Tuesday, 16 October 2012

HILANG NALURI-once

Hai hai!
Salam 1 Malaysia
Salam Satu Sama 
[aku tatau ape maksud salam satu sama ni, tapi ada orang cakap dekat aku mcm ni]

minggu lepas, nafsu untuk meng-update blog memang membuak-buak, tapi, aku dapat rasakan kemembuakkan itu adalah seiring dan sejalan dengan tahap kemenyampahan dan kemarahan aku yang juga membuak-buak.
jadi, oleh kerana aku gagal untuk membezakan yang mana kaca dan yang mana permata, maka aku memilih untuk tidak memilih mana-mana pon sebab aku takde duit nk beli apa-apa sekarang.
bila nk dapat claim ni??? 
grrrrrr!!!
[oh, maaf, ter-emosi]

minggu lepas adalah minggu yg tak berapa nk menggembirakan.
[2hari berturut-turut nangis sebab kerja adalah suatu yang amat memalukan. haha--tak cool langsung kan]
tapi, hidup tetap kena diteruskan. 
walaupun pada ketika itu, aku macam fed up tahap nk terjun bangunan tingkat 10,
tapi, setelah berfikir panjang sepanjang dari utara ke selatan,
daripada aku terjun bangunan, baik aku terus je kerja, dapat duit, boleh pegi makan kenny rogers. 

"the moment you feel like giving up, remember all the reasons you held on for so long"

misi: nk belanja kanak-kanak rebina pegi zoo takpon aquaria. :)

weekend hari tu, memandangkan aku balik ke kampung halaman yang indah permai tanpa bawak balik apa-apa kerja ofis, maka aku dengan seronoknya membaca novel Adam & Hawa dan membaca blog-blog orang lain.
[surat khabar malas baca, kes pon malas baca jugak]

aku terbaca pasal rahsia personaliti mengikut bulan kelahiran mengikut kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

tapi aku tak nak la copy paste.nanti panjang berjela sangat la pulok.
sila baca sendiri ye untuk bulan korang lahir.

tapi, sebab aku lahir bulan Januari, aku copy bulan Januari je la.

1. Bercita-cita tinggi dan serius orangnya, suka mendidik & dididik
aku tatau apa cita-cita aku selama ni, yang penting menjadi peguam memang bukan cita-cita yang diidamkan. haha. (sebenarnya nak jadi arkitek). Serius orangnya? maybe. yang pasti, aku dapat merasakan yang aku ni seorang yang memboringkan. haha. suka mendidik& dididik? macam tak je.

2. sangat mudah melihat kelemahan orang lain & suka mengkritik
ye! ini sangat tepat. aku tau ini perangai buruk tapi.. baiklah, akan cuba diubah.

3. rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
rajin? tengok mood la. kalau aku malas, makan pon kalau boleh nk sambil baring.
keuntungan? mana? mana? ngehhh!

4. suka pada kecantikan, kekemasan & teratur
kekemasan & teratur tu, diakui. dan aku tak berapa suka orang usik2 barang aku yg aku dah kemas. [sebenarnya sebab aku pelupa, nnt aku tak jumpa kat mana]
kecantikan? aku suka tengok orang cantik. --ini dinamakan melihat keindahan ciptaan Allah :) 
tapi, aku sendiri, comot je la. haha.
aku bukan gadis merah jambu yang fashionista.
haha.

5. bersifat sensitif & berfikiran mendalam
aku mmg sensitif tahap hati ikan bilis.
dan aku selalu terover berfikir padahal sebenarnya takde la serius mana pon benda tu.

6. pandai mengambil hati orang lain
am i?? haha. 

7. pendiam kecuali telah dirangsang
iye. mmg betul. 

8. agak pemalu & mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
pemalu tu ye. tapi daya tumpuan tu, macam tipu je

9. mudah mendisiplinkan diri sendiri
disiplin la sgt! 

10. badannya sihat tetapi mudah diserang selesema
saya tidak suka selesema.
[minumlah scott emulsion perasa oren]

11. bersikap romantik tapi tak pandai memperlihatkannya
romantik ke? kihkihkih

12. cukup sayang pada kanak-kanak
mestila aku sayang kanak-kanak rebina dekat rumah tu.
dorang ibarat terapi dikala tiada bermood nk buat kerja. haha

13. suka duduk di rumah
haha. memang suka sebab aku malas nk klua-klua ni.
bila klua kena keluar duit jugak.-aku kedekut.

14. setia pada segala-galanya
no comment

15. perlu belajar kemahiran sosial
baiklah. 

16. cemburu yang sangat tinggi
diakui.

so, setakat ni, aku rasa, kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah ni, 90% betul la.
apa kata korang cuba baca lepas tu compare dengan diri korang.

selamat mencuba :)

lagu tema minggu ni:
[baru dengar dekat radio minggu lepas, macam best je]


pernah tak korang rasa perasaan mcm ni:
korang tak rasa macam suka pon dia.
asal jumpa ke cakap ke, mesti gaduh. confirm sakit hati punya lah..
tapi,
bila orang tu takde khabar berita, teringat-ingat la pulok.
pernah? pernah??
haha.

apesal aku tanya?
entah. saja je soalan rambang.

kata-kata nasihat kali ini:
[ecehhh, nasihat la konon. *nasihat unt diri sendiri juge*]

Just because someone flirts with you, doesn't mean they like you.
Just because someone likes you, doesn't mean they want to date you
Just because someone dates you, doesn't mean they love you
Just because someone loves you, doesn't mean they won't hurt you

zassss!
sentap mak dek non!
haha. 

kesimpulan yang aku dapat buat untuk diri aku, 
[korang yang lain sila buat kesimpulan sendiri, jangan malas berfikir]
memandangkan aku malas dan takda masa nk try & error ni,
sapa nk masuk meminang, datang je la rumah jumpa bapak aku. haha. senang.

boleh tak mcm tu?
boleh kan je la.

okeilah, 
dah 7.58am, aku nk kena mandi ni. 
kerja.kerja.kerja.

hari ni pegi kes criminal.
maybe aku akan melihat drama sedih hari ni.
mintak-mintak aku tak ternangis sama.
bos dah pesan awal-awal dah, ko jangan nangis jugak nnt.
haha

sekian,
babai :)

terima kasih kepada yang sudi membaca, walaupun blog aku bukan berinformatif pon.
[ye ke ada orang baca? tapi kalau korang yang memang tengah baca tu, terima kasih daun keladi :)]

nanti aku carik isi-isi berinformatif ala-ala berita tv3 pulak ye. huu

salam sejahtera ke atas anda semua

owh, ada satu lagi lagu yg aku selalu dengar, dan lagu ini mengingatkan aku kepada seseorang. haha.
selamat mendengar :)



kena letak lagu ni, baru lah sesuai dengan tajuk. hahaha
[nampak sangat aku tatau nk letak tajuk apa]

****************************************************************
nota kaki:
when you love someone, it's better to tell them and risk being rejected instead of keeipng it a secret.


okei, dah 8.07 am,
memang dah lambat untuk mandi.






No comments:

Post a Comment