Monday, 7 October 2013

LANGKAH BENDUL

Hai!
Assalamualaikum salam sejahtera.

dah lama tak update.
walaupun kadang-kadang sel-sel otak berhubung membuahkan idea untuk menulis tapi otak tak memberi rangsangan yang kuat untuk tangan aku bergerak untuk menaip menjadikah buah-buah fikiran dalam kepala otak aku ni menjadi bentuk tulisan yang tak la seronok pon tapi sekurangnya ada la aktiviti sukan untuk jejari aku ni biar jadi runcing sikit tak la gemok sampai nak type dekat telefon pon asyik typo.
Bahana jejari yang gemok.

Fokus utama kali ini adalah adik aku
AMIRUL AFIQ!

entry ini adalah sempena dia nak kawen dah minggu depan.

dah la langkah bendul lepas tu tak bagi aku hadiah langkah bendul. cisss.

besar dah rupanya adik aku tiba-tiba nak jadi laki orang dah.

aku dengan dia takla beza sangat umur.
beza setahun je pon.
jadi walaupun aku kakak dan dia adik orang nampak dia abang dan aku adik
i like!
aku tau aku mmg nampak muda yawww!
tq tq. jangan la puji-puji lagi i malu la u olsss *blushing*





kitorang besar sama-sama. main sama-sama.
benda paling aku ingat aku suka dengki dengan dia.
sebab dia baik. ibu aku sayang dia. agagagaga.

dulu kitorang ada bantal buat peluk masa tido.
aku punya bentuk burung.
dia punya bentuk penyu yang gemok.
adik aku koyakkan kepak burung aku.
aku rasa dia tak sengaja pon sebenarnya.
lepas tu aku yang keji ni pegi gunting ekor penyu dia. 
[teruk bebeno perangai aku dari kecik perengus rupanya. ishishish]

bila ingat balik mcm menyesal je.

lepas tu bila raya,
mesti aku akan make sure duit raya aku lagi banyak dari dia tapi mesti aku akan kalah aku pon tatau kenapa.

masa kecik dulu kitorang dah pegi kedai beli barang runcit.
walaupun masa tu tatau kira duit pon lagi, nanti kitorang akan bawak list barang lepas tu bagi kat makcik ke pakcik kedai.

pegila naik basikal.
bila nak kena beli kelapa, kena pegi kedai terus 
[kedai ni jauh sikit dari rumah dan kitorang panggil kedai terus sebab terusss je dari rumah sampai kedai ni takde belok-belok]

bila beli telur 10 biji,
balik mesti akan ada yang pecah.
jarang la 10 bijik tu selamat.

bila aku 12 tahun aku masuk asrama so lepas tu aku balik rumah pon dalam setahun berapa kali je.
tiba-tiba je adik-adik aku dah besar.

lagi satu benda aku tak boleh lupa.
ayah suruh hafal sifir.
sampai sifir 7 aku sangkot tapi dia lepas.
jatuh reputasi aku sebagai pelajar pintar masa tu. haha.

adik aku tak la hensem macam Fahrin Ahmad.
tapi dia ramai kawan perempuan wooo!
aku tatau ayat pengasih apa dia baca. haha.

inilah bukti pernyataan aku tadi.
tadaaa!!! habis la Ira jeles. kuikuikui.
(ini Fadilah dia pon dah jadi bini orang. dah jadi mak budak dah pon)



walaupun banyak gf dia,
tapi akhirnya budak ni jugak yang dia pilih.
tadaaa!!!
ZAHIRA SHUIB.


again..
adik aku ni takla hensem macam Fahrin Ahmad (Fahrin Ahmad pon tak la hensem pon.).
sooo not my taste.
ekekeke.
dah la suka pakai spek itam. kat dalam bangunan pon nak pakai. euwwww sangat.
hah. tengok la gambar-gambar kepoyoan dia.
(gamba aku curi dari fesbuk dia)
ni posing bajet retis.

ni macam petani moden dah aku tengok.
nak petik teh ke?



hah ni pon mcm bajet retis.

gambar-ganbar ni masa dia menganggur.
tu la kurus lagi. haha

apasal la kau pilih dia Ira?
ha? ha? ha?

tapi,
dia ni ada ciri-ciri abg penyayang tau.





