Sunday 9 December 2012

lelaki boleh kawen empat!

Selamat Hari Ahad :)
Assalamualaikum & selamat sejahtera semua..

dah lama tak meng-update.
kekangan masa kerana sibuk mencari rezeki untuk anak-anak.
almaklumlah, nak bukak sekolah tahun depan.
nak kena beli baju sekolah, beg sekolah pon nk tukar baru yang ada gambar boboiboy.
bos pulak takde nak umum dapat bonus pulak kan.

kalau aku balik kerja awal pon, aku balik, pegi makan, sampai rumah terus tido. malas aku nk buat apa-apa dah.
(tido tak mandi dah jadi habit sekarang. ish3. teruk betul perangai)

baiklah,
entri ini adalah bersempena cerekarama TV3 semalam (tajuk:cinta dari syurga) dan juga perbualan dengan bos besar pada hari Jumaat lepas.


kalau aku kata aku ni anti-poligami,
nanti berdosa pulak aku sebab poligami itu kan sunnah Rasulullah S.A.W.

tapi, secara jujurnya, aku memang tidak berfikiran positif terhadap poligami.

alasan:
aku tak rasa lelaki-lelaki Malaysia yang kawen 2,3,dan 4 di Malaysia ini adalah kerana niat untuk membantu seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dulu.

semua yang aku tengok adalah kawen sebab nak dapat yang muda, yang cantik, yang kurus (sebab bini tua dah berketul-ketul lemak badannya di sana-sini).

kalau alasan bini kau tak boleh bagi kau anak,
aku boleh terima, tapi, bukan bermakna bini kau yang tak boleh bagi kau anak tu kau boleh perkotak-katikkan begitu saja.
paham?
tapi kadang-kadang aku tengok anak dan 4-5 orang pon kau miang keladi jugak.

ok, aku memang emo bila cakap pasal poligami.
sila maafkan aku.haha.

satu perkahwinan bukanlah untuk kerja-kerja di atas katil sahaja.
dan kepada lelaki,
kau kawen bukan sebab nanti ada bini kau tolong masak, tolong basuh baju-baju kau termasuklah seluar kecik semua tu, dan malam-malam kau suruh bini kau layan atas katil pulak.

lepas tu, bila rasa bini kau dan mula berkedut, berlemak-lemak sana sini,
kau mula rasa boring.
tiba-tiba ada pulak satu minah gila hottt baru masuk kerja dekat ofis kau kan, takpon yang ko jumpa tepi jalan masa makan dekat gerai pon boleh laaa.
mula la kau menggataiiii nk try market ko kan.
grrrrr.
masa ni mula la lupa anak bini dekat rumah.

bila bini nak pegi spa, buat facial, nk pegi london weight management, kau kata membazir pulak kan. tapi kau melabur dekat perempuan lain, kau kata pelaburan.
wowwiee!
memang patut dipuji!

Lelaki menang boleh kahwin empat.
tapi tapi tapi...
lelaki selalu lupa kan yang mereka kena lah berlaki adil terhadap setiap isteri.
mampu ke?
dari segi batin mungkin la kau mampu kan sebab itu la pon sebab kau kawen lagi, lagipon kau boleh minum tongkat ali kan.
dari segi zahir?
kalau mampu, bagusla.

dan kepada wanita:
mungkin lelaki orang itu telah ditetapkan untuk menjadi jodoh kau kan.
siapalah kita untuk melawan takdir.
jodoh pertemuan di tangan Allah.
aku sendiri pon tatau la dengan siapa jodoh aku nanti.

kang aku pung pang pung pang tak suka poligami, tapi tiba-tiba jodoh aku dengan Dato'K ke kan. haaaa, jadi madu Siti Nurhaliza. kelassssss kan!!!

tapi, kalau kau tu bermadu, berkongsi kasih dengan orang lain,
bawak-bawak la sedar diri. jangan nak tamak haloba sangat.

kalau laki kau tu suka sangat balik rumah kau sampai lupa bini yang tua tu, kau pon memainkan peranan untuk mengingatkan laki kau tu.
kau nak tengok laki kau jalan terdengkot-dengkot dekat akhirat nanti?

ini tidak, kau la dalang segala-galanya kan.
asal sampai turn 'kakak' kau, kamu mula merengek macam baby tercekik mengada-ngada nak itu nk ini dari laki kau.
ohh pleaseee!

tapi, aku masih berpegang kepada pepatah
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
kalau laki orang tu menggataiii dengan kau, dan kau adalah memang tau dia dah berbini dan beranak pinak, kau pon layan ulat bulu tu buat hapa??

tak baik tau berbahagia atas kesedihan & kesengsaraan orang lain..


kepada madu tua:
kalau laki kau mula cari yang lain,
mungkin kau pon patut cermin diri dan berfikir, apa kekurangan diri kau.
kau malas masak?
dekat rumah kau tak sikat rambut sampai rambut kembang lalat masuk pon tak jumpa jalan keluar?
atau kau ni kuat sangat membebel? hahaha.

tapi, kalau mcm cerekarama malam tadi tu,
aku memang rasa nak pukul je lelaki tu dengan payung!

kesimpulan,
madu itu memang manis.
tapi, hidup bermadu itu mungkin tidak semanis madu.
sebab sekarang ni pon kan banyak madu tiruan.



(gambar hiasan-curi dari blog aku tak ingt nama apa. sorry tuan punya blog)


ingatlah,
wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki
bukan daripada kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindungi
dekat jua di hati untuk dikasihi.



pasal kejadian dengan bos besar pulak adalah berkenaan tanggungjawab seorang isteri yang kena memasak untuk si suami dengan penuh ikhlas.
(sempena masa tu tengah makan nasik lemak)

iyolah tu.
bila lelaki mencari calon isteri,
kena pandai masak.
menjaga suami dengan menjaga perutnya la konon.

tapi,
lelaki yang kena dijaga perutnya ni betulke boleh ke menjadi imam kepada si isteri?

lagi-lagi kalau dpt yg macam aku yang sangat cetek hal agama & perengus ni. haha.

satu statement yang terkeluar dari mulut aku telah menimbulkan kontroversi dan akibatnya kena la mendengar khutbah mini sekejap.

statement tersebut adalah:
"lelaki bila dah kawen makin terurus, tapi perempuan bila dah kawen makin tak terurus"

aku tau mesti ada ramai yang akan membangkang statement aku ni.
tapi aku cuma bercakap dari pendapat aku dan hasil pemerhatian aku yang selalu sangat tengok drama melayu kat tv3. heee.

aku bukan anti-perkahwinan.
siapa taknak kawen, salah satu nikmat hidup di dunia tu.
hoho.

tapi, mungkin aku belum bersedia dan aku tak dapat imagine mcm mana nk menguruskan kehidupan selepas alam perkahwinan.
aku cuma dapat bayangkan keserabutan.
haha.

kena bangun awal.
gosok baju laki, gosok baju aku pulak lagi.

kena siapkan serapan pulak
padahal selama ni aku serapan pon idok, terus ke lunch, kadang2 terus jadi dinner okei!

lepas tu pegi kerja, siapkan kerja, kena siapkan dengan seberapa cepat dan seberapa banyak kerja sebab jarum jam pendek kat pukul 6, jarum panjang dekat pukul 12 je dah kena balik rumah.

kena singgah beli ikan la pulok,
sampai rumah nk kena siang ikan lagi, siang sayur lagi.
masak pulak...
selama ni aku balik kerja dah malam terus makan kedai smpai rumah terus tido :P 

tu belum lagi kalau baju kotor dekat raga dah bertimbun, nk kena cuci, nak jemur lagi.
(akan ku mintak mesin basuh otomatik,tak pedulik!) 

dan lain-lain lagi lah malas nk tulis dah.
nanti lagi banyak aku tulis lagi la obvious yg aku ni bukan calon menantu & isteri pilihan.
haha.

elehhhh..
nak kata aku bukan calon isteri pilihan kau tu calon suami pilihan sangat ke?

ngehhhh.

okeila.
nak fokus tengok bola.

**apa yg aku cakap di atas cuma pendapat kosong aku saja takde kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada**

****************************
hari berjaya siapkan 1 kerja yang dah lama patutnya aku buat tapi sebab aku tak suka kes tu, jadi malas gila nk siapkan. padahal senang gila.

satu lagi kerja untuk disiapkan
mujo selasa cuti.
weehuuu!




No comments:

Post a Comment