Sunday 5 August 2012

workaholic?

assalamualaikum :) 
dah lama tak update.
busy la konon. hee.

walaupun kita dah sampai separuh perjalanan berpuasa,
aku nak wish jugak:
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :)
tatau nak tulis apa.
sebelum ni aku ada macam-macam nak tulis,
tapi asal aku nak tulis je, aku buat benda lain.
tengok dejavu di kinabalu dekat tonton la,
main fesbuk la, lepas tu.. tido zzz. hee.

**tidur itu satu ibadah, dan juga adalah hak badan**

menurut Bukhari dan Muslim:
Nabi Muhammad SAW pernah berkata:
"Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk, hendaklah kamu tidur untuk menghilangkan rasa mengantuk. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk, kemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri". 

tapi,
aku rasa, apa yang aku tengah buat sekarang ni.. dah menafikan hak badan untuk mendapatkan rehat dan tidur yg cukup je :P hee

aku tatau la kenapa beberapa hari ni aku tak mengantuk.
maybe sebab aku dah tido kekenyangan, bangun pegi ofis sambung kerja, bila balik rumah, segar bugar la pulak.
insomnia!


owh, 
cakap pasal Dejavu di Kinabalu,
siapa tengok?? 
aku tengok!
dekat tonton aku baru sampai episod 16. sebelum ni tak sempat la nak tengok.
tapi bulan2 puasa ni dapat la aku tengok setengah jam akhir sambil-sambil makan buka tu.huu

episod akhir-akhir ni, especially episod hari ni (1.8.2012),
aku rasa macam nak tampar je perempuan nama Tira tu,
tak payah la nak sampai jadi gila sebab lelaki. hadoiiii.
tolongla!
ok, aku emo kejap. haha.

cakap pasal lelaki, kelmarin aku benci gila dengan sorang ni.
siapa?
ex.bf. haha.
berani dia ungkit cerita lama.
hoi! ko nak kena lempang ke nak kena sepak?
yang aku hangin satu badan tu,
dia kata semua salah aku.
wtfishhh!!!
helooo!!!
kau yg ada orang lain belakang aku tu ape kes?
yg tu pada ko tak salah la?
owh lupa! 
lelaki kan boleh kawen EMPAT.
ok, fine!
ok, aku emo sekali lagi.
tapi, pada aku, pakcik tu tak patut ungkit la.
benda dah 5 tahun lepas kot!
ko pon dah kawen, nak jadi bapak dah.
(dia yg cerita dekat aku ok, bukan aku ambik tau pasal dia atau stalked dia or whatsoever)

kenapa gambar Panda?
sebab dulu aku panggil dia panda. haha
gedikss sangat kan!
ngehhh!!

ok, tutup cerita kesah cinta yang kecundang ditengah jalan ni.
dah bukan jodoh aku dengan dia,huu.
lagipon, tu zaman budak hingusan lagi.
zaman cinta beruk mak yeehh lagi kot,
tolongla. haha.

i will forgive but i won't forget.
***********************************************
owh,
beberapa minggu ni,
aku kelihatan seperti agak gigih bekerja.
mengapakah?
adakah aku sudah buang tebiat??

haha.
banyak kerja pending.
bukan aku suka-suka nak datang ofis malam-malam, weekend.
nak harap weekdays siapkan semua, memang takkan la.
aku selalu cuba nak siapkan time office hour sahaja,
tapi, susah.huu.

segala di atas adalah ditaip pada 1.8.2012
hari ni, 4.8.2012.
heee. sebab hari tu tengah type, lepas tu aku tertido :P

ok, sambung semula.
tapi aku ada masa 15-30 minit je ni.
sebab aku nak kena buat research untuk hujahan aku.
siap je hujahan ni, aku nak maraton dejavu di kinabalu sampai lebam.
hahaha.

cakap pasal kerja,
aku tau kerja memang takkan habis.
memang duniawi semata-mata.
nak kata aku suka buat sesuatu kerja tu, tak la jugak.
tapi, aku terpaksa siapkanlah.
nanti aku yang disalahkan.
yela, orang lain kan bos.
dorang yang bayar gaji aku kan.
kita kena la buat sesuatu tu dengan ikhlas, barulah kerja yang kita buat tu menjadi ibadah.
tak gitu??