lepas ni adik-adik aku kurang la kasih sayang abang dia. takle manja-manja dah.
padan muka!
masa dia belum nak kawen dia selalu belanja kitorang.
 ok. lepas ni mesti tak belanja dah.
aaaaa!!!! kakak ammar dinie wafiy dgn iman jangan pow kakak memi okei.
kakak memi takdok duit! dompet kempis.


inilah adik aku yang nampak macam budak skema asyik baca buku.
ye ke??
hasilnya jadi la dia engineer dekat Petronas.

budak petronas memangla laku.
hangat di pasaran.
bawak pulak kereta Perdana.
cuba dia bawak kancil lama dia tu. ngehhhhngehhngehhh.

walau apa pun,
inilah adik yang akan tolong aku masa aku susah.
i lap u la abang!

inilah kami 3 beradik.
ada ramai lagi adik aku sebenarnya cuma acuan lain sikit.

Kalau ibu ada lagi mesti ibu paling seronok abang nak kawen dah.

abang, 
semoga bahagia dan berkekalan.
jaga anak orang baik-baik.
jangan tak belanja kitorang lagi. eekkeke!

Ira,
walaupun Afiq ni pandai jaga diri sendiri, tapi tolong jaga dia walaupun susah atau senang.
jangan lupa hari raya kena kopek bawang. miahahhaha!

i'm happy for both of you.

Selamat Pengantin Baru.
May Allah bless both of you and may He unite both of you in goodness.


lagu fav minggu ni:














Friday, 26 July 2013

TERIMA KASIH

aku pernah kata,
perasaan satu anugerah.
jadi aku tak salahkan dia.

cuma,
aku speechless.


terima kasih untuk confesssion berani mati itu.


tapi,
aku takda jawapan.

time flies, so let it be.
just face it.

berharap tahap keseriusan tu taklah seserius yang aku fikirkan.
----------------------------------------------------------------------------

lagu fevret dari pagi tadi.











Thursday, 18 July 2013

biar isi memberikan tajuk

ok, 
tajuk macam haremm.
tahap nak hempok kepala kat dinding.

takda apa nak tulis cuma aku tak boleh tido.
tunggu nk sahur nak masak sardin hari ni u olss!
(sardin pon nk kecoh kan)
ofkoz! bukan senang aku nk masak hokei.

aku tgh update resume juga.

ok lg 6 minit nak 430.
masa untuk masak sahur.

oh, 
aku suka dengar lagu ni.
baru dengar dekat radio.


babai.
selamat berpuasa semua :)

----------------------------------------------------------
i'm not his cup of tea.

Tuesday, 25 June 2013

kau takkan terganti.


kepada kawan baik,


i'm sorry.



i'm sooo sorry..




PERIGI MENCARI TIMBA?

curik tulang time!
aku tengah malas.
sel-sel otak tak dapat berhubung.
mungkin sebab jerebu.
tapi sebenarnya sebab aku yang memang malas.

merujuk kepada tajuk di atas,
aku no komen!
bapak aku kata, zaman sekarang redah aje.
mana ada dah perigi dan timba.
yang ada cebok dan kolah je.
tu pon ramai dah guna shower je kan sekarang.

tapi,
walaupun kolah mencari cebok ke,
perigi mencari timba ke,
harap-harapnya masih la menyimpan nilai-nilai estatika yang sepatutnya kan.
(nilai estatika la sgt aku pon tatau apa maksud estatika tu mende entah)

pada aku,
senang dapat senang tinggal.

aku memang suka bersikap dan berfikiran prejudis.
harap maaf.

tapi,
aku pon nak kata,
tak salah berusaha.
kita kan memang digalakkan berusaha.

atleast,
kita dah usaha.
dapat tak dapat tu perkara no 44.
dari tak cuba, lopong je la kan.
kihkihkih.

kepada kawan-kawan aku yang dok jual mahal sangat tu..
udah-udah le tu, kulit muka korang bukan tegang lagi pon.
hahaha.
jangan la berharap korang jumpa lelaki melayu yang macam lelaki korea yang korang tengok dalam drama tu.
mimpi je la wehh.
kembalilah ke alam realiti.

tapi, harap-harap jgn la sampai jatuh kepada tahap perasan sorang-sorang.
(nasihat kepada diri sendiri jgk la ni)


post ini adalah sempena,
hari tu aku otw balik rumah, lepas tu tiba-tiba tersedar aku dah 26 tahun depan dah 27.
erkkk. ada 2 tahun lagi je tinggal.

okeilah,
nak sambung buat kerja.

babai.
assalamualaikum.




