beberapa jam kemudian, bos2 pulak call, berikut adalah dialog antara aku dan bos 2:
Bos 2:          aimi bile masuk ofis ye?
cikbidadari:  isnin.
Bos 2:          haa, cantik la tu, ada satu fail tu (nama fail adalah dirahsiakan), kena reply pembelaan..
cik bidadari: aikk?? tak reply lagi dari hari tu?
Bos 2:          belum la cik aimi. so isnin nanti aimi tolong buat la ye, kes tu hari selasa..
ape lagi jawapan yg aku boleh bagi selain ok kan.. sebelum ni sepanjang percutian aku, boleh la aku dengan eksen nye jawab, 'saya kan tengah cuti' hahahha.. apela. aku kan cuti, kacau je.. so, aku kene rehatkan otak la hari ni untuk hari esok dan seterusnya..huu.. dah la cuti ni demam, ade tragedi buruk pulak.. hmm. malang betul nasib aku (T.T) takpela.. setiap yang jadi mesti ada hikmah dan Allah lebih tahu kan.. huu

ok, nak bersiap. babai.

2 comments:

  1. 1998 Volvo S90 AC Compressor
    Thanks for sharing, very informative, nice one, I like to hear more

    ReplyDelete
  2. 1998 Volvo S90 AC Compressor
    Thanks for sharing, very informative, nice one, I like to hear more

    ReplyDelete