Wednesday, 11 February 2015

KY JELLY mendapat nama

KALAU 1:

kalau aku ditawar harta berjuta lemon
dengan taruhan kejatuhan reputasi

aku pilih harta berjuta lemon

kejatuhan reputasi, lama lama akan jadi bualan yang basi.

prinsip terpakai: orang lain tak bagi aku kenyang. asalkan aku gembira ditimbunan lemon.



KALAU 2:

kalau aku diraba
kalau aku pon suka, aku raba semula
raba raba raba. aummmm. (muka miang)
kalau aku tak suka dan tak selera, aku tolak lah dia.

ah.
ini baby pon tau.
tak suka dia nanges.


adakalanya,
kita memang memerlukan reformasi.

ini cuma pemikiran
seorang rakyat marhaen
yang melihat keadaan sekeliling dari atas pagar.
---------------------------------------------------------------------------------

dia kata: i got justice after 7 years.
errr, pada masa yang material, kenapa tidak kau usaha sedaya upaya menegakkan justice bontot kau?

it took a lot of courage to make such disparaging complaint against a well known politician -- ini susah aku nak hadam sebagai satu bentuk pertimbangan.

walaubagaimanapun, namun begitu, however, nevertheless, on the other hand..
aku tetap kurang gemar dengan propaganda #rakyathakimnegara.












Tuesday, 20 January 2015

dia.


aku cuma ada dia yang satu itu

aku sayang
dan aku tau dia juga begitu.

terima kasih untuk 28 tahun ini.

ampun dan maaf

yang susah mau diluah kata.

--------------------------------------------

yang lebih dulu makan garam, kadang kadang pun terlebih letak garam dalam masakan.



Sunday, 4 January 2015

2015

selamat tahun baru :)

setiap hari, berganti hari
dan setiap tahun berganti tahun.

manusia juga begitu.
akan ada yang berubah.

jangan berfikiran statik.
dan jangan berperasangka.

contoh.
aku memang angkuh.
bapak aku juga kata aku begitu.
aku rasa aku tak perlu lelaki
sebab aku rasa aku boleh buat sendiri.

tapi, 
di suatu pagi,
sedang aku bersiap nak pegi kenduri
aku tak boleh zip baju sendiri di belakang.

jadi
terdetiklah di hati
ohh aku kena berlaki ni.

amacam?
menarik tak contoh aku?

apa aku nak sampaikan,
kalau kau rasa orang ni dulu nakal
tak selamanya dia nakal.

jangan menilai berdasarkan masa lampau

itu sama sekali tak adil.

jangan menilai juga kalau kau tak rasa mahu memahami.

semoga tahun 2015 semakin gembira ceria riang ria dan diberkati.

yang gembira kita hadap
yang menitis air mata kita lap

okei?

sekian,
salam sejahtera ke atas kamu kamu semua.