setahun yang lepas,
beliau masih bujang terangtangtang.
laki istimewa pon takdak.
asyik terigau igau lelaki korea.
tengok-tengok,
makbul juge doa di hari lahir beliau itu.
alhamdulillah,
25/10/2014,
selamatlah beliau
menjadi isteri orang.
isteri seorang lelaki yang tak la bermuka korea
tapi kacaklah juge kan hani kan kan.
kami panggil dia esahril.
tahniah esahril sebab berjaya membuka dan mencuri hati si hani ini.
sila menjaga si hani elok-elok.
aku,
kenal hani sejak di uitm Kedah.
2006.
ini masa presentation.
antara presenter terbaik dalam kelas dia ni :)
dari zaman comot-momot,
sampaila sekarang si hani dah pandai memakai eyeshadow dan blusher apatah lagi lipstik,
dia tetap sama.
kawan yang baik.
dan sentiasa berusaha untuk dapat apa yang dia nak.
dari dia belum ada kereta,
sampai sekarang ada kereta hasil titik peluh dia sendiri pon,
dia tak lupa ke aku lagi.
siap bawak jalan-jalan dengan BMB dia.
masa belaja dulu,
hani lah tempat aku mengadu setiap kali gadoh dengan si syira.
Hani ni memang kawan sepergosipan dan seperngumpatan.
dari zaman uitm, sampailah sekarang.
banyak juge benda yang kami buat bersama-sama.
zaman uitm,
buat bisnes fotostet past year.
zaman ni kereta pon takda lagi.
gigih naik bas pegi angkot dari kedai fotostet.
untung taklah seberapa.
tapi seronok tu sampai sekarang aku ingat.
aku ingat lagi dari untung yang dapat tu
kami pegi membeli brooch bersama-sama.
hani sepanjang yang aku kenal,
kedekut orangnya.
dia sgt merancang perbelanjaan.
aku pegi kelas naik bas.
dia gigih pegi kelas jalan kaki.
tapi aku tengok aku kurus lagi dari dia,
ekekekke.
kalau dikata kami semua tak pernah bergadoh, tak pernah terasa hati,
tipulah.
laki bini pon bertikam lidah.
tapi bak kata syira,
gadoh gadoh pon ini la kawan-kawan yang kita ada.
kami bukan jenis berjimba-jimba masa di kolej.
almaklumlah, duit tak berapa nak ada.
tapi setiap aktiviti yang dibuat bersama-sama,
memang gembira.
dan hani akan jadi org paling excited.
masa uitm,
aku dan hani tidaklah kategori pandai pon.
tak lulus test tu perkara biasa
tapi,
alhamdulillah.
25/5/2012,
jadi jugak aku dan si hani,
peguambela & peguamcara.
ya,
bersama-sama.
haa,
aku ingat lagi masa dia tau dia dapat AG.
masa tu aku pegi tengok wayang dengan dia.
meraikan habis 9 bulan chambering lah kononnya.
gembira dia msg aku lepas cek result.
tahniah pok!
mula-mula dia masok AG,
dia asek komplen bosan.
jealous bila aku cakap aku ke Mahkamah.
sekarang hambek kau,
nak sangat pegi mahkamah kan.
jadi sekarang dia asek bebel muntah ke mahkamah.
hahahaha
itula omputeh pesan dah.
careful with what you wish for.
tapi hani,
jujur aku kata,
aku bangga dengan kau :)
mula-mula nanges kan datang Raub?
sekarang dah nampak apa hikmahnya kan.
berjumpalah esahril buah hati pengarang jantong.
aku rasa macam kena berhijrah jugak kot.
tak berjumpa-jumpa pemilik tulang rusuk.
#awak kat mana awak kat mana
omnomnomnom.
hari berganti hari
tahun berganti tahun.
rupanya dah 4 tahun sejak habis belajar.
walaupun dah habis belajar,
aku dan hani masih sama.
masih kawan bergosip dan kawan mengumpat.
dan sekarang tambah lagi 1 ahli iaitu si esah.
gosip bersama-makan bersama-deting bersama.
inilah kawan-kawan deting aku suatu masa dulu.
sampai ada yang kata, aku macam takda kawan lain.
bertiga saje.
hani ni,
manja orangnya.
tapi tak mengaku.
dan comel juge-lah sikit.
hmm hmm hmm..
tetiba terasa rindu nak berdeting deting macam ni.
terlalu mementingkan kerjaya
kononnya takda masa.
sampai deting pon aku lambat :(
sorry.
walaupun kau dah kawen,
aku harap kita masih boleh deting.
celebrate birthday.
makan & gosip bersama-sama.
tapi kalau kau datang bawak anak,
aku tanak tolong cebok anak kau ye.
sebenarnya kan,
aku rasa esahril ok je.
kau ni yang macam susah nak tinggalkan laki kau kan kan kan.
hahahhaha.
kehadapan Hani,
semoga bahagia dan diberkati
sentiasa gembira dan murah rezeki sentiasa.
nanti jangan lupa belanja kami lagi ye :)
(gambar diambik masa Hani belanja flamming)
Selamat Pengantin Baru
Hani & eSahril.
sorry jugak entry ini sudah basi seminggu.
aku,
akan merindui hani untuk makan wong solo bersama-sama.
esah,
jom makan wong solo.
--------------------------------------
sebelum tu,
pok,
nah buat kenangan.
gambar-gambar kau dan aku di zaman comot.
i lap you pok
dan
terima kaseh menjadi kawan aku susah dan senang, sampai hari ni.
sekian.
who's next?