Thursday, 29 May 2014

trust me, i'm a lawyer!

tajuk aca aca speaking london.

pfffttttt.


tudung-tudung ni semua bukan untuk dijual.
 ini semua tudung kerja aku.

kadang-kadang,
aku terfikir,
hidup aku macam tudung-tudung ni.

kadang-kadang bertukar-tukar warna
kadang-kadang cuma corak yang berbeza
kadang-kadang pula, warna sama je walaupun tudung berbeza
kadang-kadang, memang aku ulang pakai aje tudung yang sama

aku aplikasikan dalam kehidupan harian dalam dunia pekejaan aku ni:

kadang-kadang, aku buat kerja client yang berbeza
kadang-kadang kerja client yang sama cuma mungkin permohonan yang berbeza-beza
kadang-kadang pulak, permohonan yang sama tapi untuk client yang berbeza
kadang-kadang tu, hadapla file yang sama je
sebab hari ni tenung tak dapat ilham esok sambung tenung balik. ngehngehngehh.

tapi,
apa yang selalunya jadi, 
aku tak boleh aplikasikan dengan tudung-tudung sebab 
1 hari selalunya bukan fikir 1 benda je, tapi macam-macam.

aku cuma harap sel-sel otak aku tak banyak yang rosak.

paham ke apa aku rapikkan ni?

kadang-kadang (kerap kali)
aku rasa kerja aku macam bosan.

apa yang seronok?
yang seronok bila dapat gaji dihujung bulan.

25.5.2014
genaplah 2 tahun aku dalam profession ni.

apa yang aku boleh kata,
hidup sebagai seorang lawyer
taklah gah mcm pakai blazer, pakai black & white, seret beg roda mcm nak pegi airport.

tidak sama sekali.

pakai blazer tu panas.
tu belum lagi pakai robe dengan bip aku yg dah tak muat sebab bip semakin mengecil 
(padahal leher semakin menggemok)

seret beg roda?
kau ingat ringan ke beg tu?
berat kau tahu.
aku dokong adik aku si iman pon tak seberat aku kendong beg berisi dokumen tu semua.
tu belum lagi kena angkat naik tangga.

kau rasa jadi lawyer banyak duit?

tidekkk!

alhamdulillah setakat ni cukuplah untuk aku rasa senang.
kais sebulan makan sebulan.

hujung bulan kempis jugak dompet aku.

masa aku sekolah rendah,
aku punya cita-cita nak jadi Perdana Menteri Wanita Malaysia yang pertama

wow! ni idea bapak aku.

adakah dengan menjadi seorang lawyer ni 1 langkah untuk aku jadi perdana menteri wanita Malaysia pertama?

tapi kalau mcm tu aku kena join parti keris
barulah cepat naik
#eh

ahh,
semua ni dunia.

dengan pemikiran waras aku,
apa yang aku boleh kata,
walau apa pun pekerjaan kita,
semua ada tanggungjawab berbeza.

baik kau lawyer kah
doktor kah
guru kah
mekanik kah
kerani kah
tukang masak sekalipun..

kita semua ada tanggungjawab yang kena dipikul
pikullah tanggungjawab yang ada dengan penuh ikhlas dan dedikasi

demi rezeki yang halal.

nak seribu daya tak nak seribu dalih.

bosan macam mana pun sesuatu kerja tu,
kita lah yang kena berusaha untuk mewarna-warnikan dan mencorakkan kehidupan pinjaman ini

be positive 
and positive things will happen.
ecehhh.

percayalah,
apa yang tertulis oleh Allah untuk kita pasti yang terbaik.

2012:
aku dan hani.
sekarang,
kami pakai tudung warna yang sama tapi corak yang beza.

lawyer pon manusia yang ada 100 juta sel otak macam korang semua jugak.
kadang-kadang buruk perangai
kadang-kadang emosi 
kadang-kadang letih
kadang-kadang sedih

sekian,
selamat hari Rabu.

--------------------------------------------
ucapan khas untuk:
MOHAJI HAZURY & ISMAIL


who i am today is because of you.you.you & you. 

thank you.





























Wednesday, 23 April 2014

aku & kau; serta dia.




if you don't fight for what you want,
don't cry for what you've lost.

padan muka.
booo!


Sunday, 20 April 2014

Pen Merah Pen Biru


hati itu,
berubah-ubah sifatnya.

seperti bulu ayam yang tergantung di atas pokok,
dibolak balikkan angin
sehingga yang atas jadi ke bawah, yang bawah jadi ke atas
(sabda Rasulullah SAW)

cepatnya sesuatu hati itu berubah juga adalah diibaratkan lagi cepat dari air yang mendidih
(Hadis Riwayat Ahmad)

aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
(Siti Nurhaliza, Aku Wanita)

[disclaimer: post ini tak berbentuk peribadi tapi adalah general dan universal]


jangan diketuk pintu 
kalau tak mahu singgah.

air boleh membelah batu bukan kerana derasnya ia,
tetapi kerana kerapnya dia menitik.

ibaratnya,
sekalipun bertepuk sebelah tangan,
jika tepuk di air, terpercik lah juga.

ya.
perasaan tidak boleh dipaksa.

tapi,
air yang ditepuk akan terpecik juga,
maka basahlah si dia.

pesan aku,
jangan ditepuk air kalau akhirnya kau akan tinggalkan dia kebasahan.

tapi,
tepuklah air, 
kalau kau akan datang dengan hair dryer dan keringkan dia.

kepada si penepuk:
jangan bertepuk di meja, ataupun di peha.
kerana bunyinya belum tentu sedap di telinga si dia.
takut nanti kau sakit sendiri mungkin juga terluka

jika kau ada teman bertepuk sama,
tepuklah dengannya,
kerana bunyinya mungkin seirama.

jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran pula.

ah,
tapi biasalah.
manusia ada yang tamak sikapnya.

nasihat aku kepada yang tamak:
cerdiklah dalam berfikir.
supaya yang dikejar dapat, yang dikendong tidak tercicir.
cadangan: kauklah dua-dua dengan beg plastik.
[ya, aku tau aku memang cerdik]

tapi,
jangan di lupa,
mungkin keduanya tak sesuai di letak bersama-sama,
kerana satu durian satu epal lah pula.

hahaha.

aku tatau apa aku rapikkan ni,
cuma terasa untuk mengisi masa.

akhir kata,

rasa hati itu,
aneh.
sekalipun 1001 rasa benci,
tapi dia juga yang kita pilih.

bodohkah?
salahkah?

aku tiada jawapannya.

kerana,
rasa itu datang sendiri.
entahkan bila entahkan kenapa entah juga bagaimana
tepuklah dada tanyalah hati.
---------------------------------------------------------------
kepada kaum hawa:

sometimes, 
you just need to accept that some people can only be in your heart
but not in your life.

one day, 
someone will walk into your life
and make you see why it never worked out with anyone else.

if it's meant to be, it will be.

"tebarlah jala, dan bukakan hati" 
[Hani, 2014]

sekian,
salam :)

lagu tema:




-------------------------
Karpal Singh,
requiescat in pace.












Thursday, 10 April 2014

the more the merrier?

Salam 1 Malaysia :)

topik hari ni:

POLIGAMI

satu topik yang aku rasa ibarat mi kari kedai bawah ofis ni..

tak habis makan, simpan, masuk dalam microwave

tadaa...panas semula!

semua orang ada respon tersendiri.

ada yang suka

ada yang pandang sebelah mata

ada juga yang mungkin terasa luka

kau yang mana?

aku pernah satu tempoh tak suka pada poligami.

alasan?
biarlah aku aje yang tau.

tapi,
semakin aku dewasa,
semakin aku berfikir

aku rasa,
bukan poligami yang bermasalah

tapi,
orang yang berpoligami yang bermasalah.

ya,
merekalah orang-orang yang buat aku trauma nak kawen.
HAHAHA

Islam tak menghalalkan poligami untuk menyusahkan sapa-sapa
bukan juga untuk manfaat si suami saja.

jangan terlalu menafi,
takut nanti termakan diri.


Surah Al-Nisa: 3
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan (lain); dua tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah)  hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

jelas tak payah bersuluh.
berlaku lah adil daripada menzalimi.

hati bukan lutsinar.

perasaan manusia tak boleh ditimbang kati.

setiap yang berlaku,
mesti ada hikmahnya.

jangan dikeji jangan dicerca
kerana bahagia mereka bukan ditangan kita
jangan dilupa
jodoh ajal dan maut di tangan Yang Maha Esa

eh,
macam pantun.

kadang-kadang kita terleka,
kita lupa itu semua takdirNya

ah!
cliche kan.

aku percaya takda orang bercita-cita nak jadi isteri kedua ketiga apa lagi keempat

tapi,
cita-cita nak beristeri dua tiga dan empat tu..
ada kot.

Allah itu Maha Mengetahui.

oklah
aku nak pegi kelas.
bai

-----------------------------------------------
lagu fevret aku minggu ni:

















Tuesday, 18 March 2014

DIA BUKAN GADIS LOSYEN.

ada kalanya..
mengangguk tidak beerti setuju.

adakalanya juga..
tersenyum bukan beerti gembira.

ya.
manusia memang sukar untuk difahami.

mungkin
kerana manusia itu adalah seorang wanita.
dia seorang gadis.

dia bukanlah gadis losyen.

mungkin persekitaran menjadikan dia begitu.

persekitaran yang menjadikan hatinya kelihatan keras seperti kayu.

mungkin dia ketawa.

namun hati itu tidak lutsinar sifatnya.

adakalanya sedih.

adakalanya letih.























Tuesday, 25 February 2014

LA: WANTED!

Salam 1 Malaysia


do i love my job?
omnomnomnomnom
(rolling eyes)

but i do love my office.
HAHAHA

iye ke ni??
sambil kedip kedip mata.

kenapa aku suka ofis aku?
sebab ofis aku BEST!

dah nak dekat 3 tahun aku kerja sini
(campur aduk sekali dengan zaman aku chambering)

dalam sehari (24jam), peratusan aku duduk ofis adalah 60%.
ni paling minimum.
kadang-kadang capai 84%

dalam seminggu, peratusan aku duduk ofis adalah 85%..

kau tengok! punyalah aku suka duduk ofis.

gaji?
ok.
 cukup la nak menampung anak beranak aku.
(harap-harap tahun ni ada increment lagi. amin!)

kita ada elaun telefon.
kita ada elaun insurans.
kita ada elaun kesusahan.

kita pernah dapat elaun pakaian
baru-baru lepas kita dapat elaun beli laptop baru.

bonus. hehehe.
komisyen juge.

haaaaaaaaa!
best kan ofis aku.
aku dah kata dah...

bos?
ok.



environment?
pon ok.

ofis siap pernah sponsor aku pegi lombok panjat Rinjani



family day pon ada.






November nak pegi Kinabalu pulak!- insyaAllah
weeehuuuuu!!!!
tak saba tak saba tak saba [versi lisa surihani]


inilah kamar persemayaman aku.

how lucky i am to work here.
egagagagga!

baiklah,
sebenarnya motif utama adalah nak buat iklan.

VACANCY:
Legal Assistant

berminat?
hantar resume
mhipartners@gmail.com










Wednesday, 22 January 2014

F.R.I.E.N.D.S

Assalamualaikum..

:)

(:

apa khabar kamu di sana?
ya.
kamu lah.

aku tengah malas nk siapkan kerja.

sereberum aku telah melanggar kewajipan fidusiarinya untuk memastikan aku terus fokus bekerja.

atau mungkin sel-sel otak aku tak berhubung dengan baik untuk menyeimbangkan otak kanan dan otak kiri aku.

tiba-tiba rasa nak main 1 permainan.

describe your friends in 3 words (max)

watak-watak adalah kawan-kawan sekelas DLSA aku
(sempena dah habis sem)


SYUHADA
hati ada taman

ZAFF
ayam golek giant

HUSNA HAMDAN
budak gonjeng


NORA
lemak berkerim

KAK ROS
duta tudung fareeda


KAK AMAL
ilmu penuh didada

KAK NURUL
diam ubi 3.8

KAK PAIRUS
sambil flip tudung


KEE
baby face?


MEOR
mukasurat dikertas jawapan

kpop malaysia?

HAFIZ CLP
datang dihujung semester

ABU DZARR
poligami pro bono
pengerusi kelab poligami

AUZAN
hebak mu nihh!

SHAFIQ JORDAN
kucing parsi meowwwzz



USTAZ FIRDAUS
suami idaman wanita?

SYAMIR
lutut tak longgar


USTAZAH FILZAH
kitab usulfiqh bergerak


CHE SU
gadis melayu terakhir

KAK ZIHA
diam-diam

KAK ZURA
pengerusi anti poligami

DAYAH
penolong ketua kelas


ini geng sayap kanan.

CHE PAH
makanan

EFFA
empok!

HUSNA
colour block

TIRA
riang ria raya

NAJWA
diam ubi berisi

SHANUR
fashionista

SHIKIN
muka garang

ZULIYANA
ramah tamah



TUAN RUSHDAN
suami mithali


MAZLIN
minah rempit



FARAH ADIBAH
lawyer midvalley

FIZO
gila-gila ujang

RADEN
 licinnya kulit dia


SIDDIQUE
kuruihhh gila


HAFIZ
ya abu hanifah

YAZID
suka ponteng


FAIZAL
duta pekasam gerik

em em..
ada lagi 2 orang aku rasa tapi aku takda gambar depa

MASTURA HANI
innocent

KIKIN HASHA
anak dara pingitan


"though miles may lie between us
we are never far apart
for friendship doesn't count miles
its measured by the heart.."




thank you for all the memories we've shared.


lagu tak berapa mengikut tema:



jom pegi karaoke jom??
c.c Husna Hamdan, Faizal Nizam, Syuhada

----------------------------------------------------------------------------

Charles Caleb Colton ada menyatakan:

"friendship often ends in love,
but love in friendship-never."

motif?
takda motif. 

hahahahha.

ok babai.

aku kena decide nak sambung kerja ke nk balik rumah.

assalamualaikum.
semoga sejahtera ke atas kamu semua di mana pun berada.