Friday 19 October 2012

Double Cheese Burger@2.12am

Hai!
assalamualaikum.
ye, aku tau sekarang semua orang tengah seronok tido kan kan kan.
jam aku sekarang 2.15am.
aku baru balik kerja around 1.30am tadi.
singgah kurier dokumen kejap, singgah mcd kejap.

mcd??
ye!
aku sekarang tengah makan double cheese burger!
ngapngapngap!
padahal kalau tido je pon boleh, nk jugak makan malam2 buta ni.
[jangan contohi]
dah la makan sambil baring tiarap depan laptop,
lepas tu percayalah yg aku ni takkan bangun untuk kemas dan buang sampah ni.
hahahhaha
memang buruk perangai!
biar semut datang gigit aku. padan dengan muka balasan kepada org pemalas.

owh, hari ni ada sesuatu yang buat aku tersenyum sampai telinga.
kejap jela.
tapi, jadi la untuk jadi modal aku berangan-angan ala-ala mat jenin kan.

tadaaaa!!!
tengok siapa call aku?? haha
"remy ishak"
OMG!


tapi, masa tu aku silent phone, baru blk court.
hampa kejap sebab tak angkat.
walaupun aku tau, die bukan carik aku pon.
aku mmg tau dah tujuan sebenar dia adalah carik orang lain.
ahhh, lantak la.
aku kan mmg suka berangan.

ok, abaikan aku yg mengada-ngada ni!

tuka topik yg lebih matang!

selasa hari tu, aku attend case management unt kes jenayah.
ofis aku tak banyak buat criminal cases, so aku tak mahir la criminal procedure.
[dulu aku minat gila criminal!, tapi sejak tak dapat A, terus frust. haha-over]

teringat masa first time appear untuk kes jenayah ni.
aku tatau pulak kalau criminal, OKT tu kena hadir sama.
maka terjadilah dialog seperti di bawah:
PKP: OKT hadir?
cik bidadari: OKT? saya lah lawyer unt OKT (sebab selalu civil cases, mana ada client datang sama)
PKP: awak tak inform ke OKT awak suruh datang?
cik bidadari: tapi puan, OKT saya dalam penjara.
PKP: oh, dalam penjara ke? *sambil pegi dekat telefon dan call polis suruh bawak OKT datang*

baru la aku faham.. kalau kes jenayah OKT kena datang. haha

lepas tu pasal Rekod Rayuan pulak.
kalau sivil, lawyer yang prepare.
tonggeng-tonggeng la buat rekod rayuan, nk tulis mukasurat bagai.
kalau nipis ok lagi, kalau sampai masuk 7 jilid, kena buat weekend dan hari cuti umum pulak (lepas tu client senang-senang tak bayo-keji kan) 
rupanya rayuan criminal ni, memang lenggang kangkung je, sebab mahkamah yang buat.
(pendakwaraya SPRM yang guna ayat lenggang kangkung tu masa dia ajar aku. hee. tq tuan Razali)

okeila, boring pulak.
tuka kepada cerita yang agak sedih pulak.

maka, pada hari selasa lepas, family OKT datang.
isteri dia, anak-anak dia yang kecik lagi, mak dia, bapak dia, adik2 dia.
seperti yang telah dijangka, mesti ada drama cerekarama punye.

lepas aku bawak dorang jumpa OKT, maka bernangis-nangislah mereka sekeluarga.
aku yang senang ternangis bila tengok orang lain nangis ni pon, terpaksa lah mengetap bibir mengelakkan dari aku pon nangis sama.

sedihh.
kecik2 lagi anak-anak dia.
yang dah sekolah faham la, anak dia yang kecik tu, apa lah yang dia tahu.

OKT tanya aku berapa lama sebenarnya hukuman penjara dia?
so aku yang tak baca fail pon terkebil-kebil, dan bukak fail carik alasan penghakiman.
aku pon bagitau la berapa tahun..
dia macam sedih bila tahu dia kena duduk lama-lama dalam penjara tu.

cik bidadari: takpela ye en.X, sebab tu kita buat rayuan ni, kita kalau boleh nk mintak la hukuman ni jalan serentak 
(hakim  putuskan hukuman penjara tu jalan berasingan)

en.X: cubalah yang terbaik ye. masuk air jugak duduk dalam ni lama-lama.

 tapi.. PKP fixed kes ni depan Yang Arif Hakim Triple A.
aiyoo.. 
aku tatau hakim criminal ni, so aku mana tau background hakim tu mcm mana.
bila balik ofis bos cakap, hakim ni mmg akan pancung punyelah client aku ni.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
adekah aku yang bersalah??

