Tuesday, 17 June 2014

hati ikan bilis

(pic credit to Sathiya: Mt Rinjani, June2012)


aku,
hanya berjalan
mengikut langkah kaki
mengikut kemana kau pergi.
kerana aku sendiri tidak pasti
kemana hala tuju jalan yang satu ini.

aku,
berjalan dengan penuh hati-hati,
kerana aku takut,
kalau aku terjatuh,
kau tak sambut nanti.

aku,
hanya mengikut kata hati.
berjalan dengan penuh teliti,
supaya
sekalipun aku jatuh tidaklah berparut nanti.














1 comment: