Tuesday, 20 January 2015

dia.


aku cuma ada dia yang satu itu

aku sayang
dan aku tau dia juga begitu.

terima kasih untuk 28 tahun ini.

ampun dan maaf

yang susah mau diluah kata.

--------------------------------------------

yang lebih dulu makan garam, kadang kadang pun terlebih letak garam dalam masakan.



Sunday, 4 January 2015

2015

selamat tahun baru :)

setiap hari, berganti hari
dan setiap tahun berganti tahun.

manusia juga begitu.
akan ada yang berubah.

jangan berfikiran statik.
dan jangan berperasangka.

contoh.
aku memang angkuh.
bapak aku juga kata aku begitu.
aku rasa aku tak perlu lelaki
sebab aku rasa aku boleh buat sendiri.

tapi, 
di suatu pagi,
sedang aku bersiap nak pegi kenduri
aku tak boleh zip baju sendiri di belakang.

jadi
terdetiklah di hati
ohh aku kena berlaki ni.

amacam?
menarik tak contoh aku?

apa aku nak sampaikan,
kalau kau rasa orang ni dulu nakal
tak selamanya dia nakal.

jangan menilai berdasarkan masa lampau

itu sama sekali tak adil.

jangan menilai juga kalau kau tak rasa mahu memahami.

semoga tahun 2015 semakin gembira ceria riang ria dan diberkati.

yang gembira kita hadap
yang menitis air mata kita lap

okei?

sekian,
salam sejahtera ke atas kamu kamu semua.