Assalamualaikum semua :)
tak jawab dosa, kalau jawab sayang.
hari ini hari Sabtu.
seminggu dah aku cuti.
memang best bila cuti.
walaupun kadang-kadang naik hangin bila ada gangguan especially dari client.
tapi tak boleh salahkan dorang juge mana dorang nak tau aku cuti kan, tapi sorry la aku tak angkat call dan tak reply ye sebab aku betul-betul malas nak fikir pasal benda lain sebab aku nak cuti ni seksa yang amat.
Kalau tahun lepas aku bercuti ke Kelate dengan dak Ida dan dak Lala,
tahun ni plan bercuti dengan kawan-kawan uitm pulak.
lama kitorang plan untuk percutian ni.
sejak awal tahun lagi.
kutip duit sikit-sikit.
dari tak decide nak pegi mana sampai la decide nak pegi Perhentian.
yes, PERHENTIAN!
aku rasa ini memang pilihan yang sangat tepat dan tak menyesal langsung!
mula-mula, dak Ecah lah tunggak utama menjalankan tugas membuat research mana tempat-tempat dan juga pakej yang sesuai lagi menarik.
almaklumla aku kan konon bz nak mampos.
(sebenarnya masa ni bos dak ecah bercuti sebab tu dia banyak masa lapang. hohoho)
banyak jugak pakej yang menarik.
ada yang bagi pakej snorkeling dan makan.
macam-macam la.
google la korang sendiri jangan malas. haha
tapi,
setelah ditapis-tapis,
maka kitorang buat pilihan antara 2 pakej untuk di undi oleh kawan-kawan pantai yang lain a.k.a anak-anak ayam aku yang lain.
akhirnya,
satu kata putus dan persetujuan sebulat suara pun dicapai dan kami memilih pakej MATAHARI!
and again, kami sangat berpuas hati dan tak menyesal. TAK MENYESAL ok!
ok.
biar aku cerita pasal pakej MATAHARI ni dulu.
(sambil nyanyi lagu bunga-bunga matahari, anggun mekar di taman lalalallala tatau lirik dah)
MATAHARI TRAVEL & TOURS
|
|
HARGA
PAKEJ
|
245/seorang
–garden view
|
PAKEJ
|
3
hari 2 malam
|
MAKANAN
|
*TIADA
MAKANAN*
|
AKTIVITI
|
Snorkelling
+ equip (6 tempat)
|
Island
Hopping (melawat pulau)
|
|
Banana boat
|
|
Jungle
trekking
|
|
BOT
|
Bot
PERGI & BALIK
|
KIRA-KIRA
|
245
(pakej)
|
+
|
35 (extra activities)
|
+
| 91 (tiket bas pergi & balik) |
TOTAL
|
RM 371
|
+ RM 50 (BBQ)
|
|
+gambar dalam air (unlimited)
|
|
=
|
RM 421#
|
Jadual ni adalah aku copy paste dari kira-kira masa present kat anak-anak ayam aku hari tu.
ni dah termasuk kira-kira tiket bas pegi balik dari Shah Alam.
inilah chalet yang kami duduk.
selesa!
pemandangan dari chalet masa sunrise.
cantik kan.
Subhanallah.
bila sampai pulau ni, tengok pemandangan yang cantik, tenang hati aku yang super duper serabut sejak beberapa minggu sebelum sampai sini.
ok, meh aku cerita pasal trip kitorang pulak.
trip ayam ni dianggotai oleh 9 anak-anak ayam panassss (hot chixss).
mardiah#ecah#jee#odah#sharina#hani#dayah#fith#aimi
7 orang dari kami bergerak naik bas dari Shah Alam pada 28/4/2013, 9.30 malam.
2 lagi gerak dari Kuantan.
ni la muka-muka yg ceria walaupun esoknya adalah hari Isnin. hoho.
perjalanan naik bas dari Shah Alam ke Kuala Besut terasa sangat lama, macam naik kematu bontot duduk dalam bas. bila la nk sampainye.
tido bangun bangun tido kenchh tido lagi bangun lagi. nak dekat pkl6 baru la sampai.
sampai-sampai kami disuruh oleh abe jo tunggu dekat ofis deme dekat 7seas.
kebetulan dak odah dengan dak sharina duduk kat hotel T'Lodge kat sebelah tu.
dah solat subuh semua, abe jo ajak le serapan.
