Wednesday 31 October 2012

makan gaji

assalamualaikum shah alam!
apa khabar semua?

mulakan hari anda dengan senyuman :)


so, macam yang pernah aku cakap dekat entri sebelum ni, aku nk share dilema seorang pembaca metro ni pasal naik gaji.

ini adalah daripada artikel yang ditulis oleh Irfan Khairi, (Metro Ahad, 28.10.2012)
"Makan Hati, Makan Gaji"

soalan pembaca:

saya sudah 2 tahun bekerja makan gaji. bagaimana cara untuk meminta gaji lebih tinggi daripada majikan saya? sebenarnya saya bimbang jika saya tak akan dapat kenaikan gaji seperti yang diminta.

jawapan daripada irfan khairi yang dah di point form kan oleh aku:

meminta gaji lebih pastinya sesuatu yang memberikan tekanan.
mengapa kita perlu rasa takut dan ragu-ragu kalau anda rasa anda layak untuk kenaikan gaji tersebut? kerana ia seolah-olah anda tidak yakin nilai diri anda.
langkah yang perlu diambil:

1. tunjukkan hasil kerja terbaik dan tiada tolok bandingnya sehingga syarikat berasa mereka bergantung kepada skil dan kepakaran anda

2. timbulkan isu kenaikan gaji secara baik.
hasil kerja anda mencerminkan kenaikan gaji.

3. kalau anda berjaya dapat naik gaji, TAHNIAH
tapi kalau belum berjaya walaupun telah menunjukkan prestasi anda (sebab mungkin bos korang kedekut), jangan risau. teruskan kerja anda sebagai pekerja contoh.
tapi pada masa yang sama, mulakan usaha mencari tempat kerja yang baru.
mungkin ia akan mengambil sedikit masa tetapi mana tahu rezeki ada ditempat lain.
untung nasib, masa nak berhenti, boss offer gaji tinggi kan. -tapi masa tu anda kenalah buat pilihan.

itulah dia apa si irfan khairi ni bagitau.
saja je nk share.
aku pon teringin jugak nak naik gaji.
haha
tapi aku baru je kerja.
so tak layak lagi nk mintak gaji lebih ni.
lagipun, apa la sangat skill dan kepakaran yang aku ada kan. ---> bukti aku belum yakin dengan diri sendiri.
takpa lah, belum rezeki aku lagi. huu.

tapi mana tahu rezeki korang. nnt naik gaji jangan lupa belanja aku.
milo ais dengan roti telur pon boleh :)

tiba-tiba terasa lapar. mintak-minta makcik jual nasik lemak dekat shell tu bukak.
(dulu selalu beli nasik lemak ni makan dengan cik Lala & cik Ida)

okeilah, nk pegi jemur baju, mandi, pegi kerja.
babai, salam 1 Malaysia!
selamat hari rabu.

sempena apa aku letak gambar ni??
sempena aku rasa lapar sekarang. haha.

*******************************************
terasa nak jadi pembuat kek, tapi tak pandai masak kek.
tiba-tiba weekend hari tu terasa nak jadi designer kad. tak kisah la kad kawen ke, kad birthday ke.. apa-apa jela. kad kredit je tak boleh. (tapi mana tau aku boleh buat kad kredit yang boleh print gambar korang atas kad tu kan)..
tapi, aku tak rasa aku cukup kreatif untuk semua tu..

kesimpulan:
marilah mencari kelebihan diri kita.huu.
dan cubalah buat sesuatu yang anda suka demi untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.. (di dunia & akhirat)



No comments:

Post a Comment