Tuesday, 12 August 2014

si sepet

hai si sepet,


yang buat tidur tak lena
mandi tak basah
makan tak kenyang.

dan hati berdetik detik.


omnomnomnomnommmm

ok, bai.

yang benar,
aimi.

Tuesday, 17 June 2014

hati ikan bilis

(pic credit to Sathiya: Mt Rinjani, June2012)


aku,
hanya berjalan
mengikut langkah kaki
mengikut kemana kau pergi.
kerana aku sendiri tidak pasti
kemana hala tuju jalan yang satu ini.

aku,
berjalan dengan penuh hati-hati,
kerana aku takut,
kalau aku terjatuh,
kau tak sambut nanti.

aku,
hanya mengikut kata hati.
berjalan dengan penuh teliti,
supaya
sekalipun aku jatuh tidaklah berparut nanti.














Wednesday, 4 June 2014

DLSA: Diploma Lepasan Ijazah Syariah & Amalan


eh eh..
kite konvo lagi lah..
walaupun cerita ni agak basi, aku nak tulisjugak!


aku ingat lagi,

sem 1,
aku rasa macam whatthefishhh.
kenapa aku kena pegi kelas hari Sabtu?
apa aku kena belajar ni?


first week datang kelas,
belajar pasal WAKALAH
second week aku datang kelas semula,
aku sebut jadi WALAKAH

subjek MAL
aku tanya syu,
MAL tu apa benda?

punya lah aku datang dengan takda pengetahuan langsung.

HUSNUZON.
ini pon perkataan yang aku belajar masa masuk DLSA ni.
Zaff bagitau aku.
sebab lecturer asyik sebut kat depan.

tapi, ada la beberapa topik yang aku excited.


sem 1,
apa aku belajar pon tatau.
tido je kerja.
tak tido, makan.

aku pon tak boleh lupa,
kitorang kena present Al-Urf, tapi tak prepare.

sem 2, 
aku dah macam boleh adapt.
aku dapat anjakan paradigma untuk gigih belajar.
tapi, kadang-kadang tido juge.

sejak sem 2,
aku excited nak pegi kelas.
wurrrrrr-bunyi zirafah miang.
#eh.
(cebik bibir)

aku yakin syu pon begitu juga.
#eh lagi.

ini subjek-subjek yang aku belajar dan dah lulus dengan warna-warna yang berterbangan:

PART

COURSE CODE

COURSE TITLE

CREDIT HOURS
1
LAW 631
Islamic Jurisprudence I
3
LAW 633
Islamic Family Law
3
LAW 634
Islamic Criminal Law
3
LAW 635
Mal Procedure
3
LAW 637
Islamic Judicial System and Advocacy
3
2
LAW 636
Syarie Legal Writing
3
LAW 681
Islamic Jurisprudence II
3
LAW 683
Islamic Law of Property and Succession
3
LAW 684
Islamic Law of Evidence
3
LAW 685
Islamic Criminal Procedure
3
LAW 686
Trial and Advocacy
3

kelas DLSA banyak ajar aku mengenal kehidupan,
membuka mata di muka dan mata di hati,
belajar untuk terima sesuatu yang pahit tapi ada manisnya kalau dicari [ayat novel].

kawan-kawan DLSA yang tak kedekut ilmu, tidak juga kiasu.


ini si gonjeng, yang ajak aku study dekat masjid.
pertama kali aku study dekat masjid untuk final exam.

pendek kata, 
aku suka kelas DLSA.
sebab apa?
sebab kawan-kawan aku semua BEST!







nampak tak ke-best-an kitorang?











pada aku,
bukan senang nak berkelas sambil belajar.
walaupun kelas tu cuma hari Sabtu [8AM to 9PM]
tapi,
percayalah,
nak 1000 daya tanak 1000 dalih,
di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

di satu jalan yang berliku, mesti akan ada penghujungnya,
kalau penat berhenti berehat, kalau panas berhenti berteduh,
teruskan perjalanan, bukan asyik megeluh.


a BIG BIG BIG Thank You to:

1. kawan-kawan DLSA yang tak pernah kedekut ilmu.

2. Anastasia Aisyah & Azam Kamaruddin [aca-aca senior] yang selalu tolong aku buat assignment

3. Syu, Zaff, Kinkin, Husna yang tak pernah berkira masa & tenaga buat assignment,

dan;

4. MOHAJI HAZURY & ISMAIL [untuk sponsorship & moral support]



walaupun aku tak tahu lagi apa aku nak buat dengan Diploma Syariah aku ni,
tapi insyaAllah,
mungkin ia akan jadi torchlight kalau satu masa nanti aku terpaksa jalan dalam gelap.

oh,
dah habis lunch hour.

bai.
semoga sejahtera walau di mana pun anda berada.

kepada semua kawan-kawan DLSA,
aku rindu nak pegi kelas hari Sabtu.
[eh# iyekeni?]

mwahhh!!







