salam hangat!
yezz.
masih tema sekeping hati dibawa berlari.
tapi kali ini, tak lah sendiri.
tadaaaa!!
my travel buddy-lah sangat.
Anastasia Aisyah.
nama glamour-esah
secara jujurnya,
trip ini tak menjadi kenyataan kalau takda si esah ni
beliaulah yang membuat research segala pakej yang ada.
dan aku tinggal decide je nak pilih yang mana satu.
thank you esah!
angan-angan nak pegi ke negara kangaroo.
tapi pegi ke negara teh botol pon boleh..
2012 aku pernah ke Lombok ni.
tapi masa ni pegi mendaki Rinjani saje.
tidaklah sempat berliburan.
kenapa decide mau ke Lombok, aku pon takda jawapan.
ikot sesedap rasa je.
pakej yang dipilih:
bajet:
2,065,000 rupiah
kalau RM
lebih kurang 550++
pakej adalah termasuk hotel 3malam,
makan serapan dan lunch dan aktiviti.
ticket excluded.
sekarang Air Asia dah ada tiket direct ke Lombok.
now everybody can fly!
hari pertama sampai di airport Lombok,
dijemput bapak tour guide bernama Pak Taufiq.
dan, trip hari pertama pon bermula.
ini peta Lombok Barat.
dari airport, terus dibawa ke Kuta.
sebab utama kenapa aku pilih pakej Global Tours ni adalah sebab hari pertama sampai dah ada aktiviti.
ada pakej lain yang hari pertama adalah free & easy saja.
sebab perut yang lapa tapi kedekut nak beli makanan dalam kapal,
jadi kami kami pilih untuk makan dulu sebelum liburan.
dibawa ke Restoren Anda.
berdepan dengan Pantai Kuta.
mula mula mendapat makanan,
kami kami macam impress.
waaaa. banyaknya makan.
macam mana nak habiskan ni.
tapi,
memang habis.
hahaha.
selepas kenyang,
dibawak berjalan ke Tanjung Ann.
nah belanja gambar model satu .
ekekeekke.
pasir dekat Tanjung Ann ni kan,
macam biji lada.
dan jerlus juga.
kira kalau kau nak bercinta berlarian dekat tepi pantai ni adalah tak sesuai.
haaa,
dekat sini kau jugak akan berasa hangat di pasaran.
dikelilingi dan dikejar "jejaka" lombok.
mihmihmihmih.
jejaka lah sangat.
macam retis tak?
mbak beli mbak.
dua 15000 mbak.
beli mbak gelangnya.
mbak tak memakai gelang begini dik.
mbak mau yang emas emas saje.
boleh gadai.
lepas jalan jalan di Tanjung Ann,
singgah semula ke restoren Anda tadi untuk solat.
lepas tu,
dibawa pula ke Perkampungan Sade.
Perkampungan adat yang dihuni suku Sasak.
suku kaum Sasak ni,
masih hidup dalam adat mereka.
tidak keluar dari kelompok mereka.
kawen juga sesama mereka.
katanya kalau kawen dengan orang luar hantaran mahal
2 ekor kerbau katanya.
rumah adat pon masih guna ciri-ciri yang sama.
lantai dibuat dari tanah liat dicampur dengan taik kerbau.
aku tanya mana kerbaunya.
dijawab, kerbau kat kawasan lain sebab kawasan mereka ni dah sempit.
di kata juga,
dekat kampung ni,
gadis kena tidur di dapur.
tak boleh tidur diruang tamu
haaa,
mujo aku ni anak Malaysia.
tido dalam bilik.
tido depan tv pon tak boleh.
ni sekitar kawasan perkampungan sade ni.
rumah semua rapat rapat.
dekat sini, mereka menenun.
membuat aksesori macam gelang dan lain lain
tapi katanya hasil seni mereka ni dijual dalam kawasan ni saje tak di jual ke luar kawasan.
dekat sini ditunjuk cara menenun.
aku rasa buat afidavit senang lagi dari menenun.
penat kan menenun sambil duduk.
haaa,
dekat perkampungan ni je aku dah habis sejuta.
memborong kain kain.
ekekekeke.
ni hasil belian aku.
5 pasang kain.
kain songket ada
tenun tampak ada
kain sarung ada
dah macam makcik makcik sebok membeli kain.
ini depan masjid mereka.
habis di perkampungan Sade,
dibawa pula ke Desa Sukerare.
Kampung Tenun Tradisional.
sama juga macam tenun di Desa Sade tadi.
cuma sini nampak moden sikit.
hasil tenunan dijual di kedai, boleh guna kartu.
canggih!
ini kami kami di depan kedai tersebut.
ini pula rumah mereka.
dekat sini, hasil belian aku adalah shawl.
dengan harga 80000 (setelah ditawar harga asal 100000 rupiah)
susah juga nak menawar sebab katanya 3 minggu menenun baru siap.
siap kata boleh guna kartu mbak.
habislah trip hari pertama.
di bawa ke tempat penginapan di Senggigi.
hotel memang selesa.
ekon ada kipas ada
nak mandi sejuk ka panas ka pon ada.
malam,
tak disediakan makan.
aktiviti pon sendiri.
jadi kami kami pon berjalan di sekitar Senggigi tu.
ada satu kedai direkemen Pak Taufek ni.
katanya harga gerai tepi jalan tapi rasa restoren katanya.
cafe tenda cak poer.
hmhmhm.
bolehlaaa.
si esah makan Cap Cay
aku makan nasik goreng udang ayam
dan lepas makan berjalan-jalan menengok nengok kedai kedai sekeliling Senggigi sambil memakan eskrem.
dah penat jalan baliklah tido sambil si esah yang asek tengok tv cerita Indiana Jones dengan alihbahasa indonesia.
||akan bersambung||
---------------------------------------------------------------------
"it doesn't matter where you're going, it's who you have besides you"
i lap u ecah, my travel buddy-lah sangat.
No comments:
Post a Comment