Wednesday, 3 September 2014

misi sekeping hati dibawa berlari | LOMBOK | 1

salam hangat!

yezz.
masih tema sekeping hati dibawa berlari.

tapi kali ini, tak lah sendiri.

tadaaaa!!
my travel buddy-lah sangat.
Anastasia Aisyah.
nama glamour-esah

secara jujurnya,
trip ini tak menjadi kenyataan kalau takda si esah ni
beliaulah yang membuat research segala pakej yang ada.
dan aku tinggal decide je nak pilih yang mana satu.

thank you esah!

angan-angan nak pegi ke negara kangaroo.
tapi pegi ke negara teh botol pon boleh..

2012 aku pernah ke Lombok ni.
tapi masa ni pegi mendaki Rinjani saje.
tidaklah sempat berliburan.

kenapa decide mau ke Lombok, aku pon takda jawapan.
ikot sesedap rasa je.

pakej yang dipilih:

bajet:
2,065,000 rupiah
kalau RM
lebih kurang 550++

pakej adalah termasuk hotel 3malam,
makan serapan dan lunch dan aktiviti.

ticket excluded.
sekarang Air Asia dah ada tiket direct ke Lombok.
now everybody can fly!

hari pertama sampai di airport Lombok,
dijemput bapak tour guide bernama Pak Taufiq.

dan, trip hari pertama pon bermula.
ini peta Lombok Barat.


dari airport, terus dibawa ke Kuta.

sebab utama kenapa aku pilih pakej Global Tours ni adalah sebab hari pertama sampai dah ada aktiviti.
 ada pakej lain yang hari pertama adalah free & easy saja.

sebab perut yang lapa tapi kedekut nak beli makanan dalam kapal,
jadi kami kami pilih untuk makan dulu sebelum liburan.


dibawa ke Restoren Anda.
berdepan dengan Pantai Kuta.



mula mula mendapat makanan,
kami kami macam impress.
waaaa. banyaknya makan.
macam mana nak habiskan ni.
tapi,
memang habis.
hahaha.

selepas kenyang,
dibawak berjalan ke Tanjung Ann.






nah belanja gambar model satu .
ekekeekke.

pasir dekat Tanjung Ann ni kan,
macam biji lada.


dan jerlus juga.

kira kalau kau nak bercinta berlarian dekat tepi pantai ni adalah tak sesuai.

haaa,
dekat sini kau jugak akan berasa hangat di pasaran.
dikelilingi dan dikejar "jejaka" lombok.
mihmihmihmih.
jejaka lah sangat.



macam retis tak?
mbak beli mbak.
dua 15000 mbak.
beli mbak gelangnya.

mbak tak memakai gelang begini dik.
mbak mau yang emas emas saje.
boleh gadai.

lepas jalan jalan di Tanjung Ann,
singgah semula ke restoren Anda tadi untuk solat.

lepas tu,
dibawa pula ke Perkampungan Sade.
Perkampungan adat yang dihuni suku Sasak.


suku kaum Sasak ni,
masih hidup dalam adat mereka.
tidak keluar dari kelompok mereka.
kawen juga sesama mereka.
katanya kalau kawen dengan orang luar hantaran mahal
2 ekor kerbau katanya.

rumah adat pon masih guna ciri-ciri yang sama.
lantai dibuat dari tanah liat dicampur dengan taik kerbau.
 aku tanya mana kerbaunya.
dijawab, kerbau kat kawasan lain sebab kawasan mereka ni dah sempit.




di kata juga,
dekat kampung ni, 
gadis kena tidur di dapur.
tak boleh tidur diruang tamu

haaa,
mujo aku ni anak Malaysia.
tido dalam bilik.
tido depan tv pon tak boleh.



  ni sekitar kawasan perkampungan sade ni.
rumah semua rapat rapat.

dekat sini, mereka menenun.
membuat aksesori macam gelang dan lain lain
tapi katanya hasil seni mereka ni dijual dalam kawasan ni saje tak di jual ke luar kawasan.

dekat sini ditunjuk cara menenun.
aku rasa buat afidavit senang lagi dari menenun.






penat kan menenun sambil duduk.

haaa,
dekat perkampungan ni je aku dah habis sejuta.
memborong kain kain.
ekekekeke.
ni hasil belian aku.
5 pasang kain.
kain songket ada
tenun tampak ada
kain sarung ada

dah macam makcik makcik sebok membeli kain.

ini depan masjid mereka.

habis di perkampungan Sade,
dibawa pula ke Desa Sukerare.
Kampung Tenun Tradisional.

sama juga macam tenun di Desa Sade tadi.

cuma sini nampak moden sikit.
hasil tenunan dijual di kedai, boleh guna kartu.
canggih!
ini kami kami di depan kedai tersebut.

ini pula rumah mereka.

dekat sini, hasil belian aku adalah shawl.
dengan harga 80000 (setelah ditawar harga asal 100000 rupiah)

susah juga nak menawar sebab katanya 3 minggu menenun baru siap.
siap kata boleh guna kartu mbak.

habislah trip hari pertama.
di bawa ke tempat penginapan di Senggigi.


hotel memang selesa.
ekon ada kipas ada
nak mandi sejuk ka panas ka pon ada.

malam,
tak disediakan makan.
aktiviti pon sendiri.
jadi kami kami pon berjalan di sekitar Senggigi tu.

ada satu kedai direkemen Pak Taufek ni.
katanya harga gerai tepi jalan tapi rasa restoren katanya.

cafe tenda cak poer.

hmhmhm.
bolehlaaa.

si esah makan Cap Cay
aku makan nasik goreng udang ayam


  dan lepas makan berjalan-jalan menengok nengok kedai kedai sekeliling Senggigi sambil memakan eskrem.

dah penat jalan baliklah tido sambil si esah yang asek tengok tv cerita Indiana Jones dengan alihbahasa indonesia.

||akan bersambung||

---------------------------------------------------------------------


"it doesn't matter where you're going, it's who you have besides you"

i lap u ecah, my travel buddy-lah sangat.
















Tuesday, 2 September 2014

Misi sekeping hati dibawa berlari | PULAU PERHENTIAN

ya,
 April, 2013 aku dah ke Perhentian dengan geng anak-anak ayam aku.

kali ni,
aku pegi seorang saje.
Solo Trip lah kononnya.

23/8/2014, 
naik bas dari Shah Alam ke Kuala Besut.
24/8/2014 pagi pagi buta sampailah aku ke Kuala Besut nuh.

dalam bas kan, ada geng anak anak ikan kacak.
[wurrrrrrr-bunyi miang]

trip kali ni,
lebih seronok.
bukan setakat lebih.
SANGAT SERONOK.

sebab.
dikelilingi abang-abang pulau.


miahahaha!

hari pertama,
aku trekking ke windmill.
diteman abg banana.

ini pemandangan dari kawasan windmill.
sekali sekala berhubung dengan alam ciptaan Allah.
cantik kan.

lepas trekking dibawak snorkeling.
(mula-mula aku malas sebab takda geng)

ini first time snorkeling tak pakai life jacket!
wuhuuuu.
tolonglah percaya.
terima kasih abg banana! :)


2013 aku datang kawasan ni,
tak menjadi pantai.
takda pepasir. masa ni macam gua je.
ni 2013 masa aku datang dengan geng anak anak ayam aku.

2014, kawasan ni dah berpantai.
kata abg banana, mengikut musim air pasang surut.

haaa, tapi lepas snorkeling kena balik semula, dan kena mendaki tangga yang banyak ini.

tapi,
yang aku hairan, tidak lah juga aku mengurus.
sebab kat pulau selera makan memang bertambah.
makanan pulau sedap.
lagi lagi milo ais!

malam,
di ajak abg abg abg abg abg abg pulau makan bersama-sama.

lepas makan, dibawak berjalan di gigi air mencari pasir koho-koho menyala kata abg wan.
 sumpah, aku kagum.
rahsia alam.
aku tak boleh nak describe pasir koho-koho menyala ni.
silalah datang dan tengok sendiri.

esok pagi,
pegilah menengok matahari pagi.
lambat dah sebenarnya aku bangun.

berjalan sorang-sorang ditepi pantai memang macam orang putus cinta.
ekekeke.

ahh,
siapa kesah.






nah,
belanja selfie sekeping.

lepas berjalan jalan ala-ala putus cinta ni,
berserapan dengan abg abg abg pulau.

roti canai pulau sedap!
ditambah dengan milo ais.

aghhhhh.
jauhnya nak pegi kalau mengidam.

lepas kenyang serapan, aku balik tido kejap sebelum aktiviti seterusnya.

sebenarnya aku datang sini takda termasuk pakej aktiviti pon.
semua abg abg abg abg abg pulau yang tolong fikirkan.
:)

aktiviti seterusnya adalah;
island hopping! 

the best part adalah,
dibawak pegi ke Pulau Rawa!

2013 kitorang tak pegi sini,
sebab abg bot tanak bawak

terima kasih abg bot! :)
[tidaklah abg sangat beliau tu. aku yang kakak sebenarnya]



pemandangan dari pulau rawa.

pulau rawa lagi seronok snorkeling.
air yang jernih.
karang yang cantik.
pasir yang halus.

aku nampak ikan nemo!
sama macam dalam katun.

dan ikan kepala besar.
aku takut ikan ni makan aku.
sebab besarrr.



ini budak tak reti berenang.
haaaa.
boleh snorkeling takda life jacket.
hasil didikan abg banana :)

dari pulau rawa,
berjalan menengok pulau lain.

ini pulau susu dara besar dan susu dara kecil
[aku teringin nak tau siapa yang bagi nama pulau sebegini]


ini Tuku Burung.
katanya abg wan, banyak burung melepak disini.


ini abg abg pulau mau mengambik batu pulau di pulau susu dara besar.
katanya cantik bentuk bulatan.

tadaa.
ini dia hasil batuan.

dibagi abg wan batu pulau 5 bijik.
rebeh bahu aku kendong beg muatan 2kilo batu saje.

ada lagi 1 pulau dibawak mereka berjalan adalah pulau em em lupa nama sebenarnya.
pulau senggegeh kot.
setelah dibetulkan abg wan, 
nama pulau adalah Pulau Serenggeh.

pulau pulau yang aku pegi kali ni semua pulau yang masih terjaga.
orang tak ramai datang.
sebab ada ikan jos!
hahaha.





cantik kan. cantik kan.

dan,
pengalaman paling best.
pegang baby penyu!



si sepet tanya aku kenapa tak diciom baby penyu.
err err.
tak terfikir.
sebab masa ni geleman si baby penyu asek bergerak.

jadi,
aku nak kata TERIMA KASIH ikhlas dari hati
kepada semua abg abg abg abg abg pulau geng MATAHARI.

abg wan koho-koho menyala. abg shakir a.k.a abg banana. lan jejaka bot. abg joe bos besar. dan semualah.

https://www.facebook.com/matahari.travel.tours?fref=ts


memang pakej istimewa aku dapat dari mereka mereka sepanjang cuti kat sini.
mujur jugelah aku cuma cuti 2hari 1malam saje.
kalau tak jenuh la mereka nak melayan aku.

ini bilik aku duduk hari tu.
aku ambik bilik kipas saje.
tapi memang selesa.

next plan:
Redang.
insyaAllah.

solotrip seterusnya,
akan difikirkan.
ini trip solo pertama dan bukan terakhir.

harap-harap kan,
kali ketiga datang semula perhentian dengan pemilik tulang rusuk
sweet tak sweet tak aku.
miahahhaa.

ok bai.

"i haven't been everywhere, but it's on my list"


























Anak Malaysia

salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia.
semoga kita semua merdeka minda, hati dan diri juga.

di sini, di Malaysia,
lahirnya bukan setakat sebuah cinta,
tapi berbuah buah.

4 hari sebelum 31 Ogos,
aku berada di luar Malaysia.

apa yang boleh di kata,
banyak berjalan memang luas pemadangan.
tapi,
aku bersyukur menjadi anak Malaysia.

rindu nasik lemak
rindu roti canai
rindu milo yang sedap
rindu kek cokelat yang sedap juga
rindu Malaysia lah pendek kata.

paling rindu: si sepet. #eh.

Ya.
hujan emas di negara orang.
hujan batu di negara sendiri.
aku pilih hujan batu.

berbanggalah menjadi anak Malaysia.
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

walaupun post ni adalah pasca-merdeka,
tak apalah.
semangat patriotisme bukanlah khas untuk 31 Ogos saje kan.

salam kemerdekaan yang ke 57 untuk Malaysia.

kepada semua rakyat Malaysia, sama-sama lah menjaga keamanan yang ada.
janganlah kerana berbalah politik, kelak kita semua merana.
kepada para pemimpin, memimpinlah dengan telus adil dan saksama.

............................................................................................................................................

untuk yang berkenaan,
ya, kau.

dalam kita mencari bahu menumpang kasih,
jangan sampai kita lupa kita masih ada dahi untuk bersujud kepada Yang Maha Pengasih.

bukalah mata dan bukakan hati.

aku, 
memang kadang rasa bersalah.
tapi,
aku cuma mengikut kata hati.
dan,
aku yakin kau juga begitu.

jangan kau minta aku pulangkan,
sesuatu yang tidak pernah aku hilangkan.









Tuesday, 12 August 2014

si sepet

hai si sepet,


yang buat tidur tak lena
mandi tak basah
makan tak kenyang.

dan hati berdetik detik.


omnomnomnomnommmm

ok, bai.

yang benar,
aimi.