hai hai semua!
assalamualaikum.
esok dah isnin.
esok ada meeting.
M.A.L.A.S
huahuahuahaha
okeilah.
terus kepada motif utama aku malam ni.
aku nak jual 1 kasut.
tadaaa!
inilah kasut itu.
*sila abaikan iklan pada kotak*
WARNA:
hitam
SAIZ:
6
(sebenarnya kasut biasa aku pakai saiz 5. so siapa selalu pakai saiz 5 insyaAllah muat)
tumit tak berapa nak tinggi dalam 1 inch kot tu.
belakang tak bertutup so mendapat pengudaraan segar bebas dari bau kaki. hohoo
kalau perasan ada bendalah warna coklat dekat tapak kasut tu adalah aku yang letak lapik kasut (insoles) scholl konon nak bagi extra cushion sikit la.
cerita di sebalik kasut ini:
kasut ni aku beli sempena aku nak konvo dulu.
dulu tu tak berapa nak dulu sangat la.
Nov 2011.
almaklumlah, bila nk konvo kan kononnya kena pakai kasut yg atleast kena ada 1 inchi tumit kan.
aku yg skema ni pon gigih la carik kasut.
tadaaa.. sila fokus kepada kasut yg aku pakai. haha.
**padahal aku tau tak nampak sangat pon**
lepas konvo, aku pakai masa longcall pulak.
konon sempena hari bersejarah tu, pakai kasut cantik sikit la kan.
secara jujurnya, aku baru pakai kasut ni aku rasa maximum pon 5 kali je la.
1. masa konvo
2. masa longcall
3 & 4. aku penah try pakai pakai kasut ni pegi court.
sekali court MRCB, sekali lagi court Duta.
#tapi aku rasa tak sesuai langsung aku nak pakai kasut ni pegi court sebab aku tak boleh jalan laju-laju, lepas tu bawak fail berat pulak, kadang-kadang pulak aku bawak beg sekolah kat belakang. so macam tak cunnn je pakai kasut dah macam perempuan melayu terakhir dah, tapi tiba-tiba kendong beg sekolah macam kura-kura.. lepas tu tiba-tiba pulak jalan bersepah siap pakej nak terpeleot kan.. tak sesuaiiii#
yang ke 5: aku tatau la aku penah pakai kali ke5 ke tak. buat je la dah pakai 5 kali kan.
alasan kenapa aku nak jual:
sebenarnya lama aku nk fikir dan ambik keputusan nak jual kasut ni.
sebab aku suka kasut ni.
pada aku kasut ni smart, cantik.
(kalau korang rasa tak, mungkin selera kita berbeza)
aku jenis susah nk pilih kasut yg aku suka
(mastura selalu fed up kalau teman aku pegi carik kasut, padahal carik kasut warna hitam je pon),
dan ini adalah kasut yang aku suka sebab tu aku beli.
cuma,
alasan 1:
sebab dia ada tumit
dan aku adalah orang yang tak berapa nak reti pakai kasut ada tumit
(walaupun tumit dia ni takde la tinggi beno pon)
kasut aku semua flat sajo.
alasan 2:
daripada aku tengok je kasut ni tapi tak pakai-pakai,
nak pakai pon tatau bila, baiklah aku menjualnya kepada sesiapa yang berminat.
sekurang-kurangnya kasut ni sempat la berbakti kepada manusia sepanjang hayatnya kan kan kan.
teringat zaman sekolah rendah periksa UPSR dulu mesti ada kena buat karangan kehidupan sesuatu benda.
AKU ADALAH SEPASANG KASUT TUMIT TAK BERAPA TINGGI
(kalau aku ni jadi kasut tu mesti aku sedih sebab aku tak dapat berkhidmat seperti yang sepatutnya..)
(tapi kalau kasut ni jenis kasut berlagak mesti dia suka kan duduk je berehat-rehat dalam kotak tu lepas tu ejek kasut-kasut flat aku yang lain yang aku lanyak sampai tercabut tapak)
ok, aku dah termerepek!
alasan 3:
takda alasan lain.
memang 2 alasan di atas je sebab-sebab kenapa aku nak jual.
kasut ni memang dalam condition yang masih elok.
HARGA:
RM 30
sesiapa berminat boleh SMS: 0173378436
atau
email: aimishazwaniyaakob@gmail.com
sekian sahaja.
dah pukul 12+ so aku nk tido dah demi menjaga kecantikan kulit muka.
ececehhh. geli aku dengo.
selamat malas eh eh SELAMAT MALAM semua!
assalamualaikum.
tak jawab dosa.
semoga hari esok anda semua lebih baik daripada hari ini
(walaupun aku sebenarnya berharap hari esok pon cuti macam hari ni)