curik tulang time!
aku tengah malas.
sel-sel otak tak dapat berhubung.
mungkin sebab jerebu.
tapi sebenarnya sebab aku yang memang malas.
merujuk kepada tajuk di atas,
aku no komen!
bapak aku kata, zaman sekarang redah aje.
mana ada dah perigi dan timba.
yang ada cebok dan kolah je.
tu pon ramai dah guna shower je kan sekarang.
tapi,
walaupun kolah mencari cebok ke,
perigi mencari timba ke,
harap-harapnya masih la menyimpan nilai-nilai estatika yang sepatutnya kan.
(nilai estatika la sgt aku pon tatau apa maksud estatika tu mende entah)
pada aku,
senang dapat senang tinggal.
aku memang suka bersikap dan berfikiran prejudis.
harap maaf.
tapi,
aku pon nak kata,
tak salah berusaha.
kita kan memang digalakkan berusaha.
atleast,
kita dah usaha.
dapat tak dapat tu perkara no 44.
dari tak cuba, lopong je la kan.
kihkihkih.
kepada kawan-kawan aku yang dok jual mahal sangat tu..
udah-udah le tu, kulit muka korang bukan tegang lagi pon.
hahaha.
jangan la berharap korang jumpa lelaki melayu yang macam lelaki korea yang korang tengok dalam drama tu.
mimpi je la wehh.
kembalilah ke alam realiti.
tapi, harap-harap jgn la sampai jatuh kepada tahap perasan sorang-sorang.
(nasihat kepada diri sendiri jgk la ni)
post ini adalah sempena,
hari tu aku otw balik rumah, lepas tu tiba-tiba tersedar aku dah 26 tahun depan dah 27.
erkkk. ada 2 tahun lagi je tinggal.
aku nak cerita, Rabu eh Khamis lepas aku tertarik dengan satu video ni.
aku dah lama dengar pasal matlutfi ni.
tapi aku tak pernah minat nak tengok sebab aku takda masa dan malas sebenarnya.
tapi yang ni aku tengok la, sebab aku kan banyak masa lapang minggu ni.
haha.
sebab ramai orang share kat fesbuk jadi aku pon tengok la..
dan tengok yang lain-lain jugak.
interesting la jugak sebenarnya.
inilah video tersebut.
aku setuju dengan dia.
apa yang aku dapat katakan,
nak berubah tu memang senang. tapi nak istiqamah tu yang payah.
memang betul semuanya daripada diri kita sendiri.
tapi, yelah, kita ni manusia yang lemah, syaiton yang direjam ada di mana-mana.
contohnya,
kalau kita nak ajak seseorang tu, untuk melabuhkan tudung.
gunalah pendekatan yang lembut.
hadiahkan brooch yang cantik kat dia ke kan, boleh dia pin tudung dia.
kalau kau nak girlfren/isteri korang pakai tudung,
belikan la dia tudung cantik-cantik.
aku pernah terbaca blog sorang laki ni yang ambik gambar-gambar perempuan yang dikatakan konon berbaju tapi bogel.
aku tau niat dia nak bagi kesedaran.
tapi tu bukan cara yang betul.
lagi lagi ada pulak komen-komen yang berunsurkan 18 18.
kan tak baik membuka aib orang. tak tutup pulak tu muka org dalam gambar tu.
aku tak kata aku baik.
saja je nak share video ni.
ok.
(sebenarnya ni aku taip jumaat malam tapi lepas tu tertido tak post.)
hari ni dah ahad esok dah kena kerja dan malas.
babai semua.
-------------------------------------------------------------
lagu tema:
takut pulak nak masuk ofis lepas buat perangai entah hapa-hapa.
ok, abaikan.
malam ni dak ecah tido rumah aku sebab esok lepas subuh nak gerak pegi Melaka.
