Sunday, 9 June 2013

Rumah Pertama.

Hai,
assalamualaikum.

aku baru bangun tido.
aku mimpi beli rumah.
sebab sebelum tido aku tengah fikir nak beli rumah.

maka, lepas bangun terus pegi dekat laptop yang memang tersedia on.

meng-google la apa-apa yang patut.

dan tiba-tiba terasa macam...
macam...

macam mana nak ada rumah macam ni???


lepas aku buat kira-kira,
contoh rumah aku nak beli 300k,
aku punya commitment setiap bulan je dah separuh gaji aku.

(T.T)
tapi,
nak ada rumah sendiri....

boleh la nak squeeze kan bajet bulanan tu.
tapi tak dapat la aku nak berjimba sangat kan.

susah la nak menabung nak pegi pinang anak orang.

tak dapat la nak beli donat tiap minggu untuk kanak-kanak rebina kat rumah tu.

tapi,
masalah paling utama adalah..

ada ke bank yang nak approve loan untuk orang bergaji ciput macam aku ni.
dah la bergaji ciput tapi bercita-cita nak beli rumah yang mahal.

masalahnya,
semua rumah pon mahal!

grrrrrr.

apa yang patut aku buat?

pilihan-pilihan yang ada:
1. cuba je survey bank bank tu semua kan. mana tau ada rezeki.
(tapi lepas tu memang aku kais pagi makan pagi kais petang mungkin tak makan la kan)

2. carik suami yang boleh belikan aku rumah tu!
(tapi kalau dah kawen nanti kompem duduk mana-mana pon aku tak kesah, lagi-lagi bawah ketiak dia)
euwwwwwwwww!!!!
*selangkah menjadi isteri mithali lah kononnye kan*

3.berhentilah berangan-angan kalau tak mampu!

dah lah,
baik aku pegi mandi pastu solat asar.
doa lebih sikit dimurahkan rezeki.

bai, 
selamat hari ahad petang esok dah isnin.

---------------------------------------------------------------

#misi menebar jala dihentikan buat seketika untuk kemaslahatan bersama.






No comments:

Post a Comment