Thursday, 10 April 2014

the more the merrier?

Salam 1 Malaysia :)

topik hari ni:

POLIGAMI

satu topik yang aku rasa ibarat mi kari kedai bawah ofis ni..

tak habis makan, simpan, masuk dalam microwave

tadaa...panas semula!

semua orang ada respon tersendiri.

ada yang suka

ada yang pandang sebelah mata

ada juga yang mungkin terasa luka

kau yang mana?

aku pernah satu tempoh tak suka pada poligami.

alasan?
biarlah aku aje yang tau.

tapi,
semakin aku dewasa,
semakin aku berfikir

aku rasa,
bukan poligami yang bermasalah

tapi,
orang yang berpoligami yang bermasalah.

ya,
merekalah orang-orang yang buat aku trauma nak kawen.
HAHAHA

Islam tak menghalalkan poligami untuk menyusahkan sapa-sapa
bukan juga untuk manfaat si suami saja.

jangan terlalu menafi,
takut nanti termakan diri.


Surah Al-Nisa: 3
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan (lain); dua tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah)  hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

jelas tak payah bersuluh.
berlaku lah adil daripada menzalimi.

hati bukan lutsinar.

perasaan manusia tak boleh ditimbang kati.

setiap yang berlaku,
mesti ada hikmahnya.

jangan dikeji jangan dicerca
kerana bahagia mereka bukan ditangan kita
jangan dilupa
jodoh ajal dan maut di tangan Yang Maha Esa

eh,
macam pantun.

kadang-kadang kita terleka,
kita lupa itu semua takdirNya

ah!
cliche kan.

aku percaya takda orang bercita-cita nak jadi isteri kedua ketiga apa lagi keempat

tapi,
cita-cita nak beristeri dua tiga dan empat tu..
ada kot.

Allah itu Maha Mengetahui.

oklah
aku nak pegi kelas.
bai

-----------------------------------------------
lagu fevret aku minggu ni:

















No comments:

Post a Comment