SYIRA nak kawen esok!
excited!
orang lain yang nak kawen tapi aku yang excited.
best kan tengok orang kawen.
aku suka tengok orang kawen tapi aku lagi suka part makan free.
apasal syira kawen dulu sebelum aku??
syira jumpa bakal suami dia masa dia join program anak angkat.
tula, aku malas nk join aktiviti kemasyarakatan siapa suruh.
padan muka!
tapi, dak hani pon join jgk aktiviti kemasyarakatan tu, tapi dia sama je dengan aku tak laku lagi.
kihkihkih.
syira is one of my best friends masa dekat uitm.
dia garang.
suka cubit orang.
kuat membebel.
cerewet.
kuat komplen.
tapi dia pandai.
walaupun tulisan dia tak cantik.
aku dengan hani selalu fikir mcm mana lecturer boleh baca tulisan dia ni.
syira dalam kelas kuat tido.
selalu tak habis salin nota.
lepas tu gelabah pinjam nota orang lain nk fotostet.
nanti dia akan kata:
cantiknya nota awak. cantiknya tulisan awak. kena pinjam ni nak fotostet.
aku selalu gaduh dengan syira.
almaklumlah, dua-dua kepala hangin.
lepas tu nanti aku akan mengadu dengan Hani.
aku tatau syira ngadu dekat siapa. wanee kot?
tapi aku rasa lepas dia ada boifren mesti dia ngadu kat boifren dia yang kitorang panggil awan.
masa si syira ni awal2 bercinta aku rasa macam nk pukul je apasal susah sangat nak mengaku.
ntah apa-apa ntah syira.
bajet artis sangat kan.
syira ni cantik. cuma dia selalu pakai tudung herot-herot.
aku pon tak faham apa masalah tangan dia tu.
aku harap tudung dia masa kawen esok tak herot berot.
lecturer aku nama john chua selalu puji gigi syira.
putih.
syira pakai fresh & white.
syira ni takla sopan sangat macam perempuan melayu terakhir.
dia lembut tapi degil.
kadang-kadang dia gelak jugak tak sopan.
dah la tu kuat makan pulak tu.
dia suka kata aku ni 'senget'
"mi, senget la awak ni"
padahal dia tak tau ke dia tu mereng sebenarnya. gila.
secara jujurnya, dalam ramai-ramai kawan aku ni, syira la orang yang paling aku banyak bertekak.
tapi bak kata mas, gaduh-gaduh pon tu jugak kawan aku. haha.
syi, i miss u!
oh, lagi satu, syira ni dia susah sikit kalau orang kalahkan dia.
nanti dia mula la start membebel blablabla.
jadi kalau aku dapat markah tinggi dari dia aku tanak bagitau dia.
persoalannya..
pernah ke aku dapat markah tinggi dari dia??
jap aku fikir....
macam tak pernah je..
dia tu pandai, aku pulak jenis malas. selalu fail. hahaha. test pon fail. betapa otak udangnya aku.
zaman belajar dulu, seronok je.
aku ingat lagi masa tu bawak juara pegi uitm.
angkot la mereka-mereka semua ni,
lepas tu masuk uitm pak guard tahan cakap lebih muatan.
bila dah ada viva tu, pon sama jugak.
angkot la mereka-mereka semua ni.
dan.. syira yang kurus kena duduk tengah kat belakang. hahaha.
aku tak banyak gambar masa belajar dengan syira sebab masa dulu takde telefon ada kemere canggih.
dak hani yg selalu ambik gambar tapi aku tak boleh cilok gambo dia sebab dia private.
aku rasa hani ni risau orang ngorat dia kot tu dia private. haha
takpon, dia risau orang tu nak ngorat dia tapi ttb nampak gambar kawan-kawan dia yang lain especially aku la kan yang comel bermata sepet ni, ttiba tak jadi mengorat dak hani.
ahahahha.
mesti hani marah dengan statement ni. kihkihkih.
ada beberapa perangai syira yang mana aku tatau nak explain dengan tulisan..
tapi aku dengan dak Hani dah mmg kenal la.
syi,
sorry semua salah silap, termengumpat termengata terbuli ter ter ter yang lain lagi la.
lagi-lagi tergelakkan awak pasal kejadian serkop.. sampai hari ni orang gelak lagi.
orang doakan awak bahagia dengan awan.
awan,
kau jaga syira elok-elok ok.
nanti kitorang datang Johor bawak kitorang pegi legoland okei.