Thursday, 29 May 2014

trust me, i'm a lawyer!

tajuk aca aca speaking london.

pfffttttt.


tudung-tudung ni semua bukan untuk dijual.
 ini semua tudung kerja aku.

kadang-kadang,
aku terfikir,
hidup aku macam tudung-tudung ni.

kadang-kadang bertukar-tukar warna
kadang-kadang cuma corak yang berbeza
kadang-kadang pula, warna sama je walaupun tudung berbeza
kadang-kadang, memang aku ulang pakai aje tudung yang sama

aku aplikasikan dalam kehidupan harian dalam dunia pekejaan aku ni:

kadang-kadang, aku buat kerja client yang berbeza
kadang-kadang kerja client yang sama cuma mungkin permohonan yang berbeza-beza
kadang-kadang pulak, permohonan yang sama tapi untuk client yang berbeza
kadang-kadang tu, hadapla file yang sama je
sebab hari ni tenung tak dapat ilham esok sambung tenung balik. ngehngehngehh.

tapi,
apa yang selalunya jadi, 
aku tak boleh aplikasikan dengan tudung-tudung sebab 
1 hari selalunya bukan fikir 1 benda je, tapi macam-macam.

aku cuma harap sel-sel otak aku tak banyak yang rosak.

paham ke apa aku rapikkan ni?

kadang-kadang (kerap kali)
aku rasa kerja aku macam bosan.

apa yang seronok?
yang seronok bila dapat gaji dihujung bulan.

25.5.2014
genaplah 2 tahun aku dalam profession ni.

apa yang aku boleh kata,
hidup sebagai seorang lawyer
taklah gah mcm pakai blazer, pakai black & white, seret beg roda mcm nak pegi airport.

tidak sama sekali.

pakai blazer tu panas.
tu belum lagi pakai robe dengan bip aku yg dah tak muat sebab bip semakin mengecil 
(padahal leher semakin menggemok)

seret beg roda?
kau ingat ringan ke beg tu?
berat kau tahu.
aku dokong adik aku si iman pon tak seberat aku kendong beg berisi dokumen tu semua.
tu belum lagi kena angkat naik tangga.

kau rasa jadi lawyer banyak duit?

tidekkk!

alhamdulillah setakat ni cukuplah untuk aku rasa senang.
kais sebulan makan sebulan.

hujung bulan kempis jugak dompet aku.

masa aku sekolah rendah,
aku punya cita-cita nak jadi Perdana Menteri Wanita Malaysia yang pertama

wow! ni idea bapak aku.

adakah dengan menjadi seorang lawyer ni 1 langkah untuk aku jadi perdana menteri wanita Malaysia pertama?

tapi kalau mcm tu aku kena join parti keris
barulah cepat naik
#eh

ahh,
semua ni dunia.

dengan pemikiran waras aku,
apa yang aku boleh kata,
walau apa pun pekerjaan kita,
semua ada tanggungjawab berbeza.

baik kau lawyer kah
doktor kah
guru kah
mekanik kah
kerani kah
tukang masak sekalipun..

kita semua ada tanggungjawab yang kena dipikul
pikullah tanggungjawab yang ada dengan penuh ikhlas dan dedikasi

demi rezeki yang halal.

nak seribu daya tak nak seribu dalih.

bosan macam mana pun sesuatu kerja tu,
kita lah yang kena berusaha untuk mewarna-warnikan dan mencorakkan kehidupan pinjaman ini

be positive 
and positive things will happen.
ecehhh.

percayalah,
apa yang tertulis oleh Allah untuk kita pasti yang terbaik.

2012:
aku dan hani.
sekarang,
kami pakai tudung warna yang sama tapi corak yang beza.

lawyer pon manusia yang ada 100 juta sel otak macam korang semua jugak.
kadang-kadang buruk perangai
kadang-kadang emosi 
kadang-kadang letih
kadang-kadang sedih

sekian,
selamat hari Rabu.

--------------------------------------------
ucapan khas untuk:
MOHAJI HAZURY & ISMAIL


who i am today is because of you.you.you & you. 

thank you.





























No comments:

Post a Comment