hai semua!
assalamualaikum.
selamat hari isnin.
hari ni banyak masa lapang sebab aku memang lapang.
nak buat kerja sekolah tapi malas.
nak buat research lagi la malas.
nak tido siang-siang buta ni macam bukan manusia je.
ni la padah orang yang buat keputusan ikot perasaan.
nah! hambek kau. padan muka.
ok abaikan aku yg tekanan perasaan ni.
hari ni 27.5.2013.
kalau ikotkan bulan lepas tarikh yang sama aku tengah dengan penuh semangat siapkan kerja sebab 28.4.2013 tu nk pegi bercuti.
bestnya!
kalau aku ni doremon dah lama aku ulang sebulan lepas
(kecuali part kena siapkan kerja tu)
hari tu aku dah tulis pasal hari pertama.
jadi, untuk mengisi masa lapang aku ni meh la aku sambung cerita hari kedua dan ketiga pulak.
tapi sebab dah sebulan lepas punya cerita mungkin ada yang ingat lupa lupa lah ye.
aku ni mmg short term memory sikit.
Kalau hari pertama kitorang pegi trekking dan naik banana boat,
hari kedua kitorang pegi snorkeling!
semua anak-anak ayam termasuklah mak ayam ni tatau berenang,
jee sorang je tau berenang.
bawah matahari pakej snorkeling yang dia bagi ada 6 point.
(aku ingat lupa-lupa jadi aku sebut yang aku ingat je la ye)
1. tempat penyu telo (tak ingat nama tempat)
kat sini aku nampak ikan ikan je tapi aku paling excited tengok ikan bilis!
ikan ikan bilis yang jalan berkumpulan.
2. turtle point
dekat sini tengok penyu. besa!
tapi penyu kat bawah kami yang tatau berenang ni tengok dari atas je la.
3. shark point
dekat sini aku tak nampak pon shark nye.
depa malu kot.
4. coral view.
*aku tengah berkerut sebab nk mengingat kat mana je tempat aku pegi*
lain kali kalau pegi trip lagi aku nk catat dalam buku catatan la. haha
ok la aku malas nk memerah otak untuk ingat.
masa mula-mula snorkeling ni aku tak reti nk bernafas ikot mulut jadi awal2 tu aku tak rasa seronok lg tengok ikan ikan ni semua sb aku asyik naik atas air sb nk bernafas.
tapi lama-lama okei dah.
cantik! tengok ciptaan Allah memang buat hati kita tenang.
aku rasa macam best je tengok ikan-ikan yang aku tatau nama, coral, penyu, ikan bilis.
lagi best dari perasaan dapat gaji hujung bulan. (over!)
jadi ikan kat perhentian ni memang seronok, ada orang bagi roti soh makan.
pastu orang-orang ambik gambar dia.
macam model sangat kan kau ikan.
tengok la aksi-aksi kami geng ayam ni:
1. gaya-gaya bagi ikan makan.
2. gaya-gaya budak tak tau berenang tapi hegeh nk snorkeling
3. gaya-gaya naik turun bot. dan di atas bot.
aisyah si berat!
aisyah konon bawak bot.
odah & fith!
sharina. pon berat jugak.
ni pulak aku yang pon berat juge!
haa! hambek kau sampai senget bot!
ok malam ni aku buat sit up dan tak makan banyak.
dah snorkeling snorkeling,
abe-abe pulau bawak kami ke water spring atau disebut juga sebagai air berani.
konon-kononnya siapa minum air kat sini nanti cepat la jodoh tu sampai.
aku antara yang excited la nk minum siap pk nk isi dalam botol (tipu je).
aku siap mandi kat sini.
tapi takde siapa ingatkan aku suruh minum.
harap-harap dengan mandi air berani ni sekali petik 10 lah yang datang ye.
mwahahahaha!
ni pulak gambar kami dekat kolam air berani tu.
[cuba perhati gaya ecah (yg tudung serkop oren kiri sekali)]
aku tatau apa motif gaya dia sambil memegang cebok tu.
cantik tak pemandangan kat sini?
cantik kan!!
gambar semua tak edit.
rasa macam takmau balik bila duduk dekat sini.
(sebelum datang sini ada yang berharap dapat jodoh dgn org pulau)
dari sini abe-abe pulau bawak pegi kampung nelayan pulak untuk makan tengahari.
masa ni lapa so takde nk ambik gambo sangat la masa makan. lepas makan baru la masing-masing galak semula.
aku tatau ini apa motif konon nak buat aksi pandalela renong tapi batu banyak sangat.
aku#ecah#odah
ecah dan aksi gediknya ala-ala model topi pantai
ni sekolah dekat kampung nelayan tu.
lepas dah kenyang, jalan-jalan lagi.
pegi kawasan rumah api.