Thursday, 29 May 2014

trust me, i'm a lawyer!

tajuk aca aca speaking london.

pfffttttt.


tudung-tudung ni semua bukan untuk dijual.
 ini semua tudung kerja aku.

kadang-kadang,
aku terfikir,
hidup aku macam tudung-tudung ni.

kadang-kadang bertukar-tukar warna
kadang-kadang cuma corak yang berbeza
kadang-kadang pula, warna sama je walaupun tudung berbeza
kadang-kadang, memang aku ulang pakai aje tudung yang sama

aku aplikasikan dalam kehidupan harian dalam dunia pekejaan aku ni:

kadang-kadang, aku buat kerja client yang berbeza
kadang-kadang kerja client yang sama cuma mungkin permohonan yang berbeza-beza
kadang-kadang pulak, permohonan yang sama tapi untuk client yang berbeza
kadang-kadang tu, hadapla file yang sama je
sebab hari ni tenung tak dapat ilham esok sambung tenung balik. ngehngehngehh.

tapi,
apa yang selalunya jadi, 
aku tak boleh aplikasikan dengan tudung-tudung sebab 
1 hari selalunya bukan fikir 1 benda je, tapi macam-macam.

aku cuma harap sel-sel otak aku tak banyak yang rosak.

paham ke apa aku rapikkan ni?

kadang-kadang (kerap kali)
aku rasa kerja aku macam bosan.

apa yang seronok?
yang seronok bila dapat gaji dihujung bulan.

25.5.2014
genaplah 2 tahun aku dalam profession ni.

apa yang aku boleh kata,
hidup sebagai seorang lawyer
taklah gah mcm pakai blazer, pakai black & white, seret beg roda mcm nak pegi airport.

tidak sama sekali.

pakai blazer tu panas.
tu belum lagi pakai robe dengan bip aku yg dah tak muat sebab bip semakin mengecil 
(padahal leher semakin menggemok)

seret beg roda?
kau ingat ringan ke beg tu?
berat kau tahu.
aku dokong adik aku si iman pon tak seberat aku kendong beg berisi dokumen tu semua.
tu belum lagi kena angkat naik tangga.

kau rasa jadi lawyer banyak duit?

tidekkk!

alhamdulillah setakat ni cukuplah untuk aku rasa senang.
kais sebulan makan sebulan.

hujung bulan kempis jugak dompet aku.

masa aku sekolah rendah,
aku punya cita-cita nak jadi Perdana Menteri Wanita Malaysia yang pertama

wow! ni idea bapak aku.

adakah dengan menjadi seorang lawyer ni 1 langkah untuk aku jadi perdana menteri wanita Malaysia pertama?

tapi kalau mcm tu aku kena join parti keris
barulah cepat naik
#eh

ahh,
semua ni dunia.

dengan pemikiran waras aku,
apa yang aku boleh kata,
walau apa pun pekerjaan kita,
semua ada tanggungjawab berbeza.

baik kau lawyer kah
doktor kah
guru kah
mekanik kah
kerani kah
tukang masak sekalipun..

kita semua ada tanggungjawab yang kena dipikul
pikullah tanggungjawab yang ada dengan penuh ikhlas dan dedikasi

demi rezeki yang halal.

nak seribu daya tak nak seribu dalih.

bosan macam mana pun sesuatu kerja tu,
kita lah yang kena berusaha untuk mewarna-warnikan dan mencorakkan kehidupan pinjaman ini

be positive 
and positive things will happen.
ecehhh.

percayalah,
apa yang tertulis oleh Allah untuk kita pasti yang terbaik.

2012:
aku dan hani.
sekarang,
kami pakai tudung warna yang sama tapi corak yang beza.

lawyer pon manusia yang ada 100 juta sel otak macam korang semua jugak.
kadang-kadang buruk perangai
kadang-kadang emosi 
kadang-kadang letih
kadang-kadang sedih

sekian,
selamat hari Rabu.

--------------------------------------------
ucapan khas untuk:
MOHAJI HAZURY & ISMAIL


who i am today is because of you.you.you & you. 

thank you.





























Wednesday, 23 April 2014

aku & kau; serta dia.




if you don't fight for what you want,
don't cry for what you've lost.

padan muka.
booo!


