Hai!
Assalamualaikum salam sejahtera.
dah lama tak update.
walaupun kadang-kadang sel-sel otak berhubung membuahkan idea untuk menulis tapi otak tak memberi rangsangan yang kuat untuk tangan aku bergerak untuk menaip menjadikah buah-buah fikiran dalam kepala otak aku ni menjadi bentuk tulisan yang tak la seronok pon tapi sekurangnya ada la aktiviti sukan untuk jejari aku ni biar jadi runcing sikit tak la gemok sampai nak type dekat telefon pon asyik typo.
Bahana jejari yang gemok.
Fokus utama kali ini adalah adik aku
AMIRUL AFIQ!
entry ini adalah sempena dia nak kawen dah minggu depan.
dah la langkah bendul lepas tu tak bagi aku hadiah langkah bendul. cisss.
besar dah rupanya adik aku tiba-tiba nak jadi laki orang dah.
aku dengan dia takla beza sangat umur.
beza setahun je pon.
jadi walaupun aku kakak dan dia adik orang nampak dia abang dan aku adik
i like!
aku tau aku mmg nampak muda yawww!
tq tq. jangan la puji-puji lagi i malu la u olsss *blushing*
kitorang besar sama-sama. main sama-sama.
benda paling aku ingat aku suka dengki dengan dia.
sebab dia baik. ibu aku sayang dia. agagagaga.
dulu kitorang ada bantal buat peluk masa tido.
aku punya bentuk burung.
dia punya bentuk penyu yang gemok.
adik aku koyakkan kepak burung aku.
aku rasa dia tak sengaja pon sebenarnya.
lepas tu aku yang keji ni pegi gunting ekor penyu dia.
[teruk bebeno perangai aku dari kecik perengus rupanya. ishishish]
bila ingat balik mcm menyesal je.
lepas tu bila raya,
mesti aku akan make sure duit raya aku lagi banyak dari dia tapi mesti aku akan kalah aku pon tatau kenapa.
masa kecik dulu kitorang dah pegi kedai beli barang runcit.
walaupun masa tu tatau kira duit pon lagi, nanti kitorang akan bawak list barang lepas tu bagi kat makcik ke pakcik kedai.
pegila naik basikal.
bila nak kena beli kelapa, kena pegi kedai terus
[kedai ni jauh sikit dari rumah dan kitorang panggil kedai terus sebab terusss je dari rumah sampai kedai ni takde belok-belok]
bila beli telur 10 biji,
balik mesti akan ada yang pecah.
jarang la 10 bijik tu selamat.
bila aku 12 tahun aku masuk asrama so lepas tu aku balik rumah pon dalam setahun berapa kali je.
tiba-tiba je adik-adik aku dah besar.
lagi satu benda aku tak boleh lupa.
ayah suruh hafal sifir.
sampai sifir 7 aku sangkot tapi dia lepas.
jatuh reputasi aku sebagai pelajar pintar masa tu. haha.
adik aku tak la hensem macam Fahrin Ahmad.
tapi dia ramai kawan perempuan wooo!
aku tatau ayat pengasih apa dia baca. haha.
inilah bukti pernyataan aku tadi.
tadaaa!!! habis la Ira jeles. kuikuikui.
(ini Fadilah dia pon dah jadi bini orang. dah jadi mak budak dah pon)
walaupun banyak gf dia,
tapi akhirnya budak ni jugak yang dia pilih.
tadaaa!!!
ZAHIRA SHUIB.
again..
adik aku ni takla hensem macam Fahrin Ahmad (Fahrin Ahmad pon tak la hensem pon.).
sooo not my taste.
ekekeke.
dah la suka pakai spek itam. kat dalam bangunan pon nak pakai. euwwww sangat.
hah. tengok la gambar-gambar kepoyoan dia.
(gamba aku curi dari fesbuk dia)
ni posing bajet retis.
ni macam petani moden dah aku tengok.
nak petik teh ke?
hah ni pon mcm bajet retis.
gambar-ganbar ni masa dia menganggur.
tu la kurus lagi. haha
apasal la kau pilih dia Ira?
ha? ha? ha?
tapi,
dia ni ada ciri-ciri abg penyayang tau.
lepas ni adik-adik aku kurang la kasih sayang abang dia. takle manja-manja dah.
padan muka!
masa dia belum nak kawen dia selalu belanja kitorang.
ok. lepas ni mesti tak belanja dah.
aaaaa!!!! kakak ammar dinie wafiy dgn iman jangan pow kakak memi okei.
kakak memi takdok duit! dompet kempis.
inilah adik aku yang nampak macam budak skema asyik baca buku.
ye ke??
hasilnya jadi la dia engineer dekat Petronas.
budak petronas memangla laku.
hangat di pasaran.
bawak pulak kereta Perdana.
cuba dia bawak kancil lama dia tu. ngehhhhngehhngehhh.
walau apa pun,
inilah adik yang akan tolong aku masa aku susah.
i lap u la abang!
inilah kami 3 beradik.
ada ramai lagi adik aku sebenarnya cuma acuan lain sikit.
Kalau ibu ada lagi mesti ibu paling seronok abang nak kawen dah.
abang,
semoga bahagia dan berkekalan.
jaga anak orang baik-baik.
jangan tak belanja kitorang lagi. eekkeke!
Ira,
walaupun Afiq ni pandai jaga diri sendiri, tapi tolong jaga dia walaupun susah atau senang.
jangan lupa hari raya kena kopek bawang. miahahhaha!
i'm happy for both of you.
Selamat Pengantin Baru.
May Allah bless both of you and may He unite both of you in goodness.
lagu fav minggu ni:
Ada perbincangan berkaitan dengan Langkah Bendul dalam Semanis Kurma
ReplyDeleteSemoga Bermanfaat