sekarang aku tau kenapa aku tak dapat A criminal walaupun aku belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh. haha 
[tapi sekarang jgn tanya apa-apa sebab aku dah lupa]
kalau aku dapat A mesti aku perasan hebat criminal so aku akan buat criminal.
yang mana aku sedar yang aku seorang yang berhati ikan bilis dan emosional ini tak sesuai langsung handle kes jenayah, dan juga syariah. hahaha
[Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanNya kan]
tapi, aku masih tak rasa pekerjaan ni yang terbaik untuk aku, sebab aku tak rasa seronok dan gembira.

kalau buat kes civil pon,
kalau kalah client tak kena penjara [unless kalau masukkan permohonan committal] 

haihh.
harap-harapnya hakim takde la naikkan hukuman, dapat jalan hukuman serentak pon dah okei sangat dah.
nak appeal untuk conviction, mmg susah la kot.

mandai je aku komen-komen kan.
tutup ceritalah. 
nnt kena saman, mati aku.

tapi kan,
apa aku nk kata:

jangan lah kita menganiaya orang lain,
dan kita bersenang-lenang di atas kesusahan orang lain.

dan kita sendiri, jagalah diri jgn sampai terperangkap dan/atau terperangkap dengan perkara-perkara yang tak berfaedah dan merugikan diri kita sendiri.

masa kita senang memang ramai kawan, bila susah, semua pon dah tak kawan.

itulah lumrah dunia kan.

manusia ada pelbagai garam ragam.
rambut sama hitam tapi hati bukan lutsinar.
so kita tatau apa niat seseorang tu dekat kita. kan kan kan

beringatlah sebelum terkena
*self reminder*

tapi janganlah terlalu paranoid sampai kau nk kata semua orang jahat, semua orang salah, kau sorang je yang betul. itu namanya kau nk kena penampar!

tiba-tiba teringat bos cerita isteri bos tu hanta sms dekat bos, nama aku cik aimi telah ditaip menjadi CIKAINI.

cikai?

bolehhhh la.. KUINI pon sodap di makan.

okeilah, nk golek2, lipat selimut, mandi, pegi court.
(malam tadi aku taip tapi lepas tu ttido, pagi ni lepas subuh baru sambung. hee)

babai semua :)

hari ni hari Jumaat, yahoo!!
esok dating bersama Hani dan Ecah.
(jgn la kena buat kerja. *berdoa*)

salam 1 Malaysia.

owh,
kelmarin jumpa kak falah, dia kata dia suka baca blog aku yang tak seberapa, dan hanyalah cerita kosong yang takda informasi langsung ni. haha

tq akak :)
tq juga kepada anda-anda yang membaca.
i lap u ollss lah!
mwahhhh!!!
(sambil muncungkan bibir yang tak berapa mungil ni nk buat mwahhh kat korang)

lagu tema ape ye? aku dah habis lagu dah nk share. haha. macam semua yang aku suka dengar aku dah post kan.

nah, aku rasa yang ni belum kot.
lagu untuk anda-anada semua yang aku sayang :)
dan kepada yang berkenaan *aku sendiri tatau sapa* haha


dekat ofis aku suka dengar lagu.
dan lagu ni antara lagu yang aku suka ulang-ulang.
selamat mendegar


ok. dah pukul 7.52am.
kena pegi mandi dah, nk jadi orang pertama sampai mahkamah. 

babai.

***********************************************************
stress dengan kerja boleh telan dan hadam kerana kerja adalah ibarat bubur mcd, dan mungkin juga lama-lama boleh diibaratkan seperti nestum baby
tapi
stress dengan perangai orang, adalah ibarat tertelan biji cili, biji tembikai, biji anggur, biji limau, lepas tu terkumpul dekat apendiks, lepas tu kalau tak baung nnt pecah pulak.

semoga aku sentiasa dilapangkan dan ditenangkan hati.
amin.
hadapi hari-hari kita semua dengan senyuman :)
walaupun aku senyum bermata sepet.


[tak boleh nk jadi model sebab senyum mata sepet]
kecuali kalau aku jadi model kaca mata hitam. haha

senyum macam ni pon boleh laaaa..

tak kisah la senyum macam mana janji senyum :)
senyum tu kan sedekah.

senyum seindah suria yang membawa cahaya,
senyumlah dari hati dunia mu berseri
[sempat menyanyi la pulok, hoi aimi, pegi mandi cepatla!!!!]

sayonara.
 ikhlas daripada:
cik bidadari jahat
[yang sebenarnya baik]











No comments:

Post a Comment