(pagi tu abe jo belanja serapan! mujo aku makan 2 serapan pagi tu roti telo dgn nasik goreng)
siap serapan, kena tunggu bot sampai pukul 830.
maka, kami pon mulalah terkinja-kinja dalam ofis Matahari ni.
hani si bendahari dengan kakulator gajahnya
jee isi nama untuk naik bot.
bila bot dah nak sampai kami pon bertolak la ke jeti.
yg beg merah menggedik topi purple pakai beg roda mcm terkeluar AF tu aku la tu.
dari belakang nampak macam artis pegi bercuti tak?
ni pulak perangai-perangai anak-anak ayam masa dekat jeti.
first time naik bot laju u olss.
mujo la mak ayam ni dan anak-anak ayam sekalian ni tak mabuk laut.
pemandangan dari jeti
ni la aksi-aksi kami menaiki bot laju.
masa ni aku rasa sangat seronok lagi nyaman sebab rasa nak pegi jauhhhh sangat dari kerja dan segala bala masalah.
ok. aku mmg sengaja letak gambar odah ni. heee
perjalanan dari jeti ke Pulau dalam lebih kurang 40 minit.
(aku tak tengok jam pon kira berapa minit, abe pulau yang bagitau)
kami pegi ni Perhentian Kecil (Long Beach)
sebab nak rasa ala-ala mat salleh la u olsss.
bila dah sampai pulau kan..
rasa macam...
Subhanallah.
cantik gila! aku tak tipu!
ada banyak pemandangan cantik tp nnt aku tunjok bia aku tunjok aksi-aksi gedik ayam-ayam ni semua dulu.
aksi 1: aksi gedik mak ayam
aksi 2: aksi gedik mak ayam dan admin tertinggi geng ayam (dak ecah & dak hani)
aksi 3: aksi gedik dengan anak-anak ayam sekalian
abaikan fith yg mcm agak spastik gayanya yang penting gaya aku di situ penuh mutu dan keunggulan.
mcm retis kena tangkap khalwat ke deme dua orang ni.
cuba teka ni apa?
next: mempersembahkan aksi paling gedik oleh 3 anak ayam.
tadaaa!!!
mardiah
hani
ecah
awal-awal sampai ni free activity lagi sementara tunggu check in bilik kan.
so kami mandi-manda dulu kat tepi pantai ni.
best wooo.
siap berkenalan dengan mat saleh yang kata aku dengan dak ecah ni nakal.
berani dia!
tau la dia suka odah!
wow!
kalau anda buntang mata sila tengok lama-lama sebab kedipan kedua dah berdosa.
dalam pukul 12 ke 1 kot (aku lupa nk tengok jam masa ni), kitorang bersiap untuk trekking pulak.
terbakar jugak la kot sekilo lemak-lemak yang membiak secara illegal dalam badan aku ni.
pening abang banana ni layan ayam-ayam ni semua.
(Nama Sebenar: Ahmad Shakir, Nama Glamour: Aaron Daud katanya!)
kitorang jalan sampai dekat tempat kincir angin.
lepas tu turun dekat 1 kawasan yang sangat cantik.
sebenarnya kitorang patut teruskan lagi trekking dalam 45minit lagi tapi sebab masing2 dah macam udang dalam kuali so kitorang pon turunla dekat tangga-tangga ni sampai la laut yang biru tu.
yes! aku yang tak pandai posing ni takkan melepaskan peluang untuk ambik gambo.
(abg banana yang ambik oke! tapi dia tak ambik pon aku buat peace tu)
macam biasa setiap tempat mestila akan disulami dengan gaya-gaya anak-anak ayam sekalian kan.
hani dan abg banana
dak ecah yang tiga suku
jernih air kat sini.
aku tak reti berenang so kalau nampak kaki aku yang mcm cecah tanah tu sila tutup mata dan anggapla aku berenang ye.
lepas trekking adalah aktiviti banana boat!
yihaaa!
pakcik banana datang ambik kami semua dekat sini.
odah dengan gaya spastik dia
masa banana boat ni ada kejadian yang aku rasa aku mmg takkan lupa lah.
tq ecah si woderpet! haha.
cuba korang tgk gambo then korang tau la apa yg jadi
masa ni riang ria lagi
ok. dah dijatuhkan. sakit tengkuk aku kena campak dalam air.
haaa! tengok tu tengok tu.
ada 2 orang anak ayam tak dapat naik banana!!
oh no!
aku adalah salah sorang dan sebenarnya aku la yang tak dapat naik tu.
haha.