Sunday, 16 June 2013

untuk bapak kesayangan :)

untuk ayah kesayangan,

Selamat Hari Ayah!

Terima Kasih kerana menjaga & membesarkan kami semua :)


Terima Kasih belanja belajar tinggi-tinggi ke menara gading. ecehhh.
Sorry tak jadi doktor as u wish.
anak ayah tak cukup pandai.
lagipon, anak ayah ni takut pegi hospital!


who i am today, is because of you..


Terima Kasih sebab ajar kami mengenal kehidupan & berdiri di atas kaki sendiri..
#terima kasih belanja duit minyak kereta bila memi tak cukup duit belanja dulu. heeeeee :P


Terima Kasih Ayah sebab selalu mendoakan kami semua :)

tak boleh nak list semua sebab banyak sangat dan semua tu tak terbalas.

ayah,
i love you!
i cannot thank you enough for all the support and love you have given me.



u are my hero!

oppsss.. lupa.
 Terima Kasih jugak tolong carikkan jodoh.

but, im still young la ayah!
baru 26.
belum puas berjimba. hohoi.

tapi, kalau nak carikkan lagi,
ciri-ciri:
sama macam ayah yang boleh betulkan lampu, paip, kereta dan lain-lain lagi.
heee.

sorry tak dapat balik di hari bapa ini kerana desakan kerja duniawi.
#bajet dendang perantau la sangat kan.

Sorry ayah sebab selalu nakal dan tak dengar kata.
tapi, as i said before, who i am today is because of you. ekekekekke.
mesti dapat gen gen perengus dari ayah ni. 
agagagagagaga!!!!
 baru la like father like daughter kan kan kan.

Happy Father's Day :)
Thank You for Everything.

****************************************************
aku suka gambar kitorang masa kecik ni.




tak banyak gambar masa kecik sebab mana la nak ada kemere kan dulu-dulu.


i miss u so much ibu.


okeilah,
nak sambung kerja.

selamat hari ahad Malaysia.
selamat hari bapa kepada semua bapa di Malaysia :)













Sunday, 9 June 2013

Rumah Pertama.

Hai,
assalamualaikum.

aku baru bangun tido.
aku mimpi beli rumah.
sebab sebelum tido aku tengah fikir nak beli rumah.

maka, lepas bangun terus pegi dekat laptop yang memang tersedia on.

meng-google la apa-apa yang patut.

dan tiba-tiba terasa macam...
macam...

macam mana nak ada rumah macam ni???


lepas aku buat kira-kira,
contoh rumah aku nak beli 300k,
aku punya commitment setiap bulan je dah separuh gaji aku.

(T.T)
tapi,
nak ada rumah sendiri....

boleh la nak squeeze kan bajet bulanan tu.
tapi tak dapat la aku nak berjimba sangat kan.

susah la nak menabung nak pegi pinang anak orang.

tak dapat la nak beli donat tiap minggu untuk kanak-kanak rebina kat rumah tu.

tapi,
masalah paling utama adalah..

ada ke bank yang nak approve loan untuk orang bergaji ciput macam aku ni.
dah la bergaji ciput tapi bercita-cita nak beli rumah yang mahal.

masalahnya,
semua rumah pon mahal!

grrrrrr.

apa yang patut aku buat?

pilihan-pilihan yang ada:
1. cuba je survey bank bank tu semua kan. mana tau ada rezeki.
(tapi lepas tu memang aku kais pagi makan pagi kais petang mungkin tak makan la kan)

2. carik suami yang boleh belikan aku rumah tu!
(tapi kalau dah kawen nanti kompem duduk mana-mana pon aku tak kesah, lagi-lagi bawah ketiak dia)
euwwwwwwwww!!!!
*selangkah menjadi isteri mithali lah kononnye kan*

3.berhentilah berangan-angan kalau tak mampu!

dah lah,
baik aku pegi mandi pastu solat asar.
doa lebih sikit dimurahkan rezeki.

bai, 
selamat hari ahad petang esok dah isnin.

---------------------------------------------------------------

#misi menebar jala dihentikan buat seketika untuk kemaslahatan bersama.