(masa ni mardiah dengan jee je yang nak turun snorkeling lagi)
tiba-tiba ada 2 ketul budak lagi nk turun jgk.
tapi sebenarnya dua ketul budak ni ada niat lain kenapa dorang nk turun tu.
hahahahha.
nama dua ketul budak itu dirahsiakan.
sebab dua ketul ni tak dapat turun jadi diorang bagi makan ikan je la.
sebab takut ada yang hanyut sampai kena ikat tali ha abg syakir ni.
dari sini kitorang jalan keliling pulau.
nyaman!
sampai dekat pulau, kitorang bersiap untuk BBQ pulak malam tu.
aksi-aksi sebelum pegi BBQ.
abe-abe pulau!
aksi-aksi comel hani & fith
sempat petik buahan lagi mereka ni tau.
dekat pulau ni, ada 1 pokok, yang mana kononnya kalau korang gantung karang-karang,
sambil korang niat nama orang yang korang harap jadi pemilik tulang rusuk korang makan nnt dapat la.
ala-ala macam korang tengok cerita korea yang letak magga kunci tu la konon konon.
(jgn percaya kurafat, tapi aku ada terniat nk buat jgk la walaupun tatau nk niat nama siapa kan)
ni la pokok tu. wish tree la sangat.
chef bbq adalah abe wan!
tapi tukang kipas abang dee (kitorang panggil dia abe kipas)
ni abe kipas tapi masa ni dia tgh buat unggun belum mengipas lagi.
abg wan & abg jo
kami pulak pencucuk daging.
ni la aksi-aksi anak-anak ayam semua.
kononnya nak candat sotong la kan
nenas pulau!
aisyah & boyfren perancisnya.
pemandangan waktu siang.
pemandangan waktu malam.
bibik ecah!
dayah yang rajin di dapur.
penghibur jalanan.
(masa ni takut jgk kalau hujan)
unggun api abang bot yang buat.
walaupun daging tak berapa nk masak,
tapi.. sedap la jugak.
3x aku tambah pasta tu.
nampak sgt lapar!
balik dari bbq ni pon best. pulau ni jauh dari pulau tempat kitorang duduk.
so ada la pengalaman naik bot malam-malam.
abe-abe pulau kata tak boleh bukak lampu sebab nnt ikan todak naik.
(aku tatau betul ke main-main ke)
sampai bilik mula la aktiviti gossipgirl bersama hani & ecah.
hahahha.
zzzzzzzzzz
ok cerita hari ketiga pulak.
hari ketiga ni nak balik dah.
tapi pagi tu bangun awal lagi nk tengok sunrise.
marilah sama-sama menikmati keindahan ciptaanNya.
sesi menulis nama la pulak.
roti canai pulau yang sedap kata jee.
ni pulak gambar-gambar ala-ala perpisahan. haha
padahal sampai darat belum la berpisahnye pon.
tiket bas kitorang malam pkl 830.
maka abe-abe pulau ni pon bawak la kitorang pegi beli ole-ole la, beli kepok la, otak-otak.
abg wan kata ni otak-otak original. tapi... aku lagi suka otak-otak tak original tu.
maybe sebab sepanjang hidup aku makan otak-otak tak original tu kot. ni first time makan otak-otak original ni.
nilah abg wan dan abg syakir yang dok melayan kitorang ni.
terima kasih :)
(masa ni dok melepak dekat tepi pantai *pok dara kot nama tempat ni*)
inilah hasil borongan aku. banyak kan..
Hani dengan nemonya dan aku dengan si Rawa!
lepas tu abg syakir dgn abg din bawak jalan pegi pantai.... (tak ingat nama) jap aku nk google.
Pantai Bukit Kluang.
iklan drypers.
abg syakir & abg din yang bawak kitorang jalan sini.
sabar je dorang ni layan kitorang ni ha.
tapi masa ni odah dgn sharina dah balik Kuantan.
tinggallah kami bertujuh.
best tak tengok aku dengan kawan-kawan aku pegi bercuti?
aku pon ttb rasa nk pegi bercuti lagi membawa hati yang lara.
ececece. lara la sangat!
oh sebelum terlupa.
ni gambar fevret aku. haha
#kami bukan pasangan LGBT ok!#
kesimpulan:
Pulau Perhentian adalah satu lokasi percutian yang best!
kalau korang pegi bercuti dengan keluarga dinasihatkan pergilah Perhentian Besar.
lebih sesuai untuk kanak-kanak.
kalau tak nanti anak-anak korang lemas di daratan pulak.
kalau korang datang nk honeymoon ke, ikot korang la nk pegi mana kecil ke besar ke.
tapi kalau pegi perhentian kecil ni, korang jagalah lah mata laki korang ye. heee.
aku rasa aku akan ke sini lagi.
nk try camping kat luar pulak.
insyaAllah panjang umur dan murah rezeki.
percutian yang pada aku bajet berpatutan ni,
penuh dgn aktiviti, memang puas hati.
terima kasih Matahari Chalet & Matahari Travel & Tours
#cuti-cutiMalaysia
sekian, wasalam.
tiba-tiba rasa gambar kawan aku ni comel.
tadaaaaa!!!
Aisyah dan Hani
status: single. haahhaha.
kepada Hani & Ecah,
tq sebab selalu layan keluh kesah aku.
i lap u both!
aku nak kidnap ko pegi tioman
ReplyDeleteBaca untuk kali keseratus juga. :)
ReplyDelete