Monday 17 September 2012

merangsang otak kanan.

haloo halooo anda semua!
Selamat Hari Malaysia-walaupun semalam.
tapi rasanya belum basi lagi kan.

bila kat rumah ni, nak buat apa-apa pon malas.
duduk depan tv, makan, tido.
[sila jangan contohi]

beria-ia bawak balik kerja sekolah, tapi, setakat pegang jela.
beria-ia set alarm nk wake up buat kerja, tak bangun-bangun jugak.
ahahaha.
takpe-takpe.
di mana ada kemahuan disitu ada jalan kan kan kan..
esok la buat.
heeee.

hari ni tiba-tiba rasa nak berimaginasi demi merangsang otak kanan supaya sentiasa berhubung dan berfikir.


apa beza otak kiri dan otak kanan?


[gambar curik dari google]

OTAK KIRI adalah untuk berfikir secara logik, menganalisa, berbahas dan mengira. [IQ]
OTAK KANAN pula bertanggungjawab dalam emosi, daya kreativiti, kesenian, daya ingatan. [EQ]

jadi, kalau kita asyik fikir pasal kerjaaa je,
nanti otak kanan takde kerja pulak.
heee

alasan malas buat kerja tapi boleh update blog kan.

jadi,
berbalik kepada misi utama untuk mengaktifkan sel-sel otak kanan supaya berhubung dan aktif,
maka marilah kita berimaginasi!

cerita hari ini adalah:
SANG ARNAB DAN SANG PENYU.

-vs-

tersebutlah kisah, sang arnab dan sang penyu,
mereka berjumpa dan beramah mesra.
usia perkenalan: sangat pendek. 
pendek lagi dari batang chopstick.

di usia perkenalan yang pendek itu,
sang arnab pun berasa yang sang penyu ini baik orang nya [orang ke penyu ni?]
maka, tertariklah sang arnab kepada sang penyu.
walaupun tiada satu pun ciri-ciri yang diidamkan oleh sang arnab pada sang penyu itu.

sang arnab sendiri tidak tahu mengapakah? apakah?
tetapi, apa yang pasti,
sang arnab menjadi terkesima seketika dengan sang penyu.
[seketika je la]
kata orang-orang tua:
mandi tak basah, tidur tak lena, makan pun tak kenyang.

tetapi,
semua itu memang cuma untuk seketika.
kerana akhirnya sang arnab sedar yang sang arnab tidak boleh menyelam ke dalam air untuk bersama-sama dengan sang penyu.

sang arnab pun mula merasa kecewa.
tetapi apakan daya.
kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini harus redha dan percaya dengan Qada'dan Qadar.
itu kan rukun iman kita yang ke-6 kan.

pada mulanya, sang arnab cuba untuk berfikiran positif.
bak kata orang tua:
TAKKAN LARI GUNUNG DIKEJAR.
HILANG KABUT NAMPAKLAH IA

tapi, sang arnab sedar bahawa gunung ini bukan sebarang gunung.

NIAT DI HATI HENDAK MEMELUK GUNUNG, APAKAN DAYA TANGAN TAK SAMPAI.

RENDAH GUNUNG, TINGGI HARAPAN

tapi kini, harapan tinggal kenangan sahajalah untuk sang Arnab.

pepatah yang sesuai untuk  sang Arnab adalah:
1. hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
2. yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

hahaa

tiba-tiba teringat sang Arnab tentang kata-kata sang Singa kepada sang Arnab:
"mungkin ko kejar tapi tak sampai lagi tu"

hmm,
sudah cukup cukup sudah,
cukup sampai di sini saja.

haha.

bunga bukan sekuntum,
kumbang bukan seekor.

oleh itu,
sang arnab pon telah membuat keputusan untuk...


untuk...

untuk pegi makan tengahari.

lapar dah ni.

hari cuti ni memang best lagi-lagi bila dekat rumah.
makan sedap.
pegi je dapur,
tak payah start enjin nak pegi kedai makan.
[kantoi selalu makan luar tak masak]
heeee.


okeilah,
babai.
jemput makan.

nota kaki:
cerita sang arnab dan sang penyu adalah imaginasi untuk merangsang otak kanan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada.


lagu hiburan kali ini yang sering didengar dicorong radio:
didedikasikan khas dari sang arnab untuk sang penyu.
mwahahaha

 bwekkkkk!
nak muntah aku dengan sang arnab ni.
hoi arnab, ko nak kena cekik ke ha?



tengku adil.

[motif aku letak gambar dia? takde motif. sebab dia yang nyanyi lagu tu je]

-------------------------------------------------------------------------------------
cita-cita masa budak hingusan:
nak kawen dengan anak raja.



















No comments:

Post a Comment