Sunday 2 November 2014

KAU.

aku bukan pujangga,
yang bijak mengatur kata.
cuma dirasa ini medium yang ada.
untuk kita menyatakan rasa.

kau anggap aku lawan
dikala aku membuat kau sebagai kawan.

aku,
bukan lawanmu.
aku harap kau tahu itu.

ini bukan pertandingan ataupun perlawanan juga bukan perlumbaan.

aku,
tidak mengejar apa-apa.
cuma mengikut kata hati saja.

dan,
setiap rasa disebalik senyuman aku ini,
bukanlah seperti yang kau sangka.

jika
aku ibaratkan sang jejaka sebagai pokok
dan si gadis pula sebagai bunga

dan aku aplikasikan pula
yang pokok kurang serinya tanpa bunga
tetapi
bunga masih indah dan menarik walaupun tanpa pokoknya.

ya,
walaupun ekosistemnya sudah tidak saling melengkapi

tetapi,
setiap yang terjadi ada nilainya tersendiri
yang kita perlu hargai
dan bukanlah untuk terus diratapi.

kalau kau kata
aku bahagia sedangkan kau derita
aku tidak mampu berkata apa
kerana hati aku kau tidak merasanya.

sekali sekala terdetik duka
sebab aku juga manusia
dan aku tahu kau begitu juga.

ampun maaf dipinta jika kau terasa.

ya,
ampun maaf
sepenuh hati.

semoga kau gembira dan baik-baik saja, kawan.

------------------------------------------------------------------------------------
ini ost cinta ibadah
sejak-sejak duduk rumah tak buat apa
terjebak drama melayu lah pulek.






No comments:

Post a Comment