Hai semua rakyat Malaysia :)
Selamat Hari Isnin.
Hadapilah apa pun keputusan pada malam tadi dengan senyuman oke!
Siapa pun pemimpin kita, hormatilah beliau.
Allah is the most knowing.
semua adalah ketentuanNya yang pasti ada hikmah disebaliknya.
cuma berasa sedih bila baca, dengar dan tengok keadaan sekeliling, perangai kita-kita semua.
tak menunjukkan kematangan dalam berfikir, kematangan dalam berkata-kata dan kematangan dalam bertindak.
aku tak kata aku berfikiran matang, sebab aku pon baru setahun jagung dan aku pon bukanlah banyak ilmu di dada. sebab aku ni malas baca surat khabar.
kalau aku beli hari ni (lagi-lagi hari kerja) confirm esok pon belum tentu aku baca. tu malas tu.
ada henpon canggih pon malas lagi nk baca. heee.
Rakyat Malaysia,
janganlah kita saling kata-mengata.
tak baik.
janganlah kita caci-mencaci.
tak elok.
janganlah pukul memukul,
berdosa menyakiti sesama makhluk Tuhan.
kepada yang telah diberikan mandat,
jalankanlah tanggungjawab anda dengan penuh ikhlas, jujur, dan paling penting amanah.
menyandang jawatan bukanlah sesuatu untuk dibanggakan tetapi disebalik jawatan yang disandang itu ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan dilaksanakan.
sebagai anak muda,
saya AIMI SHAZWANI YAAKOB amat berharap,
anda-anda semua laksanakanlah tanggungjawab dan mandat serta kepercayaan ini dengan penuh rasa tanggungjawab untuk menjadikan Malaysia satu negara yang aman, makmur, maju dan rakyat yang sentiasa terbela hak kebajikannya.
kepada PR,
walaupun anda tidak menang,
tapi anda menjadi pembangkang yang berjaya.
berfikirkah dari sudut positif Malaysian!
aku tak nafikan PR adalah pembangkang yang berjaya.
check & balance itu kena ada dan penting supaya parti yang memerintah kerajaan itu tidak tidur dan alpa serta terlalu merasa selesa.
senario macam ni kena ada supaya pemerintah yang duduk di atas dapat melihat keperluan dan kehendak sebenar rakyat.
ini adalah pendapat aku saje.
u may agree or u may not.
kita sebagai rakyat janganlah terlalu taksub dengan sesebuah parti tersebut sampai hilang pertimbangan.
sampai hilang rasa hormat sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama Islam.
sedih bila tengok sesama Melayu, sesama Islam bergaduh, saling caci-mencaci, kata-mengata, bermasam muka.
perlu ke?
apa pun yang anda pangkah itu hak anda.
tapi bersihkan lah hati-hati dan fikiran kita.
kenapa perlu saling benci membenci?
itu bukan tujuan utama kita mengundi dan bukan tujuan utama sebuah negara yang berdemokrasi.
bila orang memberi salam, jawablah. kerana menjawab salam itu wajib dan dapat pahala tau.
bila orang berjabat tangan, jabatlah. kerana itu akan merapatkan ukhwah dan silaturahim kita sesama manusia.
act like an adult people!
kemon!
bila orang berkata pasal dakwat kekal,
mereka bukanlah mempertikai dan mengkondem.
jangan cepat naik hangin.
tidak lah bermaksud sampai kena tukar kepada tatu.
memang betul, tiada apa yang kekal di dunia ini termasuklah kita yang bila sampai masanya akan kembali ke tanah juga.
tapi, benda macam ni jadi adalah sebab terlalu digembar-gemburkan dakwat tu cuma akan hilang selepas beberapa hari.
bila balik cuci tangan, pegi berak, basuh pinggan, pastu dah hilang mestila orang akan bercakap.
ala, biasa la tu.
kita kan manusia. mulut tempayan pon susah nk tutup apa lagi mulut manusia.
pasal pengundi hantu,
tak payah la nk kecoh sangat.
korang tu pegi jela mengundi. jalankan tanggungjawab. SPR tau buat kerja dorang.
sebelum korang nak cari pengundi-pengundi hantu ni baik korang cari kawan-kawan korang yang tak mau jalankan tanggungjawab tu.
bercakap politik kongkangkongkang, bila cerita pasal spenda putih seronok, tapi tak pegi mengundi.
apela..
action speaks louder than words la.
ada juga yang tak suka bila ada yang buat flashmob.
hon sana hon sini.
ye. aku pon tak berapa gemar.
sebagai seorang yang pernah belajar environmental law dan menjadi ahli lelap kelab environment,
hon hon tu menyumbang kepada pencemaran bunyi.
tapi,
cuba fikir,
mana lagi saluran yang mereka boleh buat untuk berkempen kalau semua media masa media cetak pon dah macam berat sebelah.
lihatlah guna mata, fikirlah guna akal, dan dalamilah dengan hati.
aku tak memihak kepada sesiapa cuma berkata dari apa yang aku nampak.
bangun pagi tadi,
aku terbaca status Perdana Menteri kita.
aku tertarik dengan status ni.
KINI TIBA MASANYA KITA KETEPIKAN PERBEZAAN POLITIK DAN BERSATU UNTUK MAJU DEMI MALAYSIA YANG TERCINTA.
indeed!
BN dan PR,
apa pun parti anda,
bersama-samalah, gabungkan idea dan pemikiran anda semua supaya dapat memimpin dan menjadikan Malaysia ini lebih maju dan aman.
dari dulu zaman tak cukup umur lagi aku dah fikir kenapalah depa ni tak boleh ke jadi kawan, kongsi-kongsi idea, tuka fikiran..
janganlah asyik saling kata mengata memburukkan sesama sendiri.
benda macam ni buat aku hilang respect lagi ada la.
apa pun parti mereka,
biru dancing, biru muda bulan sabit, hijau bulan putih besar, putih roket..
aku tau misi dan visi mereka sama.
mereka semua nak memimpin Malaysia menjadi negara maju dan makmur dan juga harmoni.
siapa yang nk Malaysia ni mundur apa lagi tergadai kan.
takkan la depa semua bodoh sangat nak hidup macam zaman penjajah dulu.
ye dok?
kepada PakJib dan barisan pemimpin BN yang lain,
saya AIMI SHAZWANI YAAKOB amat berharap anda buktikan yang status anda itu datang dari hati yang ikhlas.
sekali lagi,
action speaks louder than words.
semoga lepas ni saya tidak mendengar sebarang ucapan-ucapan bongkak dan mendabik dada.
semoga saya tidak mendengar kata-kata yang merendahkan martabat dan menghina orang lain.
semoga saya boleh tengok tv dan dengar radio dan baca surat khabar yang tulus dan telus, pleaseee..
kepada Pakatan Rakyat,
please behave.
walaupun anda tidak menang, tapi anda menang di hati sebilangan rakyat.
jangan berhenti berkhidmat untuk rakyat.
dan..
saya AIMI SHAZWANI YAAKOB juga amat berharap yang saya tidak mendengar kata-kata yang juga merendahkan dan menghina martabat orang lain daripada anda semua.
bertindaklah dan berkata-katalah seperti orang yang matang dan berpelajaran. sekian.
kepada penduduk kampung,
udah-udah le tu.
meh kita tengok spongebob meh.
APA YANG PENTING KERJASAMA!
ulang lagi,
APA YANG PENTING KERJASAMA!!
janganlah gaduh-gaduh lagi.
tak malu ke orang-orang muda macam saya ni tengok.
inikah orang-orang yang makan garam lebih dulu?
macam ni saya tak mau la makan garam baik saya makan bege lagi sedap.
okeilah semua,
pendek kata,
marilah kita buang yang keruh dan ambik yang jernih.
padamlah semua titik hitam di hati, dan di minda.
let's start afresh!
sekali lagi,
siapa pun beliau,
hormatilah pemimpin kita selagi ia tidak bercanggah dari yang sepatutnya.
percaya dan yakinlah kebolehan dia.
berdoalah semoga kita semua sama-sama menuju ke arah sesuatu yang lebih baik.
peace no war!
haha.
#forabettermalaysia
pesanan cikbidadarijahat:
berfikiran positif dan bermuhasabah dirilah kita semua.
jangan cemerut-cemerut,
jangan gaduh-gaduh.
kalau asyik gaduh nnt kuih raya kat rumah tak habis la raya nnt
(ada kaitan ke??)
i love Malaysia!
****************************************************
semalam tengok ironman3!
adik aku belanja.
heee.
best!
apa yang aku nk komen:
aku suka part bila tony selamatkan pepper masa rumah dia kena serang.
sanggup dia bagi pepper pakai sut dia.
ye,
aku mencari lelaki begitu.
yang mana buat aku rasa selamat.
kalau tak, baik aku jaga diri aku sendiri je.
hahaha.
aku tau tu cuma cerita.
tapi tak salah bercita-cita.
(tapi aku tak suka tengok drama korea sebab nnt tahap cita-cita aku tu mcm angan-angan mat jenin je)
bai semua.
esok dah kena kerja.
so aku pon kena lah mula buang yang keruh ambik yang jernih.
bersihkan hati.
dan mungkin juga kena berani untuk membuat satu reformasi dalam kerjaya.
inikalilah atau lainkalilah?
itu yang aku kena fikir sekarang, demi masa depan untuk diri sendiri dan kehidupan sebenar yang dicari.
semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.
No comments:
Post a Comment