Sunday, 20 April 2014

Pen Merah Pen Biru


hati itu,
berubah-ubah sifatnya.

seperti bulu ayam yang tergantung di atas pokok,
dibolak balikkan angin
sehingga yang atas jadi ke bawah, yang bawah jadi ke atas
(sabda Rasulullah SAW)

cepatnya sesuatu hati itu berubah juga adalah diibaratkan lagi cepat dari air yang mendidih
(Hadis Riwayat Ahmad)

aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
(Siti Nurhaliza, Aku Wanita)

[disclaimer: post ini tak berbentuk peribadi tapi adalah general dan universal]


jangan diketuk pintu 
kalau tak mahu singgah.

air boleh membelah batu bukan kerana derasnya ia,
tetapi kerana kerapnya dia menitik.

ibaratnya,
sekalipun bertepuk sebelah tangan,
jika tepuk di air, terpercik lah juga.

ya.
perasaan tidak boleh dipaksa.

tapi,
air yang ditepuk akan terpecik juga,
maka basahlah si dia.

pesan aku,
jangan ditepuk air kalau akhirnya kau akan tinggalkan dia kebasahan.

tapi,
tepuklah air, 
kalau kau akan datang dengan hair dryer dan keringkan dia.

kepada si penepuk:
jangan bertepuk di meja, ataupun di peha.
kerana bunyinya belum tentu sedap di telinga si dia.
takut nanti kau sakit sendiri mungkin juga terluka

jika kau ada teman bertepuk sama,
tepuklah dengannya,
kerana bunyinya mungkin seirama.

jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran pula.

ah,
tapi biasalah.
manusia ada yang tamak sikapnya.

nasihat aku kepada yang tamak:
cerdiklah dalam berfikir.
supaya yang dikejar dapat, yang dikendong tidak tercicir.
cadangan: kauklah dua-dua dengan beg plastik.
[ya, aku tau aku memang cerdik]

tapi,
jangan di lupa,
mungkin keduanya tak sesuai di letak bersama-sama,
kerana satu durian satu epal lah pula.

hahaha.

aku tatau apa aku rapikkan ni,
cuma terasa untuk mengisi masa.

akhir kata,

rasa hati itu,
aneh.
sekalipun 1001 rasa benci,
tapi dia juga yang kita pilih.

bodohkah?
salahkah?

aku tiada jawapannya.

kerana,
rasa itu datang sendiri.
entahkan bila entahkan kenapa entah juga bagaimana
tepuklah dada tanyalah hati.
---------------------------------------------------------------
kepada kaum hawa:

sometimes, 
you just need to accept that some people can only be in your heart
but not in your life.

one day, 
someone will walk into your life
and make you see why it never worked out with anyone else.

if it's meant to be, it will be.

"tebarlah jala, dan bukakan hati" 
[Hani, 2014]

sekian,
salam :)

lagu tema:




-------------------------
Karpal Singh,
requiescat in pace.












Thursday, 10 April 2014

the more the merrier?

Salam 1 Malaysia :)

topik hari ni:

POLIGAMI

satu topik yang aku rasa ibarat mi kari kedai bawah ofis ni..

tak habis makan, simpan, masuk dalam microwave

tadaa...panas semula!

semua orang ada respon tersendiri.

ada yang suka

ada yang pandang sebelah mata

ada juga yang mungkin terasa luka

kau yang mana?

aku pernah satu tempoh tak suka pada poligami.

alasan?
biarlah aku aje yang tau.

tapi,
semakin aku dewasa,
semakin aku berfikir

aku rasa,
bukan poligami yang bermasalah

tapi,
orang yang berpoligami yang bermasalah.

ya,
merekalah orang-orang yang buat aku trauma nak kawen.
HAHAHA

Islam tak menghalalkan poligami untuk menyusahkan sapa-sapa
bukan juga untuk manfaat si suami saja.

jangan terlalu menafi,
takut nanti termakan diri.


Surah Al-Nisa: 3
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan (lain); dua tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah)  hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

jelas tak payah bersuluh.
berlaku lah adil daripada menzalimi.

hati bukan lutsinar.

perasaan manusia tak boleh ditimbang kati.

setiap yang berlaku,
mesti ada hikmahnya.

jangan dikeji jangan dicerca
kerana bahagia mereka bukan ditangan kita
jangan dilupa
jodoh ajal dan maut di tangan Yang Maha Esa

eh,
macam pantun.

kadang-kadang kita terleka,
kita lupa itu semua takdirNya

ah!
cliche kan.

aku percaya takda orang bercita-cita nak jadi isteri kedua ketiga apa lagi keempat

tapi,
cita-cita nak beristeri dua tiga dan empat tu..
ada kot.

Allah itu Maha Mengetahui.

oklah
aku nak pegi kelas.
bai

-----------------------------------------------
lagu fevret aku minggu ni: