Saturday 1 June 2013

SYIRA is getting married!

hai,
assalamualaikum.

hari ni berakhirlah cuti tanpa gaji aku.
takut pulak nak masuk ofis lepas buat perangai entah hapa-hapa.
ok, abaikan.

malam ni dak ecah tido rumah aku sebab esok lepas subuh nak gerak pegi Melaka.
SYIRA nak kawen esok!

excited!
orang lain yang nak kawen tapi aku yang excited.

best kan  tengok orang kawen.

aku suka tengok orang kawen tapi aku lagi suka part makan free.

apasal syira kawen dulu sebelum aku??

syira jumpa bakal suami dia masa dia join program anak angkat.
tula, aku malas nk join aktiviti kemasyarakatan siapa suruh.
padan muka!
tapi, dak hani pon join jgk aktiviti kemasyarakatan tu, tapi dia sama je dengan aku tak laku lagi.
kihkihkih.

syira is one of my best friends masa dekat uitm.
dia garang.
suka cubit orang.
kuat membebel.
cerewet.
kuat komplen.
tapi dia pandai.
walaupun tulisan dia tak cantik.
aku dengan hani selalu fikir mcm mana lecturer boleh baca tulisan dia ni.
syira dalam kelas kuat tido.
selalu tak habis salin nota.
lepas tu gelabah pinjam nota orang lain nk fotostet.
nanti dia akan kata:
cantiknya nota awak. cantiknya tulisan awak. kena pinjam ni nak fotostet.

aku selalu gaduh dengan syira.
almaklumlah, dua-dua kepala hangin.
lepas tu nanti aku akan mengadu dengan Hani.

aku tatau syira ngadu dekat siapa. wanee kot?
tapi aku rasa lepas dia ada boifren mesti dia ngadu kat boifren dia yang kitorang panggil awan.

masa si syira ni awal2 bercinta aku rasa macam nk pukul je apasal susah sangat nak mengaku.
ntah apa-apa ntah syira.
bajet artis sangat kan.

syira ni cantik. cuma dia selalu pakai tudung herot-herot.
aku pon tak faham apa masalah tangan dia tu.
aku harap tudung dia masa kawen esok tak herot berot.

lecturer aku nama john chua selalu puji gigi syira.
putih.
syira pakai fresh & white.

syira ni takla sopan sangat macam perempuan melayu terakhir.
dia lembut tapi degil.
kadang-kadang dia gelak jugak tak sopan.
dah la tu kuat makan pulak tu.

dia suka kata aku ni 'senget'
"mi, senget la awak ni"
padahal dia tak tau ke dia tu mereng sebenarnya. gila.


secara jujurnya, dalam ramai-ramai kawan aku ni, syira la orang yang paling aku banyak bertekak.
tapi bak kata mas, gaduh-gaduh pon tu jugak kawan aku. haha.

syi, i miss u!

oh, lagi satu, syira ni dia susah sikit kalau orang kalahkan dia.
nanti dia mula la start membebel blablabla.
jadi kalau aku dapat markah tinggi dari dia aku tanak bagitau dia.
persoalannya..
pernah ke aku dapat markah tinggi dari dia??
jap aku fikir....
macam tak pernah je..
dia tu pandai, aku pulak jenis malas. selalu fail. hahaha. test pon fail. betapa otak udangnya aku.

zaman belajar dulu, seronok je.
aku ingat lagi masa tu bawak juara pegi uitm.
angkot la mereka-mereka semua ni,
lepas tu masuk uitm pak guard tahan cakap lebih muatan.

bila dah ada viva tu, pon sama jugak.
angkot la mereka-mereka semua ni.
dan.. syira yang kurus kena duduk tengah kat belakang. hahaha.

aku tak banyak gambar masa belajar dengan syira sebab masa dulu takde telefon ada kemere canggih.

dak hani yg selalu ambik gambar tapi aku tak boleh cilok gambo dia sebab dia private.
aku rasa hani ni risau orang ngorat dia kot tu dia private. haha

takpon, dia risau orang tu nak ngorat dia tapi ttb nampak gambar kawan-kawan dia yang lain especially aku la kan yang comel bermata sepet ni, ttiba tak jadi mengorat dak hani.
ahahahha.
mesti hani marah dengan statement ni. kihkihkih.

ada beberapa perangai syira yang mana aku tatau nak explain dengan tulisan..
tapi aku dengan dak Hani dah mmg kenal la.

syi,
sorry semua salah silap, termengumpat termengata terbuli ter ter ter yang lain lagi la.
lagi-lagi tergelakkan awak pasal kejadian serkop.. sampai hari ni orang gelak lagi.

orang doakan awak bahagia dengan awan.

awan,
kau jaga syira elok-elok ok.

nanti kitorang datang Johor bawak kitorang pegi legoland okei.

selamat menjadi isteri syira.
semoga menjadi isteri solehah.

i lap u!

hani#SYIRA#kak asma#odah
cikbidadari#wanee#dayah#fith

inilah syira duta fresh & white






ada orang kata aku ni cuma ada 2 kawan je.
heloooooo..
macam dia je ada ramai kawan kan.
ngehhhh!

nak kena tido dah la. esok nk drive.
babai.
assalamualaikum.
jangan lupa baca doa tido.

syira,
selamat pengantin baru.

------------------------------------------------------------------------
ini lagu tema ecah bagi kat aku.
sempena, tak setaraf.


ecah kata:
janganlah yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran.

aku tak kejar dan aku tak kendong.
jadi takde apa nk dirisaukan.
haha.
ok, bai.


nota kaki:
perasaan siap assignment awal adalah sangat seronok.
kalau tak emsti sekarang ni aku tengah tonggang tonggek lagi siapkan.









1 comment: