Thursday 13 December 2012

jodoh pertemuan di tangan Tuhan

Assalamualaikum.. Assalamualaikum..
kepada mereka yang beriman jawablah Waalaikumsalam.

12.12.12

ramai yang pilih tarikh ni unt hari bahagia.
kahwin
melahirkan.
dan lain-lain lagi.

diharap semuanya baik-baik sahaja dan gembira hari ini.
jangan lupa ucapkan Alhamdulillah kerana diberikan peluang untuk kita hidup di dunia yang sementara ini.

ecehh, pandai je aku cakap kan padalah sepanjang siang ni asyik dengan kerja-kerja dunia.
ish ish ish.

hari ni, seseorang yang aku kenal dah pon selamat bernikah.
congrates!
semoga dirahmati dan semoga bahagia dunia & akhirat.

tak sabar nak tengok gambar dia sebab aku tau dia mesti akan nampak sangat cantik.

disebalik cerita sang putera dan puteri ini,
tiba-tiba (sebenarnya tak berapa nak tiba-tiba sangat la)..
aku teringat kepada seorang lagi puteri yang terpaksa membawa hati..

tapi apakan daya,
manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
mungkin si puteri yang membawa hati ini bukanlah daripada tulang rusuk si putera.
semoga si puteri ni akan berjumpa dengan yang baik untuk dirinya.

aku sendiri penah tengok betapa gembiranya dia masa zaman percintaan dia dgn sang putera..
dan aku sendiri tengok betapa sedihnya dia masa zaman putus cinta dia dgn sang putera.
masa tu mungkin aku marah.
dengan sang putera yang aku anggap tak setia dan mempermainkan perasaan orang lain.
dan juga dgn sang puteri yang satu lagi tu sebab aku anggap dia sebagai perampas.

tapi,
bila aku mula kenal puteri yang satu tu.. aku mula sedar dan berfikir yang setiap orang ada kelebihan masing-masing.
dan aku tahu kenapa sang putera memilih puteri yang satu ini untuk menjadi suri hidupnya.

aku doakan semoga mereka bahagia.

itu bahagian mereka.
bahagian kita, kita pon tak tahu lagi kan.

memang susah nak lupa orang yang kita penah sayang.

dan sekarang adalah berdosa untuk aku ingat lagi sebab dia dah jadi laki orang.
hohoho.

kepada orang itu,
aku dah lama tutup buku.
aku dah maafkan tapi susah untuk aku lupakan.

walau sayang mana pon aku dekat dia satu masa dulu,
tapi dah memang jodoh.

apa yang penah jadi,
anggaplah cinta monyet.
cinta budak hingusan.
haha

masa tu pon baru 20 tahun kot!
dah miang sangat pasaii apa.
padan muka kau.

okeilah,
moral of the story:
tak payah lah kau nak bercinta sampai tahap tak hengat dunia.
haha

jodoh pertemuan di tangan Allah

aku nak kata yang ia adalah seperti rezeki yang memerlukan kita berusaha
tapi, sebab aku pon tak berusaha so aku tak layak nak cakap mcm tu. heee.

(sebenarnya aku dah pernah berusaha, tapi mcm tak menampakkan hasil)

kepada sesiapa yang pernah berusaha tapi aku tak berikan hasil mcm yang korang nak, i'm sorry!!!
haha. mungkin korang tak cukup berusaha :P
teruskan usaha lagi
(selamba je aku buat pernyataan perasantan ni kan. kehkehkehkeh)

lantak la. hidup kena confident!
confirm aku akan dicerca lepas ni. haha

baik, masa untuk mandi, lepas tu nak tido.

oyasuminasai.

*************************************
suka bila tengok pakcik & makcik, atuk & nenek yang still jalan pegang tangan.
terharu bila tengok ada suami yang sanggup jaga isteri walaupun sakit teruk dan tak dapat nak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.

gambar hiasan ini adalah sempena tadi buat bundle otorit dan tiba-tiba terjumpa page yang terfotostet dengan nota aku ni sekali.
hadoiii. ayu awat ko tak cek masa fotostet.
kalau Hakim jumpa entah apa dia fikir.
kalau bos besau jumpa pulak:
ada 2 kemungkinan.
1. kalau mood dia ok, dia gelak
2. kalau mood dia k.o, mesti kena bebel sampai pecah gegendang telinga. 

hahaha.











No comments:

Post a Comment