sebab banana tu ttb bergerak-gerak sampai aku tak dapat capai lepas tu ecah si wonderpet nak tarik aku lama-lama dia pon hanyut sama
pakcik banana yang cuba menjadi penyelamat pantai tapi..
dia ttb balik sebab tak larat nak kendong kami dua orang.
tapi ecah si wonderpet boleh senyum tu kira ok lagi la tu kan. haha
tapi akhirnya dapat jugak la naik.
tq kawan-kawan semua.
i lap u olss lah! mwahhh!!
ok ni gambar trip banana kedua diketuai oleh odah yang rabun.
sila perhatikan gaya odah okei.
macam bawak moto lumba atas darat kan gaya dia
ok hampir nak jatuh..
tadaaa... odah dah lemas diselamatkan oleh abg banana.
tu dia!
pakcik banana penyelamat pantai!
peeewwiiittt!!
aku tak boleh lupa muka penat dia masa lepas selamatkan dorang ni semua.
huiihhh, walaupun kurus tapi pakcik ni mmg perkasa la masa tu lagi-lagi pada pandangan wanita dak ecah. haha
odah diselamatkan oleh abg banana.kuikuikui/
ecah, kita memang legend la kan.
abg banana tak selamat kan kita pon. ngehhh!
balik banana ni kitorang pon pegi la makan.
mmg lapa tahap gaban masa ni.
kami ode tomyam seafood dan telo dadar. air pulak semua nk jus jus belako.
harga makanan kat sini memang la mahal tapi tak la mahal gila. sama je macam kalau korang pegi makan dekat mont kiara ke.
so tak payah nak kepochi sangat kata makan kat sini mahal padahal kat darat korang makan makanan mahal2 takpe pulak kan.
ni dua orang budak lapa lagi-lagi yang tudung hitam tu.
oh lupa nk kata. kat sini adal chalet yang tak bukak elektrik 24h termasuklah tempat kami duduk ni.
tapi tak jadi masalah pon sebab waktu tu biasanya kami takde dalam bilik pon.
*kat akhirat nanti kan lagi panas. heeee*
malam pulak, aktiviti makan lagi!
lepas makan, kitorang jalan-jalan pulau.
best malam-malam pasir sejuk.
lepas jalan-jalan makan aiskrim pulak.
lepas tu tido la kami semua sebab esoknya nak snorkeling pulak.
huu.
hari kedua dan ketiga nnt aku sambung ye.
oh sebelum tu.
aku nak kata,
pakej MATAHARI Travel&Tours mmg ohsemm la beb!
bukan saja pakej, tapi pakej sekali dengan abe-abe pulau yang jugak sangat ohsem!
rasa macam ada bodyguard okeh!
*beza lah abe darat dgn abe pulau* <-- statement ini mungkin akan dikecam dan mungkin akan menyebabkan aku dipulau. agagaga.
sebab aku nk sambung hari kedua dan ketiga tu kat post lain meh aku bagi teaser sikit. heee.
kami yang excited!
abg bot yang kalau duduk sebelah aku macam nak jatuh bot tahap tepi dia duduk tapi kalau sebelah mardiah duduk bersila siap.
mungkin sebab aku gemok so dia rasa sempit, dan mardiah pulak kurus kot.
inilah bodyguard kami!
abe-abe pulau.
abg wan#abg jo#abg shakir
#kami rakan sebaya rupanya
ni pemandangan masa matahari naik. tak edit ye.
takda suami nak pegang tangan so pegang la tangan dak hani
kepada bakal suami si peminjam tulang rusuk (ayat macam nak kena tampar),
nanti kita datang sini buat gaya macam ni ye. haha. (rasa nak muntah)
okei korang.
nanti ada masa panjang umur aku sambung lagi.
kesimpulan:
aku tak puas bercuti.
satu hari nnt aku akan datang sini lagi.
#jomkitakeluarmengundi #forabettermalaysia
aku suka gambar ni walapun tatau apa motif sebenar.
ok, babai.
baca untuk kali yang keseratus kalinya
ReplyDeletebesttttnya!!! cantik gile tgk pulau perhentian..kena plan ke sana nnt :)
ReplyDeleteJom pergi Pulau Perhentian.
ReplyDeleteJika berminat boleh email sy :
perhentianisland.cuticuti@gmail.com
assalamualaikum. murahnye pakej ni! memang sekali ngan banana boat,jungle trekking ke rm245 tu? boleh bagi link fb pasam matahari travel ni tak?
ReplyDelete