Tuesday, 2 September 2014

Anak Malaysia

salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia.
semoga kita semua merdeka minda, hati dan diri juga.

di sini, di Malaysia,
lahirnya bukan setakat sebuah cinta,
tapi berbuah buah.

4 hari sebelum 31 Ogos,
aku berada di luar Malaysia.

apa yang boleh di kata,
banyak berjalan memang luas pemadangan.
tapi,
aku bersyukur menjadi anak Malaysia.

rindu nasik lemak
rindu roti canai
rindu milo yang sedap
rindu kek cokelat yang sedap juga
rindu Malaysia lah pendek kata.

paling rindu: si sepet. #eh.

Ya.
hujan emas di negara orang.
hujan batu di negara sendiri.
aku pilih hujan batu.

berbanggalah menjadi anak Malaysia.
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

walaupun post ni adalah pasca-merdeka,
tak apalah.
semangat patriotisme bukanlah khas untuk 31 Ogos saje kan.

salam kemerdekaan yang ke 57 untuk Malaysia.

kepada semua rakyat Malaysia, sama-sama lah menjaga keamanan yang ada.
janganlah kerana berbalah politik, kelak kita semua merana.
kepada para pemimpin, memimpinlah dengan telus adil dan saksama.

............................................................................................................................................

untuk yang berkenaan,
ya, kau.

dalam kita mencari bahu menumpang kasih,
jangan sampai kita lupa kita masih ada dahi untuk bersujud kepada Yang Maha Pengasih.

bukalah mata dan bukakan hati.

aku, 
memang kadang rasa bersalah.
tapi,
aku cuma mengikut kata hati.
dan,
aku yakin kau juga begitu.

jangan kau minta aku pulangkan,
sesuatu yang tidak pernah aku hilangkan.









1 comment:

  1. *standing ovation* part yg last tu especially.. btw, welkam home makcik!

    ReplyDelete