Sunday, 20 April 2014

Pen Merah Pen Biru


hati itu,
berubah-ubah sifatnya.

seperti bulu ayam yang tergantung di atas pokok,
dibolak balikkan angin
sehingga yang atas jadi ke bawah, yang bawah jadi ke atas
(sabda Rasulullah SAW)

cepatnya sesuatu hati itu berubah juga adalah diibaratkan lagi cepat dari air yang mendidih
(Hadis Riwayat Ahmad)

aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
(Siti Nurhaliza, Aku Wanita)

[disclaimer: post ini tak berbentuk peribadi tapi adalah general dan universal]


jangan diketuk pintu 
kalau tak mahu singgah.

air boleh membelah batu bukan kerana derasnya ia,
tetapi kerana kerapnya dia menitik.

ibaratnya,
sekalipun bertepuk sebelah tangan,
jika tepuk di air, terpercik lah juga.

ya.
perasaan tidak boleh dipaksa.

tapi,
air yang ditepuk akan terpecik juga,
maka basahlah si dia.

pesan aku,
jangan ditepuk air kalau akhirnya kau akan tinggalkan dia kebasahan.

tapi,
tepuklah air, 
kalau kau akan datang dengan hair dryer dan keringkan dia.

kepada si penepuk:
jangan bertepuk di meja, ataupun di peha.
kerana bunyinya belum tentu sedap di telinga si dia.
takut nanti kau sakit sendiri mungkin juga terluka

jika kau ada teman bertepuk sama,
tepuklah dengannya,
kerana bunyinya mungkin seirama.

jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran pula.

ah,
tapi biasalah.
manusia ada yang tamak sikapnya.

nasihat aku kepada yang tamak:
cerdiklah dalam berfikir.
supaya yang dikejar dapat, yang dikendong tidak tercicir.
cadangan: kauklah dua-dua dengan beg plastik.
[ya, aku tau aku memang cerdik]

tapi,
jangan di lupa,
mungkin keduanya tak sesuai di letak bersama-sama,
kerana satu durian satu epal lah pula.

hahaha.

aku tatau apa aku rapikkan ni,
cuma terasa untuk mengisi masa.

akhir kata,

rasa hati itu,
aneh.
sekalipun 1001 rasa benci,
tapi dia juga yang kita pilih.

bodohkah?
salahkah?

aku tiada jawapannya.

kerana,
rasa itu datang sendiri.
entahkan bila entahkan kenapa entah juga bagaimana
tepuklah dada tanyalah hati.
---------------------------------------------------------------
kepada kaum hawa:

sometimes, 
you just need to accept that some people can only be in your heart
but not in your life.

one day, 
someone will walk into your life
and make you see why it never worked out with anyone else.

if it's meant to be, it will be.

"tebarlah jala, dan bukakan hati" 
[Hani, 2014]

sekian,
salam :)

lagu tema:




-------------------------
Karpal Singh,
requiescat in pace.












No comments:

Post a Comment