so,
jangan lah tanya aku soalan-soalan seperti berikut:
1) buat apa dekat ofis sampai malam?
2)kenapa rajin sangat datang ofis weekend? 
3)ada kerja apa nak buat?
4) ada ot ke kerja lebih masa ni?

atau soalan yang lebih keji:
5) ko saje je ke nak bodek bos nak tunjuk ko rajen?

helooo!
kalau boleh aku tanak pon dorang tau aku ada dekat ofis ok!
sebab nanti, elok2 aku datang nak siapkan kerja lain, kang dapat pulak kerja lain.
untuk soalan 1-4 di atas:
ya, memang takde OT. dan kalau aku datang ofis/stay sampai malam tu maksudnya memang ada la benda aku nak kena buat dan siapkan.
aku tak tahap gila meroyan lagi la nak duduk ofis saja2 takde buat apa-apa.
baik aku balik, pegi drive-tru mcd ke, lepas tu makan depan tv sambil tengok drama melayu dekat tv3.
aku bukanlah workaholic!

kalau korang tanya, kenapa aku kerja dekat sini,
biar aku jawab terus:
aku kerja sini sebab ofis ni memang best walaupun kadang-kadang aku stress dan fed up.
bos-bos memang baik 
plus, aku rasa, sorang bos aku tu memang best litigator!
so, aku rasa, aku memang nak belajar lagi la dari dia dengan harapan nanti aku dapat jadi macam dia, sampai aku dapat capai cita-cita aku nak jadi lawyer masuk tv. hahahahha.
seriously, ofis aku memang best!
time buat kerja memang la stress kan, mana-mana tempat pon stress.
cuba korang cakap kerja apa yang senang dan tak stress?
suri rumah pon stress sebab kena fikir nak masak apa hari ni, ikan apa nak beli, cukup ke duit laki aku bagi ni nak beli beras minyak susu milo etc etc.

pendek kata:
apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.
berdoalah semoga semuanya baik-baik saja :)

kadang-kadang kan,
kerja yang aku kena buat tu senang je, takde la susah pon,
tapi aku tatau la apesal kadang-kadang aku malas gile nak start.
contohnya hujahan yang aku nk kena buat ni.
dari minggu lepas aku nak buat dengan penuh semangat.
tapi bila asyik ada je kekangan, maka momentum aku dah berkurang.
sampai hari ni, aku dah sgt malas nak buat.
lagi-lagi bila dah ada dekat kg ni kan.
haha. alasan sangat kan.


tuka topic la.
ape kes cakap pasal kerja di hari sabtu.

tadi aku pegi sacc sebab nak beli donat yang dikirim oleh kanak-kanak rebina.
ramai gila orang pegi shopping!
tempat parking pon penuh.

maka, aku pun berfikir,
mereka yang shopping awal sangat
atau
aku yang abnormal sebab takde mood nak raya lagi?
 haihh..
2 minggu lagi nak cuti 1 hari la nak pegi cari baju raya.
boleh?
aman sikit pegi hari kerja ni kan :P

dalam hati berharap dapat bonus raya! huu..

time nak pakai duit beli baju raya, tudung raya, kuih raya..
time ni la duit tu menghala ke lain.
bateri kereta time ni la habis kena tukar, nak kena servis pulak dah ni..
adehhh..
dugaan ramadhan sungguh.

ok lah, aku nak mula buat hujahan sekarang. by malam ni kena siap dan emel dekat bos besar!
(sekarang ialah 5.8.2012, 9.40am) 
heee. lama gila nak siapkan 1 post ni.

tadi aku baru mimpi aku kena kawen paksa :(
nauzubillah.
tak nak!!!
walaupun lelaki tu nampak baik dalam mimpi tu, 
tapi.. tapi...
ahhhh..
mimpi kan cuma mainan tidur.

ok lah, 
babai.

lagu raya ini didedikasikan khas untuk anda semua termasuk diri sendiri.
(biar rasa sikit mood nak raya)


selamat bershopping raya! haha












No comments:

Post a Comment